Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Malaysia belum ada penderma wajah

View previous topic View next topic Go down

Malaysia belum ada penderma wajah

Post by Park Deen on Sun Dec 02, 2012 3:22 pm

Malaysia belum ada penderma wajah (Kosmo)









LELAKI ini pernah hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama
15 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika Syarikat (AS), dengan
berselindung di sebalik topeng wajah dan hanya keluar dari rumah pada
waktu malam.

Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997.

Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 37, mengalami
kecacatan teruk kerana hilang gigi, hidung serta sebahagian daripada
lidahnya.

Bagaimanapun, mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani
satu pembedahan pemindahan wajah 19 Mac lalu di Pusat Perubatan
Universiti Maryland, Baltimore, AS.

Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang doktor yang terdiri
daripada pakar pembedahan plastik serta pakar kraniofasia dari
institusi tersebut yang diketuai oleh profesor bedah di Jabatan
Perubatan, Dr. Eduardo D. Rodriguez.

"Sebelum ini, orang di sekeliling sering memerhatikan Norris kerana
dia memakai topeng wajah dan mereka ingin tahu rahsia di sebalik topeng
itu.

"Kini, mereka mempunyai alasan lain untuk merenung ke arahnya.
Perkembangan ini sangat menakjubkan," ujar Rodriguez selepas pembedahan
itu berjaya.

Bagi memastikan wajah baharu Norris berfungsi sepenuhnya terutamanya
dari segi ekspresi wajah dan pergerakan, pasukan pembedahan telah
memberikannya lidah baharu supaya dia dapat bercakap, makan dan
mengunyah dengan sempurna.

Gigi

Selain itu, barisan giginya juga distruktur semula serta dihubungkan
dengan saraf-saraf di sekitar wajahnya bagi memastikan dia kembali
tersenyum riang.

Norris merupakan individu pertama di AS yang menjalani pembedahan
pemindahan wajah pada keseluruhan muka yang berjaya mengekalkan
penglihatannya.



FILEM tahun 1997, Face Off, lakonan
John Travolta (kiri) dan Nicolas Cage menonjolkan idea pemindahan wajah
menerusi teknologi transplan.




Nasib juga ternyata menyebelahinya apabila dia terselamat dalam
pembedahan itu meskipun menjalani pembedahan membina semula dan
memperbaiki saraf dan tisu wajah dari kulit kepala sehingga ke leher.

"Saya kini sudah boleh berjalan di hadapan semua orang tanpa mendapat renungan yang aneh daripada sesiapa pun.

"Perkara yang paling menggembirakan adalah saya kini dapat melakukan
rutin harian seperti memegang muka, memberus gigi serta bercukur," jelas
Norris yang telah kembali bekerja.

Pemindahan wajah adalah suatu prosedur pembedahan untuk menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada wajah seseorang.

Ia dijalankan bagi membaiki kecacatan wajah yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran, insiden tembakan, serta serangan haiwan.

Menurut seorang Pakar Kulit, Dr. Ko Chung Beng, dalam proses
pemindahan wajah, perkara utama yang perlu ada ialah wajah daripada
penderma.

"Ini ialah elemen asas kerana pembedahan ini melibatkan proses
pemindahan wajah daripada satu individu kepada individu yang lain,"
katanya ketika ditemui di kliniknya di Klang, Selangor.

Tambahnya, proses pemindahan wajah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Dalam pembedahan itu, jutaan salur darah dan saraf muka dipindahkan dari wajah asal milik penderma kepada wajah milik pesakit.

"Bayangkanlah, salur-salur darah yang kecil itu perlu disambungkan
antara satu sama lain. Proses ini dilakukan dengan teliti dan
berhati-hati bagi mendapatkan hasil yang sempurna," ujarnya yang
merupakan pakar pembedahan plastik.

Malaysia

Menurut Chung Beng, mungkin atas sebab itulah industri pemindahan
wajah masih baharu di Malaysia memandangkan kekurangan tenaga pakar yang
sanggup mengambil risiko melakukan pembedahan tersebut.

Beliau memberitahu, sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang tampil menjadi penderma wajah.

"Ini mungkin disebabkan oleh budaya masyarakat Malaysia yang mahukan si mati dikebumikan dalam keadaan sempurna anggota badan.

"Mereka tidak dapat menerima andainya si mati dikebumikan dengan
keadaan dirinya tanpa wajah kerana telah didermakan kepada orang lain,"
jelasnya.

Selain itu, ujar Chung Beng, di negara ini belum ada kes yang
melibatkan kerosakan teruk pada wajah seperti yang berlaku di luar
negara sehingga memerlukan pembedahan pemindahan wajah dilakukan ke atas
pesakit.



MALAYSIA masih kekurangan tenaga pakar dan peralatan untuk melakukan pembedahan pemindahan wajah.




"Kalau ada pun ialah kes mangsa simbahan asid dan melecur teruk
akibat kebakaran ataupun kemalangan yang masih boleh dirawat menerusi
pembedahan plastik atau rawatan laser," jelasnya yang mendedahkan bahawa
kos bagi membuat pembedahan plastik di negara ini boleh mencecah
sehingga minimum RM10,000.

Sementara itu, dari segi kesannya pula, pesakit yang menjalani
pembedahan ini akan mengalami masalah deria sentuhan pada wajah yang
kurang sensitif.

"Hal ini disebabkan oleh saraf-saraf yang disambungkan itu tidak lagi
dapat berfungsi dengan sempurna kerana ia tidak berada dalam tempurung
wajahnya sendiri," katanya sambil menambah, pesakit akan mengalami
kesukaran untuk membuat pelbagai mimik muka.

Ujarnya, perkara yang paling membimbangkan ialah jika sistem
imunisasi badan pesakit tidak dapat menerima saraf-saraf bukan miliknya
yang dipindahkan ke dalam wajah baharunya itu.

"Jika sistem imunisasi badan enggan menerima kehadiran 'ahli baharu'
tersebut, ia akan menyebabkan sel-sel wajah yang dipindahkan itu mati
serta tidak dapat berfungsi lagi," jelasnya.

Bagi Chung Beng, meskipun industri pemindahan wajah di Malaysia belum
berkembang, beliau berharap agar lebih banyak pakar pembedahan plastik
di negara ini dapat melengkapkan diri dengan ilmu kepakaran yang tinggi
bagi membawa masuk teknologi perubatan tersebut ke sini.

"Jika keadaan ini berlaku, ia adalah suatu perkembangan yang baik
terhadap industri perubatan negara kerana itu menunjukkan bahawa
Malaysia semakin maju dalam bidang teknologi perubatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2DteSsp8c

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum