Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya bukan bodoh - Anzalna

View previous topic View next topic Go down

Saya bukan bodoh - Anzalna

Post by Park Deen on Sun Dec 02, 2012 3:18 pm

Saya bukan bodoh - Anzalna (Kosmo)









'DUMB BLONDE' sama sekali bukan ungkapan pujian sebaliknya ia tidak
ubah suatu penghinaan tahap sinikal. Secara nyata, istilah popular itu
menjurus ke arah kelibat wanita cantik yang berambut perang malangnya
berotak dungu.

Tersenyum sambil jari-jemarinya memintal ekor rambutnya yang hitam
berkilat, Anzalna Nasir cukup sedar pembawaan dirinya sedang
diperhatikan. Pertimbangan akalnya juga sedang teruji, walhal benaknya
langsung tidak mahu terganggu oleh isu remeh.

"Saya langsung tidak marah tapi tidak boleh ambil perkara itu sambil
lewa. Saya tidak boleh buat tidak tahu sahaja. Jolokan sebegitu agak
melampau. Rasanya saya tidak boleh terlalu berlembut dalam soal itu,
kena ada juga sedikit ketegasan," ujarnya menggeleng-gelengkan kepala
menahan tawa yang hendak terlerai.

Itulah Anzalna. Dia baru sahaja menerima tempias kononnya antara artis kategori dumb blonde iaitu wanita cantik tapi dungu.

"Rasanya orang yang suka-suka hati gelarkan orang lain sebagai bodoh
itu tidak faham maksud sebenar dumb blonde. Sewaktu saya di kolej di
Australia dahulu, memang ada ramai gadis yang hot tapi kurang bijak
dalam bab akademik. Saya faham sangat dengan gelaran dumb blonde, tapi
saya bukan begitu.

"Saya masuk universiti, belajar sampai lulus, keluarga saya semua
berpelajaran dan satu lagi, rambut saya hitam bukan perang. Suka-suka
nak panggil saya dumb blonde tapi tak faham maksud perkataan itu,"
katanya.

Jika perwatakan luarannya yang mudah tertawa, karakter itu tidak
bermakna dia jenis wanita yang tidak boleh berfikir dengan bijak.

"Kalau nak berlagak, saya boleh tunjuk pandai tapi itu bukan sifat
saya. Kalau orang kata saya lembut dan tidak tegas, memang saya begitu.
Rasanya cukuplah saya jadi diri sendiri. Kalau saya gemar ketawa sekali
pun, salah ke?

Tolak tawaran hidup mewah

"Untuk apa saya kena tunjuk muka angkuh semata-mata mahu dilihat bijak atau disegani.

"Kalau nak berangan pandai, saya boleh sahaja cakap dalam bahasa
Perancis tiap-tiap hari, tapi untuk apa? Hidup saya setakat ini okey,
tidak ada perkara yang perlu saya sedihkan," ucapnya.

Terdetik juga di hati, mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang
dituturkan itu sekadar gurauan biasa. Bahasa penulisan sesetengah media
yang menerbitkan artikel itu pula dianggapnya sebagai pengisi cerita
untuk menjadikan ia menarik ditatap pembaca.

"Saya kena faham permainan dunia artis. Dua filem saya ditayang
secara berturutan. Mungkin sebab tiada cerita lain, jadi isu itu yang
sengaja diangkat. Saya masih okey. Apabila masih ada yang bercakap
tentang saya maksudnya saya masih ada dalam perhatian mereka," simpulnya
ringkas.

Menoleh kehidupan peribadinya selama bergelar pelakon, pucuk muda
berusia 24 tahun ini sudah melalui episod kontroversi yang
menjengkelkan. Kisah perang dingin bersama bintang popular, si cantik
Neelofa sudah diselesaikan secara terhormat.

Dia kelihatan menurunkan serendah-rendah egonya. Dia telah meminta
maaf dan mengakui kesalahan agar kes tidak berlanjutan ke mahkamah.






Sengaja diselitkan juga keterbukaan Anzalna mencanangkan satu negara
bahawa hatinya sudah dimiliki seorang jejaka bernama Hanif Zaki.
Statusnya solo tetapi sudah dimiliki. Dari satu sisi, strategi itu
mengelakkan Anzalna daripada tercalit tempias kisah cinta sesama artis.

Gosip liar mengaitkan dirinya dengan mana-mana lelaki selain Hanif
juga tidak kedengaran. Hanif seolah-olah membentuk satu benteng
menjadikan pembawa karakter perempuan jalang bernama Dee dalam siri Adam
dan Hawa itu seperti jinak-jinak merpati. Dia manja dan meliuk-lentok
tetapi usahkan termakan jerat, didekati lelaki lain pun dia enggan.

Melihatkan paras jelita yang dianugerahkan kepadanya, mana mungkin tiada yang melirik hendak melamarnya.

"Kalau fikir hendak senang dan hidup mewah dengan mudah, memang
peluang itu sentiasa terbuka. Bukan mahu cakap besar, tapi tawaran ke
arah itu memang ada. Antara mahu atau tidak sahaja. Siapa yang tidak
mahu rumah atau kereta mewah secara percuma tapi ada 'bayaran' lain yang
harus dijelaskan untuk semua itu.

"Setakat ini, dengan duit hasil berlakon, saya sudah boleh hidup
berdikari dan penuhi impian sendiri," tuturnya sambil memberi isyarat
tentang banyak muslihat lelaki hidung belang yang datang dan pergi
sepanjang bergelar selebriti sejak menyertai Dewi Remaja lebih dua tahun
lalu.

Menambah tentang prinsipnya, kata Anzalna: "Saya sendiri fikir bahawa
duit memang sangat penting untuk hidup. Sebab itu saya kena kerja untuk
cari duit tapi saya tidak boleh desak lelaki untuk setia dan ikhlas
memberi cinta kepada saya.

"Setakat ini, sama ada dari segi lakonan atau pilihan untuk diri
sendiri, saya selalu ingin jaga hubungan saya dengan Hanif tapi itu
tidak bermakna dia mengongkong hidup saya. Saya belum rasa khilaf dengan
perhubungan cinta kami yang diketahui umum ketika ini. Lebih senang
bersifat terbuka sebab saya tidak perlu peningkan kepala untuk
berselindung itu dan ini."

Fokus drama sebelum filem



SEDANG muncul sebagai Ayu Sofia dalam filem Sepah The Movie bergandingan dengan Shuib, Jep dan Mamat, Anzalna juga akan muncul dalam filem Kahwin 5 pada 27 Disember ini.



Bakal muncul dengan filem Kahwin 5 bersama Usop Wilcha Disember
depan, namun sebelum itu, langkah sulung Anzalna ke layar perak menerusi
Sepah The Movie sudah pun beredar di pawagam.

Gandingan bersama Sepahtu iaitu Jep dan Shuib, Mamat Sepah serta
Jehan Miskin menerusi Sepah The Movie pula ditayangkan bermula 29
November lalu.

Mengulas tentang fahamannya terhadap terhadap lakon filem dan lakon
TV, Anzalna sedar dia masih terlalu mentah untuk diberi sanjungan apatah
lagi dipuji. Katanya, penglibatan dalam kedua-dua filem itu masih satu
percubaan.

Jika hasilnya menjadi dan mendapat sokongan ramai, mungkin percaturan
untuk bersama sebuah lagi filem dalam masa terdekat akan diteruskan.
Jika tidak, dia lebih rela fokus kepada drama terlebih dahulu.

"Drama itu ibarat asas buat saya. Saya kena belajar dulu daripada
drama televisyen. Selama ini pun, saya yang kosong ilmu lakonan ini
diberi kepercayaan untuk bawa macam-macam watak menerusi drama," katanya
yang pernah mendapat respons positif berdasarkan watak baik menerusi
drama bersiri Sirrun di TV9.

Sekadar membawa watak-watak ringan dalam filem komedi seperti Kahwin 5
dan Sepah The Movie, dia ditanya lagi, sama ada penampilan itu menjamin
impak ke atas kariernya atau sekadar menjadi penyeri.

"Watak sebagai Ayu Sofia itu nampak lemah lembut. Sekali pandang
memang nampak mudah untuk saya lakukan tetapi Ayu Sofia tetap satu
cabaran besar buat saya. Kalau orang kata saya lembik, Ayu Sofia itu
berganda-ganda lebih bersopan santun dan lemah lembut berbanding saya.

"Ia payah untuk pelakon baharu macam saya tapi saya gembira sebab
hasilnya boleh dilihat di panggung sekarang," tutup Anzalna yang teruja
untuk beraksi bersama Nasha Aziz dan Lisa Surihani dalam drama bersiri
Maskara tidak lama lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2DtdkHy6i

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum