Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Saya tidak pernah menyesal - Usop Wilcha

View previous topic View next topic Go down

Saya tidak pernah menyesal - Usop Wilcha

Post by Park Deen on Sun Dec 02, 2012 3:16 pm

Saya tidak pernah menyesal - Usop Wilcha (Kosmo)





GANDINGAN Shy8 (kiri) bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana pernah menggamatkan waktu pagi pendengar radio di saluran Hot FM.




NAMA Usop Wilcha pernah membikin fenomena. Saat itu, penangan filem
komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah benar-benar membawa tuah kepada
lelaki berusia 47 tahun itu. Impak filem komedi karya Mamat Khalid itu
membuka pintu-pintu kemasyhuran berganda-ganda kepada pemilik nama Syed
Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai atau Syh8.

Syh8 benar-benar yakin dia berada di puncak populariti apabila dia
disunting Hot FM masuk menyertai pakatan Hot FM AM Krew bersama-sama
Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG. Belum tamat kontrak dua tahun yang
diikat bersama stesen radio terkenal itu, Syed bagaimanapun membuat
keputusan mengejut untuk angkat kaki.

Sama seperti Nabil Ahmad yang sudah pun membuat keputusan untuk
meninggalkan keluarga penyampai radio di Suria FM, Syh8 juga baru sahaja
mengumumkan peletakan jawatannya sebagai penyampai radio. Perkara itu
dinyatakan selepas tayangan media filem terbaharu lakonannya, Kahwin 5
awal minggu lalu.

"Surat tamat kontrak antara saya dengan Hot FM sudah pun dihantar
awal bulan baru-baru ini. Sepatutnya kontrak saya habis Jun tahun
hadapan tapi saya fikir ada baiknya ia tamat lebih awal," kata Syh8 yang
sudah berkira-kira untuk berundur daripada Hot FM sejak dua bulan
lepas.

Ditebak berlakunya perselisihan faham dengan pengurusan radio
berkenaan sehingga memaksa Syh8 memutuskan untuk menamatkan kontrak
lebih awal, pelakon yang terkenal dengan dialog 'kita bakor, kita bakor'
itu menafikan sekeras-kerasnya.

"Hubungan saya dengan Hot FM masih baik. Sepanjang tempoh tiga bulan
lalu sebelum menamatkan kontrak, saya pun banyak melakukan kerja-kerja
belakang tabir, jadi kehilangan saya itu tidaklah secara mendadak,"
katanya.

Jadi apakah punca utama keputusan untuk mengundur daripada Hot FM dibuat?

SYH8: Saya mahu beri perhatian kepada keluarga, faktor usia juga jadi
sebab utama. Saya sudah tua untuk terus jadi penyampai radio, lagipun
anak saya sedang membesar, mereka perlukan perhatian memandangkan
sekarang jadual saya sangat penuh. Dalam umur sekarang ini, saya sudah
tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa.

Adakah disebabkan bayaran rendah yang ditawarkan oleh Hot FM sehingga anda sanggup melepas tugas popular itu?

Bayaran tidak pernah jadi masalah tapi apa guna bergaji lumayan jika masa bersama anak dan isteri sering tergadai.

Keputusan paling silap Shy8 ialah ditambat dalam konti dan kini mahu
keluar. Tidakkah keputusan ini akan memburukkan lagi keadaan?

Saya sudah bersedia dengan sebarang risiko, pasti ada orang akan
cakap macam-macam. Tapi orang tidak faham, jadi saya tidak akan terlalu
memikirkan perkara itu. Saya sedia untuk bermula semula dari bawah.

Pernahkah terdetik rasa sesal atau kecewa kerana impak Usop Wilcha
tidak bertahan lama dan tidak membantu karier anda sebagai penyampai
radio?

Saya tidak pernah rasa menyesal sebab sejak dari awal lagi saya
sekadar mahu mencuba. Saya semakin sedar bahawa watak Usop Wilcha lebih
kepada visual ia tidak mudah untuk diaplikasikan dalam radio.

Apa fokus anda ketika ini?

Saya rindukan untuk kembali berlakon, dan Alhamdulillah nasib
menyebelahi saya. Kahwin 5 akan mula ditayangkan tidak lama lagi begitu
juga dengan filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Tidak lama lagi saya
akan berlakon filem Zombi Kilang Biskut pula bersama Mamat Khalid.

Ceritakan sedikit tentang watak dalam Kahwin 5, mungkin ada sesuatu yang luar biasa lagi untuk peminat?

Saya bawa watak Dr. K dalam filem Kahwin 5. Ini kali pertama saya
diberi kepercayaan untuk pegang watak hero. Saya masih bercakap dalam
loghat Perak tapi komedinya lebih kepada usahawan yang miang. Sudah lama
saya ditawarkan watak itu, tapi saya kena betul-betul bahagikan masa
sebab terikat dengan radio. Jadi fenomena atau tidak, terpulang juga
kepada kerja pengarah. Sebagai pelakon, saya tidak boleh janji apa-apa
kerana bayangan Usop Wilcha terlalu kuat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2DtdHxG00

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum