Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Once dalam nada solo

View previous topic View next topic Go down

Once dalam nada solo

Post by Park Deen on Sun Dec 02, 2012 3:14 pm

Once dalam nada solo (Kosmo)





KOLABORASI dua bekas vokalis Dewa 19, Once (kiri) dan Ari Lasso.




NAMA Once sudah mampu berdiri sendiri. Tidak lagi ada sambungan Dewa
19 di belakang namanya. Vokalis dengan suara memukau ini bergerak solo
dalam memperjuangkan visi muzik sendiri.

Elfonda Once Mekel kini keluar dengan album solo perdana bergelar
Once. Mungkin ingatan khalayak masih tegar dengan vokalnya mengalunkan
lagu-lagu hits seperti Laskar Cinta, Pupus dan Larut. Sebagai vokalis
Dewa 19, Once sempat merakamkan empat buah album yang menobatkan Dewa 19
sebagai band jutaan keping seperti Bintang Lima (2000), Cintailah Cinta
(2002), Laskar Cinta (2004), dan Republik Cinta (2006).

Rasmi keluar daripada Dewa 19 pada 2011, Once tidak mengambil masa
yang lama untuk mempamerkan kebolehan solonya. Album yang menjadikan
namanya judul album itu diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Album yang
memuatkan 10 buah lagu berunsur variasi rentak rock ini mempertaruhkan
lagu Hilang Naluri sebagai lagu handalan pertama.

"Album solo ini masih banyak sisi komersial dan industri. Bezanya
mungkin dalam aspek vokal serta notasi yang dipilih. Saya juga berasa
beberapa buah lagu lebih baik kerana memilih nada yang lebih tepat. Bagi
saya, pemilihan nada dasar bagi seorang penyanyi sangat penting. Dalam
album ini mungkin kualiti rakaman suara sendiri akan lebih baik," kata
Once.

Menganggap keluar daripada Dewa 19 kerana sudah tidak betah dirinya
lebih baik di situ, Once juga pernah merasakan magis sudah hilang untuk
bersama dengan anggota yang lain.

Bapa kepada Manuel Mekel juga mengakui dirinya kini boleh lebih bebas
untuk berkreativiti dalam dunia muzik dengan penghasilan album solo.

"Saya mencintai muzik, itu yang pertama, cinta itu lebih daripada
wang. Kita harus memaksa diri untuk muncul dan berada dalam industri
muzik. Buat saya main muzik lebih daripada sebuah pekerjaan," ujarnya.

Lalu, perjuangan solo adalah visi dan misinya sekarang.

Seperti kebanyakan lagu-lagu popular masa kini, Once juga
mengetengahkan senarai lagu-lagu bertemakan cinta. Namun, setiap kali
album ini diputarkan, para pendengar akan berasa senang dan teruja
dengan rentak yang enak pada deria pendengaran. Susunan lagu yang
dramatik pada setiap lagu bagaikan tanda dagang Once, menjadikan album
ini istimewa dan tersendiri.

Album ini turut memuatkan beberapa buah lagu slow rock bagi
mengimbangi mood lagu-lagu yang dimuatkan. I Still Love You, Hidup Ini,
Missing You dan Kucinta Kau Apa Adanya merupakan empat buah lagu yang
dianggap dapat membuai perasaan para pendengar.

Single perdana Once iaitu Hilang Naluri juga sudah mendapat tempat
dalam hati pendengar. Lagu hasil komposisi Dewiq dan Ariyanto dilihat
sebagai sebuah lagu rock yang penuh dengan unsur dramatik.

Sesuai dengan penulisan lirik oleh Dewiq yang bersastera, lagu ini
disusun dengan penggunaan instrumen orkestra yang pelbagai, menjadikan
Hilang Naluri sebagai sebuah lagu yang sarat dengan ekspresi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm#ixzz2DtciNtwb

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum