Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Album 'selamat' Noah

View previous topic View next topic Go down

Album 'selamat' Noah

Post by Park Deen on Sun Dec 02, 2012 3:06 pm

Album 'selamat' Noah (kosmo)





Seperti Seharusnya
Artis: Noah
Lagu-lagu terkandung:Raja Negeriku, Jika Engkau, Separuh Aku
Edaran: Universal Music Malaysia




NOAH, Seperti Seharusnya, begitu judul album perdana kumpulan yang satu masa dahulu dikenali sebagai Peterpan.

Sejujurnya, Seperti Seharusnya yang berisi 10 buah lagu hanya diisi
lagu-lagu tangkap muat supaya ia boleh berada di pasaran segera dan
membuat peminat teruja dengan hasil perdana Noah.

Secara komersial, album ini menjual populariti vokalisnya, Ariel yang
baru dibebaskan dari penjara. Namun, daripada segi penghayatan, harus
diakui Seperti Seharusnya bersifat play safe.

Memulakan trek dengan Raja Negeriku, ia sebuah karya semangat,
barangkali satu metafora dari Ariel sendiri tentang nasib dirinya yang
terjerat dalam skandal klip video pornografi sehingga menyebabkan dia
dipenjara 30 bulan.

Diikuti Jika Engkau pada trek kedua sehingga membawa ke trek-trek
berikutnya, Noah gagal membangkitkan satu keterujaan yang tinggi. Semua
lagu mengalir santai, malah mencari momentum dalam satu-satu karya
mereka, agak sukar di sebalik kesegaran muzik grup-grup masa kini.

Bagaimanapun lagu seperti Separuh Aku sedikit menyelamatkan album
ini. Ia punya magis melalui penyampaian vokal lirih Ariel yang akan
membuai perasaan pendengar.

Namun, ini bukan bermakna karya Noah terlalu teruk. Seperti
Seharusnya bukan satu karya 'busuk,' tetapi ia kurang momentum kerana
barangkali sudah terbiasa mendengar karya mereka melalui Peterpan yang
lebih menyentuh rasa daripada segi lirik dan susunan muziknya.

Komen Maliah: Vokal Ariel tetap membuai.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm#ixzz2Dtaat4Bt

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum