Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti

View previous topic View next topic Go down

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti

Post by Park Deen on Sat Dec 01, 2012 12:55 pm

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti (kOSMO)



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


AFDLIN SHAUKI



PELAKON, pengacara, pengarah dan penerbit, Afdlin Shauki, 41,
mencipta profil terkini dalam kariernya apabila menjadi duta sebuah
badan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Sharif, organisasi bebas kelima
bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia yang bergiat aktif membantu
rakyat Palestin.

Menunjukkan rasa sokongannya terhadap perjuangan membebaskan
Palestin, Afdlin akan turut sama ke Gaza bersama badan tersebut bagi
menghulurkan bantuan berupa makanan selama seminggu bermula 3 Disember
ini.

Bukan berniat mencari publisiti, menurut Afdlin, dia ke Gaza untuk
melihat sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin,
malah Afdlin akan turut menyalurkan sebahagian keuntungan daripada filem
komedi seram arahan terbaharunya iaitu Pontianak VS Orang Minyak untuk
rakyat di Gaza.

Filem yang telah menjengah pawagam bermula 22 November lalu itu
membariskan ramai pelakon terkenal seperti Nabil, Johan, Afdlin Shauki,
Sharifah Shahirah, Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Nor, Harun Salim
Bachik, Fizz Fairuz dan Sharifah Amani.

Filem terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn. Bhd. itu
menceritakan pergolakan dua hantu iaitu Pontianak dan Orang Minyak yang
baru berkecimpung dalam dunia hantu. Ponti merupakan seekor pontianak
lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya
semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula orang minyak
lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Afdlin.

Kosmo!: Bilakah anda akan ke Gaza?

AFDLIN: Saya akan ke Gaza pada 3 hingga 10 Disember ini. Saya ke Gaza
bersama dengan badan bukan kerajaan Aqsa Sharif untuk misi bantuan
kewangan dan makanan.

Apakah perasaan anda jika ada sesetengah pihak yang mempertikaikan anda ke Gaza untuk mencari publisiti?

Saya tidak peduli orang mahu pertikaikan keinginan saya ke Gaza. Saya
ke Gaza untuk melihat sendiri dengan mata bagaimana kesusahan dan
penderitaan yang dialami mereka. Saya mahu berbual dengan mereka dan
kongsikan pengalaman yang saya peroleh kepada rakyat Malaysia nanti.

Bilakah anda ditawarkan sebagai duta Aqsa Sharif?

Saya ditawarkan oleh Aqsa Sharif untuk menjadi duta mereka bermula 26
November. Aqsa Sharif merupakan organisasi bebas (NGO) kelima bernaung
di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia.

Apakah tugas-tugas anda sebagai duta?

Saya membantu dari segi mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Saya
juga akan berkongsi pengalaman yang saya peroleh di Gaza nanti,
termasuk bagaimana penderitaan yang dialami oleh mereka untuk rakyat
Malaysia tahu agar semuanya dapat menyalurkan sedikit sumbangan.

Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai duta untuk badan yang memperjuangkan pembebasan Palestin?

Saya rasa sangat terharu. Sebelum ini, jika orang tanya apa yang saya
ingin buat pada buat masa terdekat ini, saya jawab tidak tahu. Kini,
saya sudah ada matlamat iaitu untuk pergi ke Gaza. Ini adalah perjalanan
hidup saya untuk melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku di sana.

Bagaimanakah persediaan diri untuk ke Gaza?

Saya banyak membaca tentang Palestin dan mendapatkan informasi
tentang apa yang berlaku di sana. Memang ada perasaan takut, cuma apalah
sangat perasaan takut saya jika mahu dibandingkan dengan hidup mereka
yang setiap hari sudah berasa takut dengan kekejaman yang berlaku. Jadi
saya kena beranikan diri.

Bagaimanakah penerimaan keluarga bila anda ingin ke Gaza?

Keluarga memang berat hati mahu lepaskan saya ke Gaza, terutama
sekali anak-anak. Bagaimanapun saya yakinkan mereka dan meminta mereka
mendoakan keselamatan saya dan rakyat Palestin di sana.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Sekarang filem arahan saya masih ditayangkan di pawagam iaitu
Pontianak Vs Orang Minyak. Saya harapkan ia mendapat sambutan yang
menggalakkan. Ini kerana saya mahu salurkan sebahagian keuntungan filem
itu untuk rakyat di Gaza. Saya juga tidak akan bersama dengan ahli
Boboi iaitu Harun Salim Bachik dan Nabil untuk persembahan Maharaja
Lawak Mega 2012 pada 7 Disember nanti kerana masih belum pulang ke
Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2DnCd1E51

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum