Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ezad, Asliza tak jadi kahwin

View previous topic View next topic Go down

Ezad, Asliza tak jadi kahwin

Post by Park Deen on Sat Dec 01, 2012 12:49 pm

Ezad, Asliza tak jadi kahwin (KOSMO)



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


EZAD mengaku sudah putus tunang dengan Asliza. Mereka hanya sempat bertunang selama enam bulan.



SUDAH lama tidak mendengar khabar bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 33.

Kali terakhir, pelantun lagu Jesnita itu dikhabar sudah bertunang dengan pembantu peribadinya, Asliza Abdullah pada 1 Jun 2012.

Begitupun, terbaharu, Ezad yang sudah keluar daripada kumpulan
tersebut sejak tahun 2007 itu dikhabarkan oleh sebuah laman blog hiburan
sudah putus tunang.

Punca pertunangan mereka putus didakwa kerana pihak sebelah perempuan
tidak bersungguh dalam proses perkahwinan sehinggakan segala urusan
dokumen yang berkaitan tidak diuruskan.

Atas sebab itu, Ezad dikhabarkan telah mengambil keputusan membatalkan hasrat berkahwin dengan tunangnya itu.

Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan Ezad berhubung gosip yang timbul.

Kosmo!: Adakah benar Ezad sudah putus tunang?

Ezad: Ya, kami telah putus tunang.

Apakah sebab hubungan anda dilanda masalah?

Maaf saya masih keliru dan dalam keadaan sangat bingung. Saya tidak mahu beritahu apa sebabnya kerana ia terlalu peribadi.

Jadi, apakah status sebenar hubungan kalian?

Buat masa ini kami dalam tempoh berehat seketika. Saya ada cuba
hubungi dan hantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada dia, tetapi
tiada jawapan.

Jadi sekarang anda sedang dalam proses memujuk kembali Asliza?

Maaf (tiada jawapan selanjutnya).

Bilakah sebenarnya kalian dijangkakan berkahwin?

Jika mengikut perancangan, kami mahu berkahwin pada bulan Disember
ini, tetapi mahu buat macam mana apabila perancangan tersebut terpaksa
dibatalkan.

Apakah punca sebenarnya kalian tidak jadi kahwin mengikut seperti yang telah dirancang?

Sebenarnya ada masalah timbul pada kedua-dua belah pihak keluarga. Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan.

Bagaimanakah berita mengenai perpisahan kalian boleh tersebar?

Mungkin sebab kami tidak lagi dilihat keluar berdua.

Apakah harapan anda terhadap hubungan kalian?

Saya sayangkan dia dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan terbaharu anda?

Sekarang saya sedang merakamkan single baharu yang mungkin akan
dikeluarkan pada awal tahun depan. Bagaimanapun, ia masih belum
mempunyai judul.

Selama anda tidak muncul di media apakah yang anda lakukan?

Walaupun kurang publisiti, saya tetap mendapat undangan mengadakan
persembahan. Saya juga menolong keluarga menjalankan perniagaan.

Harapan anda bila muncul semula di persada seni?

Saya berharap supaya saya bersikap lebih matang daripada sebelum ini selain lebih fokus dengan apa yang dilakukan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2DnApOlBZ

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum