Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bunkface marah K-Pop

View previous topic View next topic Go down

Bunkface marah K-Pop

Post by Park Deen on Sat Dec 01, 2012 12:42 pm

Bunkface marah K-Pop (kOSMO)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


ATAS: Pelancaran kali kedua album
Bunkface, Bunk Not Dead di ibu kota baru-baru ini yang menggunakan
teknologi Augmented Reality telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.




Bunkface mengaku mereka tidak kecewa kerana terkandas untuk bersaing
dalam final Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) pada peringkat separuh
akhir pertandingan itu baru-baru ini, bagaimanapun mereka meluahkan rasa
kecewa apabila tidak banyak kumpulan yang layak untuk ke peringkat
final.

Kata vokalisnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom atau Sam, Bunkface
tiada masalah kerana tidak berjaya ke AJL 27, tetapi kecewa apabila
tiada peruntukan jumlah kumpulan yang boleh masuk ke final pertandingan
berkenaan.

“Kami rasa macam tidak adil pula apabila hanya satu kumpulan sahaja
berjaya masuk ke final. Kami bersimpati apabila ada kumpulan yang
mengeluh mengenai hal itu,” ujar Sam mewakili luahan hati rakan
seperjuangan yang lain.

Dalam separuh akhir AJL 27, hanya sebuah sahaja kumpulan yang yang
berjaya ke final iaitu Mojo melalui lagu Andaiku Bercinta Lagi.

Bunkface yang pernah ke final AJL melalui lagu Situasi dan
Ekstravaganza pada tahun 2009 dan 2010 turut mengakui lagu Panik yang
dipertaruhkan semasa separuh akhir jarang didengari oleh pendengar dan
mempunyai kontroversi sendiri.

“Kami sudah buat sehabis baik malam itu, kalau tidak ke final tidak
mengapa, tetapi kasihan kepada kumpulan lain yang baharu hendak mencipta
nama, namun tidak berjaya pula,” ujarnya ketika ditemui pada majlis
pelancaran kedua album Bunk Not Dead di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain meluahkan rasa kecewa terhadap perkara berkenaan, dua lagi
ahli kumpulan Bunkface iaitu Youk (pemain gitar bass) dan Paan (pemain
gitar utama) menyatakan perasaan terkilannya terhadap industri muzik
tanah air yang didakwa semakin suram.

Kata mereka, industri muzik sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana
ia semakin tidak sihat dan suram serta kurang penghargaan oleh peminat.
Ini kerana mereka lebih berminat dan terdedah kepada muzik luar negara.

Paling nyata apabila banyak peminat muzik kini lebih mengagungkan
muzik aliran K-Pop yang turut mendapat sambutan daripada stesen-stesen
radio apabila kerap memutarkan lagu-lagu yang berasal daripada Korea
Selatan itu.



BUNKFACE dari kiri: Sam, Paan dan Youk menyuarakan rasa kurang senang dengan kebanjiran muzik K-Pop di Malaysia.




“Banyak radio menyiarkan lagu K-Pop dan Justin Bieber misalnya, yang
membuatkan secara tak langsung, peminat sekarang lebih suka kepada
mereka, bukan lagu tempatan lagi. Bagaimanapun kami tidak menyalahkan
peminat, tetapi pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu,” jelas Youk.

Sam yang bersetuju dengan pandangan rakannya itu turut berkata,
luahan rasa mereka itu adalah untuk kebaikan industri dan kumpulan muzik
akan datang.

“Banyak kumpulan atau band mengeluh lagu mereka tidak keluar radio,
kasihan mereka. Jadi, kami suarakan hal ini bagi pihak mereka dan
berjuang untuk industri agar peminat tidak lupa bahawa muzik tempatan
pun tidak kurang hebat,” ujarnya yang risau terhadap demam muzik K-Pop
yang semakin digilai remaja sekarang.

Tambahnya, situasi industri sekarang seolah-olah menutup ruang untuk
kumpulan muzik bergerak dan banyak rakan seperjuangan terpaksa
bermati-matian untuk dikenali melalui saluran yang sepatutnya walaupun
mereka bagus.

Kata Sam: “Saya mewakili suara kumpulan muzik yang ada kerana mereka
tidak berani menyuarakan perkara ini. Jadi dengan apa yang telah kami
suarakan, diharap ada pihak yang akan bertindak terhadap situasi
berkenaan.”

Sementara itu, Bunkface melancarkan album ketiga mereka, Bunk Not
Dead buat kali kedua kerana album berkenaan menggunakan teknologi
Augmented Reality sepenuhnya. Ia mengandungi kod tersembunyi di sebalik
gambar kulit album mereka sehingga membolehkan grafik dalam gambar itu
bergerak-gerak jika dilihat melalui telefon pintar jenis Android dan
Apple.

Teknologi berkenaan merupakan yang pertama di Asia dan digunakan oleh artis dalam pembikinan album mereka.

“Kami memilih teknologi tersebut untuk album kedua ini kerana melihat
senario masa kini yang menyaksikan hampir semua individu memiliki
telefon pintar, jadi secara tak langsung peminat kami boleh mengikuti
segala aktiviti Bunkface menerusi teknologi yang kami sediakan.

“Cara untuk peminat mengikut segala aktiviti kami walau di mana saja
mereka berada adalah dengan mengimbas kulit album melalui telefon pintar
mereka, dan mereka terus memiliki aplikasi yang telah disediakan,”
jelas Sam mengenai alasan mereka memilih teknologi Augmented Reality
tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2Dn9LuHi1

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum