Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Info FAM

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 3:46 am

FAM siap sedia perangi rasuah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Dasar 3E -
Education (pendidikan), Engagement (perhubungan) dan Enforcement
(penguatkuasaan) bagi memerangi gejala rasuah yang kini berlaku dalam
arena bola sepak negara.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar)
bertitah, dengan pengenalan konsep itu secara tidak langsung diharapkan
dapat membanteras gejala tidak bermoral itu.

“Dengan Konsep 3E, ia diharapkan dapat membendung gejala rasuah yang dilihat semakin serius ketika ini.

“Saya tidak mahu skandal rasuah yang berlaku pada tahun 1994 kembali
berulang seterusnya mencemarkan liga tempatan yang kini dilihat semakin
positif.

“Kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) amat diperlukan bagi
menyelesaikan gejala rasuah ini dengan lebih efektif.

“FAM akan menubuhkan Unit Pemantauan Ketelusan dan Penyelarasan dengan dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat.

“Saya berharap kesemua pemain dan pegawai pasukan perlu berfikir
dengan lebih profesional sebelum terjebak dengan rasuah,” ujar Tengku
Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas FAM
bagi menangani isu rasuah dalam Liga Malaysia (Liga-M) semalam.

Baginda mengadakan mesyuarat tersebut bersama wakil dari Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Micheal Pried di Shahzan House, Kuala
Lumpur semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Penolong Pengarah Cawangan
Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil
Hassan dan Pengarah Bahagian Risikan SPRM, Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Tengku Abdullah menegaskan, FAM bersedia untuk menyingkirkan
mana-mana pasukan yang gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan
pegawai.

Baginda turut merumuskan bahawa tunggakan gaji pemain dan pegawai antara faktor utama berlaku gejala rasuah.

“FAM tidak berniat untuk menuduh mana-mana pasukan (berhubung isu
masalah tunggakan gaji) tetapi (FAM) akan pantau perkara ini,” titah
baginda.

“Sekiranya pasukan tersebut gagal berbuat demikian pada bulan pertama
dan kedua, FAM akan mengeluarkan amaran awal dengan memberikan kad
kuning pertama dan kedua kepada mereka.

“Jika gagal menyelesaikan tunggakan gaji selama tiga bulan, FAM akan
memberikan kad merah, seterusnya pasukan ini akan disingkirkan daripada
mana-mana kejohanan atau liga di bawah naungan FAM.”

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Feb 05, 2012 12:44 pm

18 pemain terlibat rasuah



TENGKU ABDULLAH (tengah) bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco FAM, di Kuala Lumpur semalam.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti 18 pemain dan
seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada
saingan Liga Malaysia musim lepas.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelaskan
bahawa pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman
penggantungan antara dua hingga lima tahun.

"Hukuman tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan serta nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM.

"Pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai
nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco)
FAM di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.

"Ini membuktikan keseriusan FAM untuk memerangi gejala rasuah dalam
bola sepak. Saya berharap ia akan memberi pengajaran kepada pemain dan
pegawai yang terlibat dalam semua kejohanan kelolaan FAM," titah
baginda.

Pemain-pemain terbabit terdiri daripada enam pemain dari pasukan
Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam) dan pasukan
MP Muar (enam).

Terdahulu, Tengku Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada dua
badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan dan
mereka masing-masing menerima cek bernilai RM50,000 hasil kutipan tiket
daripada Piala Sumbangsih 2012.

Pada awal bulan lalu, saingan bola sepak tempatan turut dikejutkan
dengan aktiviti mengatur perlawanan membabitkan perlawanan antara Perlis
dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) dalam aksi pembukaan Liga
Premier musim 2012.

Pada perlawanan tersebut, pemain Perlis yang dibelasah sehingga tujuh
gol oleh MP Muar mengakui terdapat penglibatan bookie dalam mengatur
keputusan perlawanan tersebut.

Tidak mahu gejala tersebut berlarutan, Presiden Persatuan Bola Sepak
(PFA) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil tindakan segera
mengadakan perjumpaan dengan semua pemain selepas perlawanan tersebut
yang membawa kepada pengakuan bahawa terdapat segelintir pemain
dipancing oleh seorang bookie.

Ekoran pengakuan tersebut, beberapa pemain Perlis telah dipanggil
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tunjuan
penyiasatan.

Setakat ini, kes membabitkan pemain Perlis masih dalam proses penyiasatan.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Feb 05, 2012 12:55 pm

FAM bersedia gantung pasukan gagal bayar gaji pemain, pegawai
Tiada lagi maaf bagimu


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin
Mohd. Amin menegaskan FAM bersedia untuk menggantung mana-mana pasukan
yang gagal menjelaskan pembayaran gaji kepada pemain dan pegawai
daripada bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:23 am

FAM kecewa penjelasan tak konkrit
PENJELASAN sejam Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton berhubung
dakwaan pembabitan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam
gejala mengatur perlawanan tidak memuaskan hati badan induk bola sepak
tanah air itu.

Selepas pertemuan itu, FAM tampil dengan kenyataan media
menyuarakan rasa kecewa kerana Eaton gagal memberi maklumat atau bukti
mengenai dakwaannya yang disiarkan akhbar Straits Times di Singapura 16
Februari lalu.

“FAM kecewa kerana Chris Eaton tidak
memberi maklumat mahupun bukti bagi menjelaskan kenyataannya sebagaimana
diharapkan, sebaliknya hanya sekadar menyatakan kenyataan itu dibuat
berdasarkan dakwaan pihak tertentu dan siasatan masih dijalankan Fifa.

“Beliau tidak menjelaskan dakwaan itu mahupun mengenai pihak yang
membuat dakwaan seperti dimaksudkan,” jelas kenyataan dihantar Unit
Media FAM semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu,
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengarah Bahagian Risikan
SPRM, Shamshun Baharin Mohd Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM,
Tan Sri Aseh Che Mat serta dua lagi wakil Fifa, Terry Steans dan
Michael Pride.

Menurut FAM, Eaton turut mengambil
kesempatan pada perjumpaan singkat itu untuk memaklumkan beliau akan
meninggalkan Fifa dan bertugas dengan sebuah agensi lain di Qatar tidak
lama lagi.

Eaton tiba di Kuala Lumpur selepas FAM mengutus surat menuntut
penjelasan mengenai dakwaan mencalar imej badan induk bola sepak tanah
air itu yang kini ‘berperang’ bersama Polis dan SPRM dalam membanteras
gejala rasuah bola sepak.

Rasuah bola sepak kembali
menghantui arena bola sepak tempatan apabila 11 pemain dan seorang bekas
jurulatih pasukan Piala Presiden digantung FAM bulan lalu.

Malah FAM juga mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat
Polis dan SPRM kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur
perlawanan.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 9:56 am

FAM terima teguran








PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghalang pegawai dan
ahlinya menegur prestasi skuad kebangsaan bagi tujuan penambahbaikan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
pegawai atau ahli yang mahu mengkritik pasukan kebangsaan bagaimanapun
wajar berbincang dengan persatuan itu terlebih dahulu sebelum memberi
komen terhadap prestasi pasukan kebangsaan secara terbuka.

“Kalau boleh, seelok-eloknya kita bincang dalam mesyuarat terlebih
dahulu tetapi kita tidak boleh sekat atau bendung mereka untuk
menyatakan pandangan mengenai pelbagai perkara.

“Kita harus mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif dalam
hal ini. Namun, segala teguran adalah sangat subjektif, satu pihak kata
tak begitu membina dan satu pihak kata sebaliknya,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada sidang media di Istana Abdul
Aziz di Kuantan semalam ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan
Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang melahirkan keraguan terhadap
kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF akibat aksi goyah
dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Annuar dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor baru-baru ini
menjelaskan bahawa kenyataannya disalah tafsir oleh pihak media kerana
beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan tanpa merujuk kepada
mana-mana individu termasuk jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Sehubungan itu, Tengku Abdullah berharap isu tersebut tidak
diperbesar dan disensasikan lagi demi kebaikan skuad kebangsaan yang
memikul tugas berat dalam merealisasikan impian peminat bola sepak
negara ini.

Baginda sebaliknya menyeru supaya semua pihak memberikan fokus
terhadap impian dan harapan untuk menaikkan mutu sukan bola sepak
negara.

“Saya tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana bila kita
suarakan, kadangkala ada yang sensitif dan seelok-eloknya kita kurangkan
perkara sebegini.

“Apa yang penting, pasukan dan pemain itu sendiri perlu membuktikan kemampuan di atas padang,” titah baginda.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu Apr 05, 2012 4:11 am

FAM putuskan Annuar bersalah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

ANNUAR dikerumuni jurugambar ketika hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.

JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuat kuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Taufik Razak memberitahu, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama lapan ahli Jawatankuasa Disiplin FAM yang bersidang hampir tujuh jam di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Terdahulu, Annuar didakwa melanggar statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. Atas kesalahan itu, Annuar dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media. Bagi pertuduhan kedua itu, Annuar dikenakan hukuman penggantungan enam bulan.

“Ahli Jawatankuasa Disiplin FAM sebulat suara membuat keputusan bahawa Tan Sri Annuar Musa didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

“Justeru, pihak jawatankuasa tidak ada pilihan lain selain daripada menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun enam bulan terhadap beliau (Annuar).

“Pihak jawatankuasa juga telah menggunakan budi bicara (dengan) tidak mengenakan sebarang denda terhadap beliau,” kata Taufik pada sidang akhbar di Bilik Piala Liga Wisma FAM semalam.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu menyebabkan jawatan yang disandang Annuar selaku Timbalan Presiden FAM serta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung serta-merta.

Selain menjawat kedua-dua jawatan utama itu, Annuar turut memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Liga Super Malaysia.

“Pihak kami tidak pernah menghalang Annuar untuk memberikan penjelasan. Ini bukan kesalahan pertama beliau dan hukuman tersebut tidak boleh dibuat sebarang rayuan memandangkan ia hukuman paling mininum,” ujarnya.

Sementara itu, Annuar ketika ditemui pemberita selepas kes perbicaraan tersebut berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli majlis FAM.

“Kepada kawan-kawan media, (saya) minta maaf sebab dalam FAM telah ditetapkan saya tidak boleh cakap kepada media, kecuali ada kebenaran bertulis daripada kongres.

“Jikalau saya nak cakap pasal FAM, saya kena tulis surat kepada kongres terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum kes perbicaraan itu bermula, kira-kira 300 penyokong Annuar berhimpun di luar pekarangan Wisma FAM sejak pukul 12.45 tengah hari sebagai tanda sokongan kepada Timbalan Presiden FAM itu.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Apr 08, 2012 11:45 am

Tengku Abdullah simpati nasib Annuar




IMBAS KEMBALI... Tengku Abdullah (kiri) dan Annuar ketika sidang media mesyuarat Exco FAM di Wima FAM pada 2 Januari 2011.



TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa simpati baginda kepada Tan
Sri Annuar Musa yang dikenakan hukuman penggantungan dua tahun enam
bulan daripada melibatkan sebarang aktiviti bola sepak di peringkat
nasional dan negeri.

Rabu lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk
Taufik Abdul Razak memutuskan bahawa Annuar yang juga Timbalan Presiden
FAM bersalah membuat kenyataan kepada pihak media dengan mengkritik
skuad kebangsaan pada 12 Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media
semalam, Tengku Abdullah menyatakan kekesalan baginda dengan apa yang
telah berlaku.

"Saya bersimpati dengan Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa
kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tersebut, satu
keadaan yang kami semua pernah alami.

"Minat yang amat mendalam dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan
seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk
menyemak semula apa yang mungkin tidak lagi penting bagi masa depan
pembangunan bola sepak.

"Begitupun, saya pasti Jawatankuasa Tatatertib telah menjalankan
penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan (ke
atas Annuar) dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara
yang telus dan mengikut undang-undang FAM.

"Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi," jelasnya.

Tengku Abdullah menambah, kenyataan yang dibuat baginda pada 4
Februari lalu tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan.

"Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini (kes
penggantungan Annuar) berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan
terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang
diadakan pada 4 April 2012.

"Kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4 Februari 2012 tidak
sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya
semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM .

"Maka kita mesti mempunyai sikap memandang jauh dan menumpukan
perhatian ke atas apa yang sebenarnya penting kemajuan bola sepak
Malaysia.

"Perhatian semestinya ditumpukan ke atas bola sepak semata-mata dan bukan perkara remeh-temeh," ujar Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah turut menyatakan kesediaan baginda untuk menjadi
pengantara bagi menamatkan isu hukuman yang dikenakan ke atas Annuar.

"Kita mesti akui dan menghargai sumbangan-sumbangan dan usaha-usaha
yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak
di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan.

"Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan
kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan
bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
akan mengalami kesan buruk daripadanya.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada
faktor-faktor mitigasi yang wujud dan menyelesaikan perkara ini secara
damai demi kebaikan bola sepak Malaysia," kata baginda

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Mon Apr 09, 2012 6:43 am

Sultan Ahmad Shah tak setuju








PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah
(gambar) tidak bersetuju Tengku Abdullah menjadi orang tengah bagi
menangani krisis badan induk bola sepak negara itu dengan Tan Sri Annuar
Musa.

Sultan Ahmad Shah semasa ditemui di Pekan, Pahang semalam bertitah,
tawaran Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM itu tidak
seharusnya berlaku kerana keputusan FAM untuk menggantung dua setengah
tahun terhadap Annuar telah dibuat pada 4 April lalu.

“Sebagai presiden, saya mesti menyokong apa sahaja keputusan yang
telah dilaksanakan kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan
ketetapan undang-undang dan peraturan.

“Annuar telah dijatuhi hukuman. Kita tunggu sahaja (tempoh
penggantungan) dua tahun dan enam bulan itu. Bagaimanapun, saya tidak
campur apa (kenyataan) yang Tengku Abdullah cakap,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Majlis Pelancaran Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram dekat Pekan
semalam.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung
selama dua setengah tahun selepas dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib FAM
kerana mengkritik pasukan kebangsaan secara terbuka.

Jelas Sultan Ahmad Shah lagi, penggantungan yang dikenakan terhadap
Annuar adalah berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan.

“Apa yang dilakukannya adalah bertentangan (melanggar peraturan FAM) dan saya mesti menyokong persatuan bola sepak saya.

“Bukan Annuar seorang sahaja yang mengalaminya (penggantungan) kerana
sebelum ini bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991.

“Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil pula dua kali
digantung pada 2001 (selama empat tahun) dan 2006 (selama setahun)
kerana mengkritik FAM,” titah baginda.

Titah baginda lagi, setiap tingkah laku atau kenyataan yang
dikeluarkan perlu dibuat berlandaskan undang-undang dan perlembagaan
serta tidak terlalu bebas kerana wajar mematuhi peraturan.

“Kalau kita rakyat Malaysia tidak mematuhi perlembagaan, siapa lagi?
Kalau nak suruh orang luar, mungkin tidak. Justeru, saya mengikut segala
peraturan dan perlembagaan FAM,” jelas baginda.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Apr 11, 2012 10:00 am

Artikel 88 dikaji
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


METERAI...Tengku Abdullah (kanan) berjabat tangan dengan Kinnear pada
majlis pengumuman Jelajah Asia 2012 skuad Arsenal, semalam.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan mengkaji semula Artikel
88 Statut FAM yang mengakibatkan rakan sejawatnya, Tan Sri Annuar Musa
dijatuhkan hukuman penggantungan dua tahun enam bulan.

Beliau berkata, tindakannya untuk mengkaji semula Artikel itu
bukan bertujuan mempertikai keputusan Jawatankuasa Tatatertib berhubung
isu Annuar sebaliknya ingin mencari jalan penyelesaian sekiranya
terdapat sebarang kelemahan.

“Saya mahu meneliti semua
Artikel itu, mungkin ada yang perlu dikaji semula, menambah Artikel baru
demi kebaikan,” katanya selepas sidang media pengumuman Jelajah Asia
2012 Arsenal ke Malaysia semalam.

Selain itu Tengku Abdullah turut mempertahankan kenyataannya
berhubung isu Annuar, Sabtu lalu yang disifatkannya hanya berniat untuk
membantu meredakan ketegangan yang tercetus biarpun ada pihak
berpendapat beliau juga mungkin boleh dikenakan tindakan yang sama.

“Memang saya juga tertakluk kepada peraturan tapi ada masanya saya
juga perlu menyuarakan pendirian, pendapat mengenai perkara itu, saya
juga manusia. Saya harap kenyataan media saya itu OK, kenyataan saya itu
tidak menyentuh hal skuad bola sepak kebangsaan atau polisi FAM.

“Saya cuma menawarkan diri sekiranya saya boleh membantu
menyelesaikan masalah, bukannya untuk campur tangan. Saya mahu kita
lebih memberikan tumpuan kepada bola sepak. Saya tidak mempersoalkan
keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau titah Tuanku mengenai keinginan
saya itu,” katanya.

Menerusi kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada media,
Tengku Abdullah menyatakan rasa simpati terhadap Annuar yang disabitkan
bersalah atas dua pertuduhan kerana mengkritik secara terbuka prestasi
skuad bola sepak kebangsaan dan beliau turut menawarkan diri sebagai
pengantara untuk menamatkan kemelut itu.

Bagaimanapun
kenyataan Tengku Abdullah itu disanggah Presiden Sultan Ahmad Shah yang
tidak bersetuju dengan hasrat itu sambil menyatakan pendirian akan tetap
menyokong penuh dengan keputusan diputuskan Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, minggu lalu.

Menurut Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, hanya Presiden dan
Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan
mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu
meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Park Deen
Admin
Admin

Posts : 2214
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sat Apr 21, 2012 9:52 am

Jangan ambil mudah




TENGKU Abdullah (kanan) mencuba alat
kecergasan baharu Power Plate My7 pada majlis pelancarannya di hotel
Istana, Kuala Lumpur semalam.




BANGLADESH pun lebih hebat daripada kita!Barangkali itu yang bermain
di fikiran majoriti peminat bola sepak berhubung ranking terkini skuad
bola sepak kebangsaan yang kini menjunam ke tangga ke-156 dunia.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang
dikeluarkan 11 April lepas, skuad negara kini jatuh empat anak tangga
berbanding tangga ke-152 pada Januari lepas.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berasakan
masih terlalu awal untuk menekan butang panik, kegelisahan penyokong
ternyata ada benarnya.

Apa tidaknya, selain merupakan ranking terburuk skuad negara sejak
Januari lepas, kedudukan terkini Harimau Malaya juga lebih rendah
berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149).

Sementara dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada
di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina
(148) dan Indonesia (151).

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden FAM,
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pihak pengurusan FAM dan
pemain perlu menyedari kepentingan ranking FIFA.

Ini kerana menurutnya, ranking Harimau Malaya perlu berada
sekurang-kurangnya ke-100 terbaik dunia sekiranya ada mana-mana pemain
tempatan yang berhasrat untuk beraksi di Liga Eropah.

“Pada masa sama, semua harus faham keengganan pasukan yang memiliki
kedudukan yang lebih baik menentang pasukan kebangsaan juga merupakan
antara faktor mengapa ranking kita jatuh.

“Suka tidak suka, kita terpaksa beraksi menentang pasukan di tangga
yang lebih bawah. Jadi pemain dan pengurusan FAM perlu sedar dan tahu
kepentingan ranking skuad negara, seelok-eloknya kita perlu elak
daripada kalah (kepada pasukan ranking yang lebih rendah).

“Jika tidak, sukar pemain hendak beraksi di pentas Eropah semata-mata ranking kita tidak cukup bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan alat
kecergasan baharu ‘Power Plate My7’ keluaran Universal Fitness &
Leisure (UFL) di ibu negara semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik
Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha
Krishnan.

Mengulas lanjut Tengku Abdullah menjelaskan, meskipun enggan
meletakkan sebarang tempoh untuk mencapai sasaran ranking ke-100 terbaik
dunia, beliau benar-benar berharap supaya Harimau Malaya mampu menjadi
antara 10 kuasa terkuat rantau Asia terlebih dahulu.

“Hendak kata mahu jadi No. 1 Asia nanti macam angan-angan pula, jadi
ada baiknya muncul antara 10 terbaik Asia dulu baru letak sasaran ke-100
terbaik dunia.

“Pada masa sama, saya juga berharap supaya FAM sentiasa berada dalam suasana harmoni sampai bila-bila,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun May 06, 2012 3:35 am

‘Teliti, fahami undang-undang FAM’








PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah
(gambar kecil) mahu penyokong pasukan bola sepak meneliti dan memahami
undang-undang FAM sebelum mengeluarkan kenyataan menggesa persatuan bola
sepak negeri keluar daripada badan induk bola sepak negara ini.

Baginda bertitah, memang mudah bagi individu terbabit mengeluarkan
kenyataan seumpama itu tetapi pada hakikatnya, persatuan bola sepak
negeri tertakluk kepada undang-undang FAM.

"Baca perundangan FAM, kita ada undang-undang dan jangan
sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang akhirnya akan memberi kesan
kepada diri atau pasukan bola sepak kita sendiri.

"Ini bukan kenyataan nak keluar atau masuk rumah, sebaliknya ia
melibatkan persatuan bola sepak negeri yang tertakluk di bawah
undang-undang FAM," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas
melancarkan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2012 di Dataran Pekan
kelmarin.

Akhbar semalam melaporkan, penyokong pasukan bola sepak Sarawak dalam
satu laman web iaitu petisyen.com yang mula dilancarkan kelmarin,
meminta Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) keluar daripada FAM selepas
tidak berpuas hati dengan tindakan badan induk bola sepak negara ini.

Gesaan itu dibuat kerana menganggap hukuman yang dikenakan terhadap
FAS oleh FAM bersifat zalim dan ia juga ekoran tindakan FAM menggantung
Timbalan Presiden FAS, Mohd. Abu Bakar Marzuki lapan bulan dan denda
RM8,000 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menerusi media.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda percaya tidak semua penyokong
bola sepak Sarawak berpendapat sedemikian kerana mereka tahu FAS tidak
akan mampu bergerak sendirian jika keluar daripada FAM.

"Kita seharusnya bersatu. Sarawak adalah sebahagian daripada
Malaysia, kita 1Malaysia dan kita perlu bersama walaupun berada dalam
persatuan bola sepak," titah baginda.

Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda akan
bertemu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi
mendapatkan maklum balas beliau mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, FAM telah mengenakan denda berjumlah RM46,000 terhadap FAS
berdasarkan empat pertuduhan ketika Sarawak menentang Kelantan di
Stadium Negeri Sarawak, 7 April lalu.

Sebelum itu, FAS telah dikenakan denda sebanyak RM29,500 gara-gara
kegagalan mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang Lions
XII di Stadium Negeri Sarawak, 17 Mac lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Mon May 07, 2012 4:21 am

Arahan FAM buat Mohamad Abu Bakar (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! Ahad semalam.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan yang pihaknya
telah mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak
Sarawak (FAS), Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sebaliknya jelas FAM, Mohamad Abu Bakar hanya diberikan surat
pertuduhan pada minggu lepas kerana bertindak membuat kenyataan yang
bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Tata Tertib FAM.

FAM dalam kenyataannya berkata, Mohamad Abu Bakar dikehendaki
mengemukakan surat pembelaan tersebut dalam masa tujuh hari daripada
surat itu dihantar pada minggu lepas.

"Surat tunjuk sebab itu hendaklah sampai di Sekretariat FAM sebelum
pukul 12 tengah hari pada 7 Mei (hari ini)," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Mohamad Abu Bakar dilaporkan telah digantung lapan bulan
dan didenda RM8,000 atas kesalahan memberikan komen kepada media
seperti mana dilaporkan akhbar semalam.

Disebabkan itu, segelintir penyokong bola sepak Sarawak meminta FAS
keluar daripada FAM selepas tidak berpuas hati dengan tindakan badan
induk bola sepak negara itu yang menganggap hukuman yang dikenakan
terhadap FAS oleh FAM bersifat zalim.

Sebelum ini, FAM telah mengenakan denda berjumlah RM46,000 terhadap
FAS berdasarkan empat pertuduhan ketika Sarawak menentang Kelantan di
Stadium Negeri Sarawak, 17 April lalu.

Malah, FAS juga telah dikenakan denda sebanyak RM29,500 gara-gara
kegagalan mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang Lions
XII di Stadium Negeri Sarawak, 17 Mac lalu.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah semalam turut bertitah mahu penyokong
bola sepak meneliti dan memahami undang-undang FAM sebelum mengeluarkan
kenyataan yang menggesa persatuan bola sepak negeri keluar daripada
badan induk bola sepak negara itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda percaya tidak semua penyokong
bola sepak Sarawak berpendapat sedemikian kerana mereka tahu FAS tidak
akan mampu bergerak sendirian jika keluar daripada FAM.

Pasukan Bujang Senang yang sekadar seri 1-1 dengan pasukan tercorot,
Kuala Lumpur dalam aksi terakhir mereka kelmarin kini menduduki tangga
kesembilan Liga Super dengan 19 mata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu May 17, 2012 9:05 pm

Annuar diberi amaran keras


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ANNUAR (dua dari kiri) hadir pada majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan
pelancaran album Dikir Warriors di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Isnin lalu.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada
Timbalan Presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa agar tidak terus
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

FAM mengeluarkan amaran tersebut selepas Annuar didapati melanggar
kod etika Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu apabila menghadiri
majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran album
Dikir Warriors di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak
(gambar kecil) berkata, FAM akan mengenakan tindakan lebih berat jika
Annuar masih terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat
nasional mahupun antarabangsa.

“Perkara ini diputuskan selepas kami menerima banyak rungutan dan
pandangan daripada pihak luar berkaitan penglibatan beliau (Annuar)
dalam aktiviti bola sepak pada peringkat negeri.

“Perkara 6.11.15 telah menetapkan yang beliau tidak dibenarkan sama
sekali terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak,” kata Taufik kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM
di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada 4 April lalu, FAM memutuskan Annuar yang juga Presiden Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung dua tahun enam bulan daripada
seba- rang aktiviti bola sepak peringkat nasional dan antarabangsa.

Annuar didapati bersalah melanggar Statut FAM dengan membuat
kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen
berkenaan sku- ad kebangsaan.

Beliau juga didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM
pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada
pihak media.

Menurut Taufik, sekiranya Annuar mengulangi kesalahan yang sama, FAM
tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatannya dalam badan induk itu.

“Perkara ini sebenarnya mudah yang mana Annuar harus mengikuti
pelaksanaan hukuman sebagaimana yang ditetapkan, bukan melanggar
(hukuman tersebut) yang akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Taufik turut mengumumkan hukuman penggantungan empat perlawanan tanpa
penonton di Stadium Negeri, Kuching yang dikenakan terhadap Persatuan
Bola Sepak Sarawak (FAS) ditarik balik.

Bagaimanapun, hukuman itu bersyarat apabila FAM terlebih dahulu akan
menghantar ‘peninjau’ ketika Sarawak menentang Selangor pada 16 Jun
depan.

“FAS perlu memastikan yang insiden sama (pergaduhan dan kekasaran
penonton) tidak berulang lagi dan keperluan keselamatan memenuhi syarat
yang ditetapkan FAM.

“Kami akan menghantar wakil untuk membuat pemerhatian dan seandainya
FAM berpuas hati terhadap semua aspek, maka dua penggantungan perlawanan
seterusnya juga akan ditarik balik,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu Sep 13, 2012 4:26 am

FAM kaji pandangan
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengkaji semula
keputusan menukar format Piala Malaysia daripada 16 pasukan ketika ini
kepada 24 pasukan sebelum dilaksanakan bermula tahun depan hingga 2016.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM,
Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya yang mengadakan mesyuarat kelmarin
bersetuju mendengar pandangan semua ahli gabungan mengenai penukaran
format itu.

“Perubahan format ini sudah mendapat kelulusan
Exco tapi selepas mendengar pandangan banyak pihak selepas perkara ini
diumumkan, pihak JKPT akan meminta semua ahli gabungan supaya menghantar
surat cadangan mengenai perkara ini sebelum 28 September.

“Kami sedar perubahan ini ada baik dan buruknya dan mahu kesepakatan
dalam hal ini bagi memastikan perjalanan Piala Malaysia pada tahap
terbaik. “Sebelum ini keputusan merombak format dibuat atas dasar
kewangan pasukan yang terpaksa membayar gaji pemain tanpa sebarang
kejohanan selepas tamat liga.

“Tapi ada yang berpendapat untuk
mengekalkan prestij dan kompetitif Piala Malaysia, biarlah jumlah 16
pasukan dikekalkan. Semua ini akan diambil kira dan kami mahu semua ahli
gabungan memberi pandangan sebelum seminar pada 8 dan 9 Oktober.

“Selepas itu jika ada perubahan perkara itu akan dikemukakan kepada Exco FAM,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Sementara itu, Hamidin turut memaklumkan JKPT bersetuju mengharamkan
penggunaan Vuvuzela di stadium dalam masa terdekat selepas ia dilapor
mengganggu penonton, jurulatih dan siaran langsung televisyen.

Turut
diputuskan, MP Muar sah menarik diri daripada menyertai Liga Perdana
musim depan manakala tempatnya bakal diisi pemenang play off, Shahzan
Muda dengan NS Betaria pada 6 Oktober ini.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/13
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Sep 23, 2012 12:19 pm

'Jangan bertindak mengikut emosi' (Kosmo)



Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
"JANGAN terlalu cepat menghukum." Itu nasihat Timbalan Presiden
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
ketika diminta mengulas isu hukuman terhadap juru- latih Terengganu,
Peter James Butler oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)
baru- baru ini.

Tengku Abdullah turut menzahirkan rasa bimbang dengan fenomena sukan
negara pada masa kini yang dilihat baginda bertindak mengikut emosi.

"Saya tidak begitu suka melihat mana-mana pihak yang menjatuhkan
hukuman tanpa kita berusaha memperkukuhkan kelemahan yang terdapat dalam
sistem kita ini.

"Banyak pihak yang terlalu beremosi dalam sukan terutama bola sepak
tetapi itu tidak bermakna kita boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan
emosi," kata Tengku Abdullah kepada pemberita pada sidang akhbar sempena
Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru semalam.

Menurut Tengku Abdullah, dalam kes Butler, baginda percaya jurulatih
kelahiran England itu telah menjalankan tugasnya sekadar mampu dengan
menyatakan apa yang benar.

Katanya, perbuatan Butler mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan
salah laku dua pemain Terengganu membawa balik perempuan ke bilik tempat
mereka menginap ketika berada di Kedah pada 1 September lalu tidak lari
daripada skop tugasannya sebagai jurulatih.

"Jurulatih tersebut (Butler) telah membuat sekadar mampu dan
menyatakan apa yang sebenar. Namun, jika itu didapati bersalah, mungkin
sukar untuk mencari juru- latih lain yang dapat bertindak sedemikian
(mengawasi pemain)," katanya.

PBSNT pada 17 September lalu memutus- kan Butler digantung selama
enam bulan selain didenda RM4,000 berikutan kenyataannya kepada pihak
media berhubung tuduhan salah laku terhadap dua pemain Terengganu iaitu
Mohd. Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ari.

Akibatnya, khidmat Butler bersama Terengganu secara automatik telah
ditamatkan kerana mengikut peraturan FAM, pemain dan pegawai bola sepak
akan terbatal kontrak jika mereka digantung lebih 30 hari.

Bagaimanapun Tengku Abdullah menjelaskan, FAM akan mengkaji semula
keputu- san PBSNT sekiranya Butler membuat rayuan kepada badan bola
sepak induk negara itu.

"PBSNT mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat pasukan dan itu adalah hak mereka.

"Namun, keputusan tersebut pasti ada implikasi dan mungkin Butler akan membuat rayuan.

"Sekiranya FAM menerima surat rayuan tersebut, kami akan perhalusi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdul- lah berkata, FAM akan
mengekalkan syarat yang ada dengan hanya dua pemain import dibenarkan
beraksi dalam satu pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim
depan.

"FAM harus berlaku adil kerana bukan semua pasukan mampu untuk membayar sehingga tiga pemain import.

"Tambahan pula, kami tidak mahu seba- rang masalah yang timbul kerana
sebelum ini pernah terjadi isu apabila gaji pemain import tertunggak.

"Buat masa ini, biarlah kita kekal dengan dua pemain import sahaja," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Oct 03, 2012 3:54 am

FAM akan teliti rayuan Butler (Kosmo)



MUNGKIN ada berita baik buat jurulatih skuad bola sepak Terengganu,
Peter Butler apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal
mempertimbangkan rayuannya berhubung penggantungan selama enam bulan
oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) baru-baru ini.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, pihaknya telah menerima
rayuan jurulatih dari England itu dan akan membuat pertim- bangan
sewajarnya dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Saya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Disiplin Terengganu telah
menerima rayuan itu dan beliau turut membuat rayuan kepada Timbalan
Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Saya akan meneliti rayuan yang dikemukakan kerana ia bukan perkara
yang mudah untuk menghakimi seseorang kerana perlu memikirkan implikasi
atau kesannya kelak."

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas mengada- kan
lawatan rasmi bagi melihat pembinaan Jambatan Kampung Kawah, Sungai
Lembing di Kuantan semalam.

Sultan Ahmad Shah bertitah, keputusan berhubung rayuan jurulatih
berusia 46 tahun itu memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan dengan
terburu-buru.

"Mungkin di Terengganu dia didapati bersalah, mungkin bila merayu ke
FAM lain pula, jadi kita tengok dulu. Ini kerana saya memerlukan masa
sebab perkara ini perlu dilihat secara terperinci dan tidak boleh hari
ini merayu dan esok (mahu tahu) keputusannya," titah baginda lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Oct 05, 2012 9:37 am

Rajagobal dapat restu FAM (Kosmo)





RAJAGOBAL (kiri) dan Kim Swee mencapai persefahaman berhubung isu pemilihan pemain bagi memperkuat skuad bola sepak negara.




TINDAKAN jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan
lima pemain Harimau Muda pada kunjungan ke Hong Kong mendapat 'restu'
daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini kerana, FAM menyokong penuh keputusan bekas jurulatih Selangor
itu yang dilihat sebagai usaha untuk memperkuatkan skuad negara pada
perlawanan persahabatan antarabangsa, 16 Oktober ini.

Lima pemain tersebut ialah Izham Tarmizi Roslan (penjaga gol), Fadhli
Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
serta Zubir Azmi (Terengganu).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad menegaskan bahawa
pemilihan lima pemain itu tidak seharusnya dijadi- kan sebagai satu isu.

Azzuddin menambah, pelepasan tonggak-tonggak utama itu juga
mendapatkan 'lampu hijau' daripada pengendali Harimau Muda, Ong Kim
Swee.

"Kami tidak mahu mencipta suasana yang tidak selesa.

"Tiada istilah 'curi' pemain dan ia seharusnya diberikan keutamaan
kepada skuad negara (Rajagobal) sebagai usaha untuk persiapan
mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki.

"Buat masa kini, kami berada di landa- san yang tepat dan tiada
perselisihan faham antara Rajagobal dan Kim Swee. Kami telah duduk
berbincang secara profesional.

"Hala tuju Kim Swee adalah mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar pada tahun depan.

"Saya yakin Kim Swee akan mencari pemain-pemain muda berbakat untuk kejohanan itu.

"Jadi, saya berharap perkara ini tidak disensasikan oleh mana-mana
pihak," kata- nya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma FAM,
Kelana Jaya semalam.

Turut hadir, pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal dan jurulatih, Rajagobal serta jurulatih Harimau Muda, Kim Swee.

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan, skuad Harimau Muda bakal
beraksi pada kejohanan jemputan bawah 21 tahun (B-21) Piala Thanh Nien
di Gialai, Vietnam, 13 Oktober ini.

Namun, keputusan Rajagobal yang menyenaraikan lima pemain utama itu
dilihat bakal merencatkan percaturan Kim Swee. Kejohanan itu turut
disertai pasukan B-21 Iraq dan Indonesia.

Begitupun, dalam perkembangan yang sama, Kim Swee kekal tenang dan
positif di sebalik keputusan itu sambil mempertahankan keputusan rakan
sejawatnya, Raja- gobal.

"Kita harus utamakan kejohanan Piala AFF Suzuki demi kepentingan negara.

"Secara realistik, sasaran kami adalah memenangi satu perlawanan pada kejoha- nan (Piala Thanh Nien).

"Jika saya memiliki pemain-pemain utama, saya boleh meletakkan
sasaran yang lebih tinggi tetapi dengan barisan baharu, saya sasarkan ke
peringkat separuh akhir sahaja.

"Ini kerana kejohanan itu turut disertai pasukan kuat seperti skuad
B-21 Iraq dan Indonesia tetapi saya percaya ia akan menjadi satu
pengalaman cukup berguna buat pemain-pemain baharu," tegas Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Oct 16, 2012 3:45 am

Cabaran untuk semua pihak (Kosmo)



Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my





BUKAN masalah besar, sebaliknya cabaran yang perlu dihadapi jika mahu berjaya sebagai pemain bola sepak.

Itu prinsip peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali berhubung
kemelut yang membelenggu pemain itu yang sukar untuk mendapat tempat
dalam skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF Suzuki, November depan.

Segala-galanya ekoran Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI)
dilaporkan digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA) berhubung isu Liga Super Indonesia (ISL) yang tidak diiktiraf
badan induk itu sehingga menjejaskan peluang Safee menyarung jersi
kebangsaan minggu lalu.

Begitupun, kebimbangan tersebut berakhir selepas Setiausaha
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay mengesahkan situasi
itu tidak melibatkan Safee baru-baru ini.

Menganggap situasi itu bukan satu cerita baharu, pengurus peribadi
Safee, Zakaria Rahim sebaliknya enggan kontroversi tersebut dianggap
satu 'bencana' sehingga menutup terus 'periuk nasi' pemain tempatan yang
mahu berhijrah ke Indonesia.

"Ini bukan satu cerita baharu, sebaliknya diulangi semula media
Indonesia yang mungkin tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya tidak anggap ini sebagai satu masalah besar, sebaliknya ia
merupakan cabaran yang perlu dihadapi semua pihak, terutamanya pemain
bola sepak negara termasuk Safee jika mahu berjaya di luar negara.

"Kontroversi sebegini sewajarnya tidak dianggap titik noktah kepada pemain kita yang mahu berhijrah ke Indonesia.

"Takkan kita hanya mahu Safee seorang sahaja pemain tunggal Malaysia
yang beraksi di sana, sedangkan ia merupakan peluang terbaik
mengembangkan karier," kata Zakaria kepada Kosmo!.

Semalam, Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah
Sultan Ahmad Shah bertitah, senario itu wajar difahami Safee kerana
telah dimaklumkan lebih awal bahawa PSSI berada dalam keadaan
membimbangkan sebelum membuat keputusan menyertai Pelita Jaya.

Selain Pelita Jaya, sebanyak 31 lagi pasukan dalam ISL dilaporkan
turut 'disenaraihitamkan' FIFA berdasarkan surat yang dikeluarkan
Setiausaha PSSI, Halim Mahfidz kepada FAM minggu lalu.

Mengulas lanjut, Zakaria membayangkan mahu mengadakan satu sidang
akhbar khas bagi memperincikan situasi itu dalam masa terdekat.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa masa depan Safee bersama skuad
kebangsaan tidak terjejas semata-mata kerana berhijrah ke ISL.

"Sebaliknya, ia merupakan pengorbanan Safee sebagai pemain bola
sepak, sekali gus menjadi duta negara di mata dunia," kata Zakaria.

Safee ketika ini dilaporkan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa di Hong Kong malam ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Oct 17, 2012 4:23 am

FAM pasang kamera sekitar stadium (KOSMO)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


HAMIDIN (tiga daripada kanan) sambil
ditemani pegawai daripada kedua-dua pasukan menjalankan pemeriksaan ke
atas padang Stadium Shah Alam semalam.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi
di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan
akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dengan Kelantan, Sabtu ini.

Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong
yang didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan
antaranya seperti mercun dan vuvuzela.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.

"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.

"Selain kekuatan seramai 1,000 anggota polis yang bertugas pada final
Piala Malaysia itu kelak, kami juga akan memasang kamera di dalam dan
di luar stadium.

"Ia merupakan langkah untuk mengenal pasti tindak-tanduk penyokong
yang melanggar arahan dengan membawa bahan larangan seperti mercun, vuvuzela atau kain rentang berbaur hasutan.

"Kamera tersembunyi ini banyak diletak di dalam kawasan stadium yang
mana ia merupakan keutamaan kami ketika perlawanan itu berlangsung,"
katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Salleh yang menaruh keyakinan kepada
peminat-peminat Kelantan dan ATM untuk menjaga tingkah laku, menyifatkan
kejadian yang tidak diingini bakal berlaku pada perlawanan tersebut.

"Saya berharap mereka (penyokong) akan bersikap profesional ketika
menyaksikan perlawanan akhir itu kelak. Kita tidak mahu perkara yang
tidak diingini berlaku.

"Kami berharap mereka akan bersikap lebih positif dan menyemai semangat kesukanan yang tinggi," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 4:55 am

Norshahrul terbaik (Ksomo)



Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


DARI kiri, Rozaimi, Khairul Fahmi,
Aidil Zafuan, Norshahrul, Sathianathan dan Safiq memegang trofi
masing-masing pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 di Shah
Alam semalam.




JIKA Kelantan gah dengan gelaran trebel musim ini, skrip yang sama
juga boleh digunakan untuk penyerang prolifik mereka dan pasukan negara,
Norshahrul Idlan Talaha apabila mempertahankan kemenangan bagi kategori
Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga
berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang
berlangsung di Shah Alam, Selangor semalam.

Norshahrul, 26, menewaskan empat pemain lain dalam dua kategori iaitu
pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Norfarhan Mohamad
(Kelantan) bagi kategori Penyerang Terbaik manakala bagi kategori Pemain
Paling Bernilai, dia mengalahkan Mohd. Badri Radzi (Kelantan) dan
Hairudin Omar daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan buat kali ketiga
berturut-turut ini dan jutaan terima kasih kepada juri yang memilih saya
untuk memenangi anugerah ini.

“Kemenangan ini juga boleh dianggap hadiah peribadi saya kepada
isteri dan keluarga serta untuk anak saya yang bakal lahir tidak lama
lagi dan buat seluruh peminat yang menyokong kerjaya saya selama ini,”
kata Norshahrul.

Selain itu, Norshahrul turut memberitahu bahawa perkara terpenting
yang perlu ada dalam diri seorang pemain bola sepak untuk berjaya adalah
kemahuan serta disiplin yang tinggi.

“Bagi saya, apa yang penting adalah latihan yang berterusan serta
sentiasa berusaha untuk menjadi pemain yang lebih baik pada setiap
masa,” katanya yang enggan mengulas mengenai spekulasi perpindahan ke
pasukan Johor musim hadapan.

Katanya lagi, dia kini hanya menumpukan kepada kem latihan pasukan
kebangsaan bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2012 dan jika ada sebarang
keputusan rasmi, dia akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Selain itu, bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, pemain Kelantan,
Khairul Fahmi Che Mat turut mempertahankan gelaran tersebut yang
dimenanginya tahun lalu apabila mengatasi dua rakan sepasukan dalam
pasukan kebangsaan, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Norazlan
Razali (Selangor).

Kategori Pertahanan Terbaik dimenangi Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak
(ATM), Pemain Tengah Terbaik pula dimenangi kapten Harimau Malaya,
Safiq Rahim (Selangor) manakala bintang muda Sabah, Mohd. Rozaimi Abdul
Rahman meraih anugerah Pemain Harapan Terbaik.

Dalam pada itu, bagi kategori Jurulatih Terbaik, ia dimenangi oleh B.
Sathianathan serta kategori baharu diperkenalkan, Pemain Import Terbaik
dimenangi Marlon Alex James yang kedua-duanya mewakili pasukan ATM.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan berjaya memenangi
anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik, Sime Darby FC pula meraih
gelaran Kelab Bola Sepak Terbaik manakala Kelab Penyokong Bola Sepak
Terbaik dimenangi oleh ATM.

Bagi Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan 2012, ia diberikan kepada
Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat dan Anugerah Khas Program
Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan diberikan kepada Bahagian Pembangunan
Sukan Kementerian Pelajaran manakala Pengadil Terbaik dimenangi Nafeez
Abd. Wahab.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal serta Pengurus Perhubungan
Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Cariessa Goh yang
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Anugerah anjuran FAM yang
mendapat kerjasama 100PLUS serta Astro Arena itu telah memasuki tahun
keenam penganjurannya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Oct 31, 2012 5:15 am

Azzuddin ganti Paul?

(Harian Metro)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


ADAKAH Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk
Azzuddin Ahmad akan meninggalkan badan induk bola sepak tanah air itu
dalam tempoh terdekat ini?


Itu persoalan yang timbul selepas namanya dikaitkan sebagai calon
baru mengisi kerusi Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF)
selepas penyandang asal Datuk Seri Paul Mony Samuel sudah menamatkan
perkhidmatan beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun Azzuddin
yang dilantik Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bagi menerajui sekretariat
FAM pada September 2007 menafikan khabar angin itu namun tidak menolak
sebarang kemungkinan selepas ini.


“Bagi saya berita ini spekulasi saja, ia tiada indikasi kepada
saya. Saya tidak tahu bagaimana berita ini ditimbulkan di blog tapi
kontrak Datuk Seri Paul Mony Samuel memang betul sudah tamat dan mereka
sedang mencari calon baru.

“Tapi siapa calon baru itu saya
tidak tahu. Calon itu boleh jadi sesiapa saja daripada wakil 10 negara
Asean,” katanya. ketika ditemui pada Majlis Anugerah Bola Sepak
kebangsaan 2012 semalam.

Azzuddin yang menggantikan Datuk
Seri Dr Ibrahim Saad sebelum ini dikatakan calon paling layak menerajui
pentadbiran di AFF berdasarkan pengalaman beliau dalam arena bola sepak.


Ketika sekretariat di bawah kendaliannya, Malaysia merangkul
beberapa kejayaan iaitu pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Indonesia
2011 serta Piala Suzuki AFF 2010.

Beliau juga mempunyai
pengalaman sebagai pemain dengan mewakili Angkatan Tentera Malaysia
serta menyarung jersi negara pada 1970an dengan pencapaian terbaiknya
membantu negara menjadi naib juara Pesta Bola Merdeka pada 1972.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sat Jan 12, 2013 1:53 pm

‘Saya akan berjuang’


Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


SULTAN Ahmad Shah mahu pastikan bola sepak negara berada pada tahap terbaik di peringkat Asia.




“SAYA pejuang dan saya akan berjuang untuk pembangunan bola sepak Malaysia.”

Demikian titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan
Ahmad Shah (gambar kecil) ketika diminta mengulas desakan pihak tertentu
supaya baginda meletakkan jawatan dalam badan induk bola sepak negara.

Desakan tersebut timbul berikutan prestasi pasukan kebangsaan yang
merosot sejak kebelakangan ini terutama ketika pusingan separuh akhir
Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, terdapat banyak keutamaan yang perlu
dilakukan untuk memperbaiki mutu pasukan negara supaya tidak ketinggalan
khususnya di pentas Asia.

“Kita tidak mahu ketinggalan. Kita perlu berusaha dan memberi harapan
baharu kepada para pemain. Untuk tujuan itu, saya akan memikul
tanggungjawab sebagaimana diberikan.

“Saya mahu baiki kedudukan bola sepak kita di Asia. Ia adalah sukan
yang penuh dengan persaingan. Dalam bola sepak, ada menang dan ada
kalah.

“Mungkin nasib (pasukan) kita tidak baik ketika ini. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima
memorandum sokongan daripada kira-kira 100 ahli Badan Bertindak
Menyokong Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM di Pangkalan Tentera
Udara Diraja Malaysia di Kuantan, Pahang semalam.

Tambah Sultan Ahmad Shah lagi, baginda tidak akan berputus asa untuk terus berusaha memajukan sukan bola sepak di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi badan bertindak tersebut, Hafizan Hassan
berkata, pihaknya akan terus menyokong Sultan Ahmad Shah untuk menerajui
FAM.

“Kami yakin Sultan Ahmad Shah mampu memimpin FAM dengan baik. Tidak
wajar bagi mana-mana pihak untuk menyalahkan baginda setiap kali skuad
negara tewas.

“Isu ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menyerang kewibawaan
baginda dan kita amat tidak bersetuju dengan desakan seperti itu,” tegas
beliau.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2Hl1N4YtI

Hakcipta terpelihara
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum