Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Info FAM

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Info FAM

Post by Park Deen on Tue Dec 06, 2011 4:09 am

Manfaatkan taklimat, seminar Liga M


Oleh Ismail Muhamad

PERSATUAN bola sepak negeri wajar memanfaatkan peluang menghadiri
seminar dan taklimat Liga M yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor,
13 hingga 15 Disember ini bagi memantapkan lagi pengurusan liga itu
musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar
Musa berharap seminar itu mampu mencetuskan pelbagai idea dan pandangan
bernas daripada setiap wakil persatuan untuk menambahbaik perjalanan
Liga M musim depan.

“Apa saja pandangan dan maklum balas
persatuan bola sepak negeri akan dikumpul sebelum dibawa dalam
perbincangan peringkat Exco FAM untuk dipertimbang dan diteliti.

“Saya harap setiap persatuan menghantar wakil bagi memastikan seminar
itu dapat dijadikan medan terbaik mengutarakan pandangan, masalah dan
cadangan kepada FAM bagi menambahbaik perjalanan dan pengurusan Liga M,”
katanya, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan
Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim dan Ketua Jurulatih Kelantan,
Peter James Butler.
Annuar berkata, wakil persatuan bukan saja
sekadar hadir bagi pengundian Liga M 2012 pada 13 Disember ini tapi
juga duduk semeja berbincang bersama pelbagai jawatankuasa yang hadir.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Dec 21, 2011 4:10 am

Import rencat kebangkitan bola kita?

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu Liga Malaysia
terus melahirkan pemain hebat pada saingan musim 2012 walaupun dengan
kehadiran semula tenaga import.

Selama tiga musim iaitu 2009, 2010 dan 2011 skuad kebangsaan meraih
kejayaan peringkat Asia Tenggara ketika saingan liga tempatan tidak
menggunakan khidmat pemain luar.

Persoalannya apakah kehadiran pemain import akan merencatkan kebangkitan skuad bola sepak kebangsaan?

Mengulas persoalan tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin
Ahmad berharap fenomena kebangkitan skuad kebangsaan seperti mana
sepanjang ketiadaan pemain import tiga musim lalu akan berterusan.

“Saya akui kita berjaya melahirkan pemain hebat sepanjang tiga tahun
ketiadaan pemain import kerana semua pasukan menggunakan tenaga
tempatan.

“Namun sama ada pemain tempatan akan meningkat atau tidak (ekoran
kehadiran pemain import) ia hanya dapat dinilai setelah saingan musim
2012 berakhir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sejak menghentikan khidmat pemain import mulai 2009, pada tahun
tersebut skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA buat pertama kali
selepas 20 tahun di Laos.

Kegemilangan bola sepak negara berterusan tahun lalu dengan kejayaan lebih besar apabila memenangi Piala Suzuki AFF.

Terbaru, skuad muda negara yang dibimbing Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.

Azzuddin percaya semua pasukan cukup matang dalam membuat keputusan
mengenai kekerapan pemain tempatan untuk digunakan dalam setiap
perlawanan tanpa mengira posisi.

“Setiap pasukan harus memberi peluang sebaik mungkin kepada pemain
tempatan untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Mereka memerlukan banyak
pendedahan.

“Ia bukan sahaja pada posisi serangan tetapi posisi lain.
Berdasarkan pendaftaran pemain untuk musim 2012, kebanyakan pasukan
menggunakan seorang pemain import bagi posisi serangan, tengah dan
pertahanan.”

“Pemain tempatan tidak harus tercicir dalam saingan musim depan.
Setiap pasukan harus mengekalkan prestasi cemerlang pemain tempatan
untuk kebaikan pasukan kebangsaan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 10:16 am

FAM lulus 26 import
JAWATANKUASA Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan seramai 26 pemain import bagi
mewarnai arena bola sepak Malaysia menjelang musim depan.

FAM dalam satu kenyataan, berkata jawatankuasa yang bermesyuarat
semalam menimbangkan permohonan 35 pemain import daripada persatuan dan
kelab yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana.

Keputusan
untuk memberi kelulusan kepada 26 pemain itu dibuat berdasarkan kepada
syarat ditetapkan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa).

“Daripada jumlah itu, 26 pemain diluluskan, termasuk empat diluluskan
bersyarat sehingga Sijil ITC (International Transfer Certificate)
diterima,” menurut kenyataan itu.

Syarat itu menetapkan status
pemain ditentukan oleh kelab terakhir disertai, misalnya jika dari
Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas,
manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 ke atas.

Antara pemain yang mendapat kelulusan FAM untuk beraksi dalam Liga Super dan
Liga Perdana adalah Marlon Alex James dan Bruno Martelotto dari
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor),
Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah), Mohamad Ghaddar, Dennis
Agayare dan Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan) dan Ramez Dayoub (Selangor).

Sementara itu, empat pemain - Daniel Soares Neves (Kedah), Mbele Lelo
(Selangor), Evans Chusilo (MP Muar) dan Christian Contes (Perlis) -
diluluskan secara bersyarat. Bagaimanapun, permohonan pemain
Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari
pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC, yang juga pendatang baru
dalam Liga Perdana, ditarik balik.

Jawatankuasa itu juga
membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab
tidak memenuhi syarat FAM yang mengikuti piawaian Fifa.

Mereka ialah Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto
dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United),
Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan
Helmi Loussaief (Selangor PKNS).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Dec 23, 2011 11:37 am

FAM ke Singapura nilai layanan FAS

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Satu rombongan pegawai kanan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyeberangi Tambak Johor awal
bulan depan bagi menilai awal sejauh mana 'istimewa atau emasnya'
layanan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) terhadap Harimau Muda A
dalam Liga S 2012 yang hanya mempertandingkan dua piala berbanding tiga
di sini.

Ia dijadualkan antara 5 hingga 8 Januari yang turut berupa
pra-taklimat Liga S 2012 sambil membuka kesempatan FAM untuk menjalankan
sesi pemeriksaan keadaan 'kandang' Lions XII, Stadium Jalan Besar
Singapura khususnya dari segi tahap kecerahan lampu limpah yang kerap
menggagalkan kelulusan beberapa gelanggang pasukan ternama di Malaysia
sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata kepada Utusan Malaysia, mereka sepatutnya mengunjungi rakan sejawatan di FAS pada 30 hingga 31 Disember ini bagi tujuan itu.

Namun ia terpaksa ditunda ke tarikh baru berikutan cuti musim perayaan Hari Natal dan Tahun Baru di republik itu.

"Taklimat sebenar Liga S untuk semua pasukan yang mengambil bahagian
termasuk skuad bawah 23 tahun kita, Harimau Muda A dijangka
selewat-lewatnya akhir Januari.

"Tetapi sesi lawatan kami ke Singapura pada awal bulan itu lebih
berupa mendapatkan maklumat awal sebagai persediaan menjelang persaingan
yang dijadualkan Februari ini.

"Jika mengikut rekod lalu, Stadium Jalan Besar Singapura pun sudah
kerap mengelolakan banyak perlawanan antarabangsa termasuk Kelayakan
Piala Dunia dengan Malaysia (Julai lalu).

"Jadi saya rasa tiada masalah mengenai tahap kecerahan lampu
limpahnya tetapi sesi pemeriksaan masih menjadi kemestian kepada Lions
XII," katanya.

Mengenai ketidakpuasan hati terhadap layanan yang dilabel istimewa atau emas kepada Lions XII dan FAS dalam ruangan Forum Utusan Malaysia
kelmarin, katanya: "Keputusan membawa masuk pasukan jemputan itu
diputuskan pemimpin persatuan bola sepak kedua-dua negara dan sudah lama
dipersetujui wakil pasukan lain."

Pembaca yang menamakan dirinya Peminat Harimau Malaya dari Klang,
Selangor, mempertikaikan betapa istimewanya anak buah V. Sundramoorthy
itu dilayan FAM sekarang setelah Singapura menarik diri daripada
persaingan di Malaysia sejak 1995 dan hanya mahu kembali bermain setelah
kita menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009 serta 2011.

Kata Hamidin yang juga Naib Presiden FAM: "Kita perlu kekalkan Lions
XII dalam liga tertinggi tanpa diturunkan ke Liga Perdana demi menjamin
kualiti persaingan dan pembangunan bola sepak kedua-dua negara.

"Tempohnya hanya empat musim (2012 hingga 2015) dan selepas itu kita masih boleh kaji balik untuk henti atau teruskan lagi.

"Soal harga tiket stadium sepanjang Liga M yang didakwa pembaca
akhbar ini bahawa bakal lebih menyebelahi Singapura juga tidak timbul.

"Ini kerana semua pasukan cuma ditetapkan harga minimum RM10 termasuk
setelah disesuaikan menurut kadar tukaran wang asing dolar mereka. Jika
mereka mahu menjualnya dengan lebih mahal, terserah kepada mana-mana
pasukan termasuk di Malaysia.

"Bahkan FAS sudah bersetuju bahawa setiap pasukan Liga M termasuk
Lions XII perlu membayar cukai 10 peratus daripada kutipan pintu masuk
stadium bagi setiap perlawanan melibatkan mereka, kepada FAM," katanya,
yang menegaskan bahawa semua keputusan yang diambil melibatkan pasukan
republik itu akhirnya tetap bermatlamatkan kepentingan dan kemajuan bola
sepak kedua-dua negara.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sat Dec 24, 2011 9:51 am

Tidak perlu buat rayuan
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SEMUA Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) dan kelab yang menyaksikan permohonan pemain import mereka tidak diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal memenuhi syarat mengikut piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), tidak perlu membuat rayuan kerana tindakan itu tidak akan dilayan FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata segala peraturan dan syarat mengenai pengambilan pemain import sudah jelas dan dimaklumkan kepada mereka sejak Julai lalu dan untuk itu, tiada sebab bagi pihak FA mahupun kelab mengemukakan rayuan semula kepada FAM.


“Tak ada makna kalau nak buat rayuan pun sebab segala syarat dan peraturan sudah ditetapkan dan mereka juga sudah dimaklumkan awal-awal lagi.

“Jadi patuhi sajalah segala peraturan yang sudah ditetapkan. Kalau nak (mendaftarkan pemain import) juga, buatlah permohonan semula pada pendaftaran kedua,” katanya. Pendaftaran kedua dijangka akan berlaku pada April iaitu pertengahan musim Liga Malaysia.


Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM menerusi satu kenyataan semalam meluluskan seramai 26 pemain import bagi mewarnai arena bola sepak tempatan menjelang saingan musim depan dan kelulusan itu dibuat berdasarkan kepada syarat ditetapkan Fifa.


Syarat itu menetapkan status pemain ditentukan oleh kelab terakhir disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 ke atas.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab tidak memenuhi syarat FAM yang mengikut piawaian Fifa iaitu Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (PKNS FC).


Permohonan membabitkan pemain Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC pula ditarik balik.

Azzuddin menambah, apa yang berlaku ketika ini perlu dijadikan pengajaran setiap pengurusan FA dan kelab iaitu meneliti secara lebih terperinci semua syarat ditetapkan. Katanya, setiap pengurusan negeri dan kelab perlu bertindak lebih awal iaitu sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 8 Disember lalu untuk membuat sebarang perubahan.


“Seperti saya katakan tadi, syarat sudah jelas jadi mereka (FA dan kelab) perlu teliti dan berhati-hati untuk mematuhi semua syarat bagi melicinkan perjalanan liga,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sat Dec 24, 2011 10:14 am

FAM sedia bantu

“PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha membuat rayuan kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk Safee Sali sekiranya kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) sudah sah diharamkan.”

Demikian respons Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) ketika diminta mengulas mengenai nasib yang bakal menimpa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekiranya ISL diharamkan.

Safee kini beraksi dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya dan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu mungkin tidak boleh mewakili skuad negara sekiranya ISL diharamkan.

Katanya, meskipun FAM tidak terlibat dalam perundingan Safee bersama pengurusnya, Zakaria Rahim dengan bekas kelabnya, Selangor dan Pelita Jaya, FAM tetap akan membantu Safee daripada terjebak dengan status haram ISL.

Menurutnya lagi, kehilangan peledak berbisa Asia Tenggara itu pasti dirasai oleh skuad negara selepas kesemua pemain yang beraksi di ISL akan dikenakan pembekuan status perpindahan.

“Sudah tentu FAM akan membantu Safee meskipun rundingan perpindahan ke Pelita Jaya dari Selangor hanya melibatkan Safee bersama pengurusnya (Zakaria) sahaja.

“Kehilangan Safee yang tidak dapat mewakili negara sekiranya dia mendapat status haram sememangnya sukar untuk diterima oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.

“Skuad kebangsaan masih menagih khidmat Safee. Oleh itu, FAM mungkin akan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menangani masalah ini mengikut undang-undang FIFA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Azzuddin memberitahu kesahihan berita mengenai pengharaman ISL belum lagi terjawab memandangkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada FIFA setakat ini.

Jelasnya, beliau berharap peminat-peminat bola sepak tempatan bersabar dan tidak bertindak secara melulu untuk membuat sebarang spekulasi selagi surat pengharaman ISL oleh FIFA belum disahkan.

“Saya tidak mengetahui hal itu terjadi (ISL diharamkan oleh FIFA). Saya akan pastikan maklumat tersebut benar terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan kepada FIFA.

“Saya berharap penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi mengenai hal ini selagi isu ini belum disahkan oleh pihak FIFA,” katanya.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi Kosmo! enggan mengulas lanjut berhubung isu pengharaman ISL. Bekas penyerang Selangor itu akan menjelaskan situasi tersebut pada sidang media minggu depan.

“Saya akan menjawab segala pertanyaan pada sidang akhbar Isnin depan,” katanya.

Safee sebelum ini berkata, sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Semalam, portal berita akhbar Republika Indonesia melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

“Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain dalam liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

“Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL,” menurut portal tersebut.

FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan dengan tindakan penggantungan atau pengharaman.

ISL merupakan kejohanan kelab-kelab bola sepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah PSSI.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Dec 25, 2011 4:21 am

BELUM HARAM LAGI

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my







NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd.
Amin menegaskan Liga Super Indonesia (ISL) belum lagi menerima status
haram.

Hamidin mengesahkan, beliau telah menghubungi sumber dari negara
jiran itu dan sudah menerima maklum balas berhubung kemelut yang melanda
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kelmarin.

Katanya, pihak PSSI akan mengadakan mesyuarat kongres pada minggu depan bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

“Perkara ini sebenarnya belum lagi terjadi (haram).

“Semalam (kelmarin) saya telah menghubungi pihak Pelita Jaya dan
beberapa sumber dari Indonesia berhubung masalah dalaman ISL yang
difahamkan bakal diharamkan.

“Difahamkan, sumber dari Indonesia itu berkata, Ketua Umum PSSI,
Djohar Ariffin Husin akan mengadakan mesyuarat kongres berhubung kemelut
ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) pada minggu depan.

“ISL masih merupakan liga sah PSSI dan FIFA telah meminta PSSI supaya
selesaikan kekeliruan ini. Mungkin ada beberapa masalah telah berlaku
tetapi mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu secepat
mungkin.

“Sekiranya PSSI tidak mencapai kata sepakat pada mesyuarat kongres
itu, Djohar akan membuat rombakan sistem pengurusan PSSI baharu yang
mengikuti undang-undang badan induk bola sepak dunia (FIFA) pada bulan
hadapan,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya lagi, beliau turut bersetuju dengan pendapat Setiausaha
Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang memberitahu supaya
penyokong-penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin
mengenai status haram ISL itu.

Hamidin yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak
Selangor (FAS) berkata, sekiranya PSSI tidak dapat menyelesaikan masalah
tersebut, beliau akan berusaha untuk membawa keluar penyerang
kebanggaan negara, Safee Sali dari Indonesia.

“Kita tidak perlu mudah percaya dengan berita yang tidak benar selagi
tiada bukti atau kesahihan. Saya yakin mereka (PSSI) dapat
menyelesaikan kekeliruan ini.

“Namun sekiranya benar ISL menerima status haram dari FIFA, pihak
kami akan menggunakan semua saluran untuk membawa Safee kembali sama ada
beraksi di Malaysia atau sebaliknya,” katanya.



Semalam, sumber dari portal berita akhbar Republika Indonesia
melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Djohar
yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang
ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha
Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan
status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat
dengan ISL.

Perkara itu meletakkan Safee dalam bahaya kerana kemungkinan Safee tidak boleh bermain untuk Harimau Malaya lagi.

Namun bagi pengurus Safee, Zakaria Rahim yang dipetik dari akhbar
tempatan semalam berkata, ISL tidak haram dan karier Safee masih selamat
namun dia kesal laporan itu telah disalah faham.

“ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee
bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk
dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari
mana-mana kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan
ISL tidak boleh dilaksanakan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu Jan 05, 2012 5:46 am

Sabah, Terengganu dan T-Team boleh main malam

TIGA pasukan Liga Super, Terengganu, T-Team serta Sabah boleh menarik
nafas lega apabila venue stadium mereka melepasi tahap pencahayaan
lampu limpah seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd
Amin berkata, sehubungan itu tiga pasukan tersebut akan beraksi pada
sebelah malam di gelanggang sendiri.

“FAM sudah membuat
pemeriksaan di Stadium Likas, Sabah pada 29 Disember lalu dan dua hari
kemudian di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

“Kedua-dua venue itu kini melepasi syarat lampu limpah minimum 800 lux yang ditetapkan,” katanya.

Terengganu dan T-Team berkongsi stadium yang sama namun bergilir-gilir beraksi di laman sendiri.

Bagaimanapun,
satu venue Liga Super akan bermain di sebelah petang iaitu di Stadium
Hang Jebat, Melaka yang mana pasukan kelab, Felda United FC dan Kuala
Lumpur akan menjadikan stadium itu sebagai venue perlawanan berikutan
Stadium Cheras masih dalam pembaikan padang.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Jan 11, 2012 10:39 am

‘Tak guna berkelahi’

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

“TAK guna cakap banyak, jika perlu bincang kita sedia bincang, saya
tidak berkelahi dengan dia (Datuk Hamidin Mohd Amin), bahkan semalam
(malam kelmarin) saya cuba menghubunginya dua kali untuk berbincang,
namun tidak dijawab,” kata Datuk Che Mat Jusoh berhubung kontroversi
membabitkan pemain import negeri itu dengan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM).

Menurut Che Mat, beliau tidak mahu kemelut yang melanda
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan badan induk bola
sepak negara itu berpanjangan sambil menganggap isu itu sudah selesai
dan kini sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan terhadap Liga M.

Bagaimanapun Che Mat sedia bersemuka dengan Naib Presiden FAM itu
bagi merungkai kemelut yang membabitkan pemain import Terengganu andai
dipanggil untuk diberi penjelasan.

“Saya anggap isu PBSNT dengan FAM ini kosong-kosong, tidak
perlu berbincang lagi tapi sekiranya dipanggil, saya sedia bertemu
Hamidin untuk menjelaskan isu berkenaan,” katanya ketika dihubungi
semalam.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Jan 13, 2012 4:30 am

Kontroversi lagi

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


TAK LAYAK...Dayoub tidak melalui tempoh ‘cooling-off’ selama dua tahun yang ditetapkan FAM.


KISAH kontroversi pemain import terus mendapat perhatian apabila
pertikaian terbaru membabitkan pemain import Selangor dari Lubnan, Ramez
Dayoub dan Mohammed Ghaddar yang kini beraksi bersama Kelantan, turut
dikatakan tidak menepati piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM).

Isu itu kini hangat dibincangkan di kalangan peminat bola sepak
tanah air yang mula mempersoalkan status dua pemain import itu yang
didakwa melanggar peraturan pengambilan pemain import Liga Malaysia.

Dayoubyang sebelum ini mewakili kelab Myanmar, Magway pada 2011, sepatutnya
tidak layak bermain di negara ini kerana tidak melalui tempoh
‘cooling-off’ selama dua tahun yang ditetapkan FAM untuk pemain beraksi
dalam mana-mana liga di negara Asean.

Perkara 17 peraturan FAM memaklumkan pemain import yang bermain
atau pernah bermain dalam mana-mana liga Asia Tenggara perlu melalui
tempoh ‘cooling-off’ dengan kontrak terakhir mereka perlu tamat sebelum
atau pada 7 Disember 2009 sebelum dibenarkan beraksi untuk pasukan
Liga-M 2012.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditanya
perkara itu berkata, walaupun Dayoub beraksi dalam liga Asean, pemain
itu dibenarkan bermain untuk Selangor kerana dia mewakili skuad
kebangsaan negara asalnya yang mempunyai ranking lebih tinggi berbanding
Malaysia.

“Dalam peraturan ada klausa yang seseorang
pemain itu dibenarkan beraksi jika pasukan negara asalnya mempunyai
ranking lebih tinggi berbanding Malaysia. Dalam hal ini, Lubnan
menduduki ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.

“Ranking ini kita ambil kira ranking tahun lalu, tapi yang pasti
ranking Lubnan lebih tinggi daripada Malaysia,” katanya yang juga
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Bagaimanapun apa yang mengelirukan, perkara 5.3 FAM pula menyatakan
hanya pemain kebangsaan dari negara yang menduduki ranking lebih tinggi
berbanding Malaysia setakat 24 Ogos 2011 dibenarkan beraksi dalam Liga-M
2012.

Sedangkan rekod ranking Fifa pada Ogos 2011 menunjukkan Lubnan
menduduki tangga ke-160 manakala Malaysia ke-146. Lubnan hanya
memperbaiki ranking dengan berada di tangga ke-146, satu tangga lebih
baik berbanding Malaysia, pada September 2011.

Jika perkara
5.3 itu turut dikenakan kepada semua pemain import, sudah pasti ia turut
membabitkan rakan senegaranya, Ghaddar yang beraksi dengan Kelantan
walaupun dia beraksi dalam liga divisyen satu Asia sebelum ini, bersama
kelab Al-Jaish dari Syria.

Ternyata isu terbaru ini juga
perlu diberikan penjelasan oleh JKPT yang akan mengadakan sidang media
selepas mesyuarat khas hari ini memandangkan masih ada perkara
berbangkit dalam pengambilan pemain import bagi mengelakkan sebarang
salah faham.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Jan 13, 2012 5:08 am

Hamidin hanya buka mulut hari ini

BARU satu perlawanan Liga Super berlangsung musim ini, kontroversi
sudah menghimpit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semuanya gara-gara
rasa tidak puas hati Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said
terhadap masalah pengambilan pemain import pasukan negerinya sehingga ke
tahap mahu memboikot dan menyaman badan induk bola sepak tanah air
itu.

Ternyata kenyataan Ahmad yang mendapat liputan meluas akhbar
tempatan semalam itu amat mengejutkan dan dipandang serius FAM apabila
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) akan mengadakan mesyuarat khas
hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai isu itu,
Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd Amin enggan membuka mulut untuk
memberi sebarang penjelasan berhubung tindakan ‘orang kuat’ pasukan
Terengganu itu sehingga mesyuarat selesai.

“Hanya dua perkara saya ingin jelaskan di sini. Pertama, saya
tidak mahu memberikan komen lanjut buat masa ini kerana FAM akan
mengadakan sidang media esok (hari ini).

“Bagi saya apa yang diperkatakan oleh MB (Ahmad) itu sudah saya jelaskan sebelum ini.

“Perkara kedua, saya dan pihak JKPT sememangnya memandang serius
perkara ini dan apa saja keputusan akan kami umumkan selepas mesyuarat
esok (hari ini),” katanya ringkas ketika dihubungi Arena Metro semal

Tindakan FAM tidak membenarkan Terengganu menggunakan dua pemain
import atas alasan pendaftaran lewat dari tarikh ditetapkan pada 8
Disember lalu itu mengundang rasa tidak puas hati Ahmad yang mendakwa
pekeliling dikeluarkan FAM menyatakan Terengganu boleh mendaftar pemain
import selewat-lewatnya pada 9 Januari lalu.

Dua pemain
import terbabit adalah penyerang dari Liberia, Francis Doe Forkey dan
pemain tengah Brazil, Erison Da Silva Santos Carnietto.

Keputusan tegas FAM menyebabkan kerajaan negeri Terengganu yang
membiayai sebahagian kos menguruskan pasukan Liga Super, Terengganu dan
T-Team mengalami kerugian kerana sudah menawarkan kontrak kepada pemain
itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 3:56 am

FAM tidak berdiam diri

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berdiam diri
sebaliknya akan segera menyiasat isu terbaru mengenai dakwaan pemain
Perlis terbabit dalam gejala mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung badan induk bola sepak tanah air itu, Datuk Azzuddin
Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat
mengenai kes itu namun sedia berhubung dengan Persatuan Bola Sepak
Perlis (PFA) selepas ini.

“Setakat ini kami belum menerima
sebarang maklumat secara rasmi dan tidak rasmi. Saya tidak boleh membuat
sebarang kenyataan hanya berasaskan sumber lain sebaliknya perlu
merujuk pihak persatuan Perlis sendiri,” katanya ketika dihubungi Arena
Metro semalam.

Azzuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan
terbaru membabitkan seorang pemain baru skuad Singa Utara yang disoal
siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sabtu lalu bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan menjual perlawanan pertama Liga
Perdana.

Menurut sumber dalaman PFA, pemain itu dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM.

Menurut Azzuddin, pihaknya memandang serius isu terbaru itu dan bersedia memberikan kerjasama dengan pihak PFA.

“FAM mengambil berat perkara ini dan akan bertindak menghubungi pihak
pengurusan Perlis untuk mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya.

Ini
kes pertama berlaku musim ini dengan pihak pengurusan PFA sebelum ini
tidak menolak kemungkinan wujudnya elemen negatif apabila pasukan mereka
kalah teruk 2-7 di tangan kelab, Majlis Perbandaran Muar pada
perlawanan pertama Liga Perdana, minggu lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Jan 20, 2012 11:28 am

FAM benar tujuh pemain beraksi

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melepaskan sementara
tujuh pemain Olimpik kebangsaan untuk mewakili pasukan bola sepak
masing-masing untuk satu perlawanan Liga Super 2012 pada minggu depan.

FAM dalam satu kenyataan semalam berkata persetujuan itu dicapai
hasil perbincangan antara badan induk bola sepak negara itu dengan ketua
jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee. Mohd Azrif
Nasrulhaq, dari Selangor PKNS, dibenar pulang pada Khamis depan untuk
menyertai pasukannya dan perlu melaporkan diri semula kepada Ong di
Hotel Blue Wave, Shah Alam pada Sabtu. Ini kerana hanya satu perlawanan
berlangsung pada Jumaat iaitu pasukan Selangor PKNS bertemu Sabah di
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala pasukan lain akan
beraksi pada keesokan harinya. Enam lagi pemain iaitu Khairul Fahmi Che
Mat (Kelantan), K Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri
Sembilan), Ahmad Fakri Saarani (Felda United) dan dua pemain Terengganu
iaitu Mohd Zubir Mohd Azmi dan Mohammad Muslim Ahmad dibenar pulang pada
Jumaat dan melaporkan diri semula pada Ahad.

Skuad Olimpik
negara akan memulakan kempen kelayakan Olimpik pusingan ketiga peringkat
kumpulan dalam perlawanan keempat musim 2012 menentang Bahrain di
tempat lawan 5 Februari depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Fri Jan 20, 2012 11:31 am

‘Bukan bidang kuasa FAM’

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab
sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.


Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu
kesalahan jenayah dan ia di bawah bidang kuasa siasatan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “FAM
hanya boleh menghukum pesalah, sama ada pemain atau jurulatih, apabila
mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,” katanya ketika
dihubungi Bernama, semalam.

Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas mengenai pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak
Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa sembilan anggota
skuad negeri itu disyaki terbabit mengatur perlawanan selepas tewas 2-7
kepada MP Muar pada aksi pertama Liga Perdana, 9 Januari lalu.
Sehubungan itu, Azzuddin meminta semua anggota gabungannya memikirkan
jalan terbaik bagi menyekat gejala rasuah bola sepak yang kembali
menular di negara ini.

Beliau berkata, tanggungjawab untuk memerangi gejala itu bukan hanya
terletak di bahu FAM sebaliknya tanggungjawab semua anggota gabungan
yang bernaung di bawah FAM.

“Saya harap persatuan negeri
mahupun kelab mengambil berat mengenai perkara ini bagi mengelak pemain
mahupun jurulatih mereka terjebak dengan gejala itu,” katanya.

Azzudin
berkata, persatuan dan kelab juga bertanggungjawab memberi maklumat
secukupnya kepada pasukan masing-masing mengenai kesalahan melakukan
jenayah rasuah bola sepak menerusi penerangan pihak SPRM negeri.

Skandal rasuah pada 1994 dan 1995 yang membabitkan lebih 100 pemain
serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala
Malaysia dan Liga Perdana menjadi detik hitam sejarah bola sepak negara.

Lembaga
Disiplin FAM kemudian mengambil tindakan menggantung penyertaan antara
satu hingga lima tahun terhadap 57 pemain serta seorang penolong
jurulatih untuk menghalang mereka daripada terus terbabit dalam gejala
tidak bermoral itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Jan 24, 2012 10:45 am

'Pengurusan pasukan perlukan penerangan'


SEMUA pengurusan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) digesa memberikan
sesi pene- rangan mengenai gejala rasuah kepada pemain dan kaki- tangan
pasukan bagi mengelakkan kegiatan itu menghantui prestasi pasukan
masing- masing.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjelaskan
demikian bagi mengelak gejala rasuah kembali menghantui Liga Malaysia.

"Masalah ini pernah melanda liga bola sepak negara sebelum ini dan ia
telah memberikan kesan yang amat dahsyat sehingga ramai pemain ternama
menghadapi hukuman penggantungan," katanya di Ipoh semalam.

Beliau berkata, sekiranya masalah rasuah kembali menghantui pasukan,
ia akan memberi kesan kepada prestasi semasa FAM yang kini mula
melangkah baik berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

"Bagi mengatasi 'penyakit' itu menular semula, pengurusan pasukan
perlu mengambil langkah awal dengan memberikan sesi penerangan kepada
pemain," katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, pasukan boleh secara bebas memanggil
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan penceramah bebas dari semasa ke semasa untuk
memberikan penerangan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persatuan Bola
Sepak Perlis (PFA) yang bimbang keselamatan pemain pasukannya akan
terjejas akibat diancam bookie berikutan pendedahan kegiatan menjual
perlawanan membabitkan pemain pasukan dari utara tanah air itu.

Penolong pengurus pasukan Liga Perdana Perlis, Hamunir Hamzah
berkata, kebimbangan itu wujud setelah beberapa pemain, termasuk awang
import membuat aduan kerana bimbang keselamatan mereka dan keluarga
akibat kemungkinan diancam bookie memandangkan kes itu kini disiasat
SPRM dan polis.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu Jan 26, 2012 2:16 am

FAM jumpa PDRM rangka strategi

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merangka strategi memerangi rasuah.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
perbincangan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur minggu hadapan.

Ujar Tengku Abdullah lagi, FAM akan mendapatkan nasihat dan pandangan
daripada PDRM mengenai cara terbaik dan berkesan dalam mengatasi gejala
rasuah di kalangan pemain bola sepak negara.

"FAM akan beri perhatian serius terhadap isu ini kerana ia merosakkan imej sukan bola sepak negara.

"Kita tidak mahu kerana segelintir pemain tidak bertanggungjawab, ia
akan merosakkan masa depan pemain lain," tegas baginda di Kuantan
semalam.

Baginda berkata demikian ketika mengulas perkembangan isu tindakan
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa
pemain Perlis yang dikatakan terlibat dengan kegiatan mengatur
perlawanan berikutan beberapa siri kekalahan pasukan itu baru-baru ini.

Tengku Abdullah menambah, FAM juga sering mendidik di samping kerap
mengingatkan para pemain supaya menjauhi perlakuan rasuah kerana ia
memberi kesan buruk terhadap imej bola sepak negara di arena
antarabangsa.

"Selain imej tercalar, FIFA akan mengenakan tindakan yang tegas ke
atas pemain yang terlibat dengan gejala rasuah," titah baginda.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah mengingatkan pihak-pihak
yang mengambil pemain import harus mempunyai satu autoriti khas untuk
melantik, menukar atau memecat mereka pada bila-bila masa.

"Kalau pemain import tidak menunjukkan prestasi baik dan tidak mahu menukar corak permainan, maka dia boleh digugurkan.

"Jangan bazir masa dan wang kerana adalah lebih baik kita ambil
pemain-pemain muda kita (tempatan) untuk dilatih dengan lebih baik dan
tidak perlu tunggu sehingga setahun baru nak gugurkan mereka (pemain
import)," titah baginda.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 3:46 am

FAM siap sedia perangi rasuah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Dasar 3E -
Education (pendidikan), Engagement (perhubungan) dan Enforcement
(penguatkuasaan) bagi memerangi gejala rasuah yang kini berlaku dalam
arena bola sepak negara.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar)
bertitah, dengan pengenalan konsep itu secara tidak langsung diharapkan
dapat membanteras gejala tidak bermoral itu.

“Dengan Konsep 3E, ia diharapkan dapat membendung gejala rasuah yang dilihat semakin serius ketika ini.

“Saya tidak mahu skandal rasuah yang berlaku pada tahun 1994 kembali
berulang seterusnya mencemarkan liga tempatan yang kini dilihat semakin
positif.

“Kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) amat diperlukan bagi
menyelesaikan gejala rasuah ini dengan lebih efektif.

“FAM akan menubuhkan Unit Pemantauan Ketelusan dan Penyelarasan dengan dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat.

“Saya berharap kesemua pemain dan pegawai pasukan perlu berfikir
dengan lebih profesional sebelum terjebak dengan rasuah,” ujar Tengku
Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas FAM
bagi menangani isu rasuah dalam Liga Malaysia (Liga-M) semalam.

Baginda mengadakan mesyuarat tersebut bersama wakil dari Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Micheal Pried di Shahzan House, Kuala
Lumpur semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Penolong Pengarah Cawangan
Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil
Hassan dan Pengarah Bahagian Risikan SPRM, Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Tengku Abdullah menegaskan, FAM bersedia untuk menyingkirkan
mana-mana pasukan yang gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan
pegawai.

Baginda turut merumuskan bahawa tunggakan gaji pemain dan pegawai antara faktor utama berlaku gejala rasuah.

“FAM tidak berniat untuk menuduh mana-mana pasukan (berhubung isu
masalah tunggakan gaji) tetapi (FAM) akan pantau perkara ini,” titah
baginda.

“Sekiranya pasukan tersebut gagal berbuat demikian pada bulan pertama
dan kedua, FAM akan mengeluarkan amaran awal dengan memberikan kad
kuning pertama dan kedua kepada mereka.

“Jika gagal menyelesaikan tunggakan gaji selama tiga bulan, FAM akan
memberikan kad merah, seterusnya pasukan ini akan disingkirkan daripada
mana-mana kejohanan atau liga di bawah naungan FAM.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Feb 05, 2012 12:44 pm

18 pemain terlibat rasuah



TENGKU ABDULLAH (tengah) bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco FAM, di Kuala Lumpur semalam.




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti 18 pemain dan
seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada
saingan Liga Malaysia musim lepas.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelaskan
bahawa pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman
penggantungan antara dua hingga lima tahun.

"Hukuman tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan serta nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM.

"Pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai
nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco)
FAM di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.

"Ini membuktikan keseriusan FAM untuk memerangi gejala rasuah dalam
bola sepak. Saya berharap ia akan memberi pengajaran kepada pemain dan
pegawai yang terlibat dalam semua kejohanan kelolaan FAM," titah
baginda.

Pemain-pemain terbabit terdiri daripada enam pemain dari pasukan
Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam) dan pasukan
MP Muar (enam).

Terdahulu, Tengku Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada dua
badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan dan
mereka masing-masing menerima cek bernilai RM50,000 hasil kutipan tiket
daripada Piala Sumbangsih 2012.

Pada awal bulan lalu, saingan bola sepak tempatan turut dikejutkan
dengan aktiviti mengatur perlawanan membabitkan perlawanan antara Perlis
dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) dalam aksi pembukaan Liga
Premier musim 2012.

Pada perlawanan tersebut, pemain Perlis yang dibelasah sehingga tujuh
gol oleh MP Muar mengakui terdapat penglibatan bookie dalam mengatur
keputusan perlawanan tersebut.

Tidak mahu gejala tersebut berlarutan, Presiden Persatuan Bola Sepak
(PFA) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil tindakan segera
mengadakan perjumpaan dengan semua pemain selepas perlawanan tersebut
yang membawa kepada pengakuan bahawa terdapat segelintir pemain
dipancing oleh seorang bookie.

Ekoran pengakuan tersebut, beberapa pemain Perlis telah dipanggil
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tunjuan
penyiasatan.

Setakat ini, kes membabitkan pemain Perlis masih dalam proses penyiasatan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Feb 05, 2012 12:55 pm

FAM bersedia gantung pasukan gagal bayar gaji pemain, pegawai
Tiada lagi maaf bagimu


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin
Mohd. Amin menegaskan FAM bersedia untuk menggantung mana-mana pasukan
yang gagal menjelaskan pembayaran gaji kepada pemain dan pegawai
daripada bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Mar 06, 2012 4:23 am

FAM kecewa penjelasan tak konkrit
PENJELASAN sejam Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton berhubung
dakwaan pembabitan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam
gejala mengatur perlawanan tidak memuaskan hati badan induk bola sepak
tanah air itu.

Selepas pertemuan itu, FAM tampil dengan kenyataan media
menyuarakan rasa kecewa kerana Eaton gagal memberi maklumat atau bukti
mengenai dakwaannya yang disiarkan akhbar Straits Times di Singapura 16
Februari lalu.

“FAM kecewa kerana Chris Eaton tidak
memberi maklumat mahupun bukti bagi menjelaskan kenyataannya sebagaimana
diharapkan, sebaliknya hanya sekadar menyatakan kenyataan itu dibuat
berdasarkan dakwaan pihak tertentu dan siasatan masih dijalankan Fifa.

“Beliau tidak menjelaskan dakwaan itu mahupun mengenai pihak yang
membuat dakwaan seperti dimaksudkan,” jelas kenyataan dihantar Unit
Media FAM semalam.

Turut hadir pada pertemuan itu,
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengarah Bahagian Risikan
SPRM, Shamshun Baharin Mohd Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM,
Tan Sri Aseh Che Mat serta dua lagi wakil Fifa, Terry Steans dan
Michael Pride.

Menurut FAM, Eaton turut mengambil
kesempatan pada perjumpaan singkat itu untuk memaklumkan beliau akan
meninggalkan Fifa dan bertugas dengan sebuah agensi lain di Qatar tidak
lama lagi.

Eaton tiba di Kuala Lumpur selepas FAM mengutus surat menuntut
penjelasan mengenai dakwaan mencalar imej badan induk bola sepak tanah
air itu yang kini ‘berperang’ bersama Polis dan SPRM dalam membanteras
gejala rasuah bola sepak.

Rasuah bola sepak kembali
menghantui arena bola sepak tempatan apabila 11 pemain dan seorang bekas
jurulatih pasukan Piala Presiden digantung FAM bulan lalu.

Malah FAM juga mendedahkan tiga pasukan ‘senior’ Liga-M disiasat
Polis dan SPRM kerana disyaki terbabit dengan gejala mengatur
perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 9:56 am

FAM terima teguran








PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghalang pegawai dan
ahlinya menegur prestasi skuad kebangsaan bagi tujuan penambahbaikan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
pegawai atau ahli yang mahu mengkritik pasukan kebangsaan bagaimanapun
wajar berbincang dengan persatuan itu terlebih dahulu sebelum memberi
komen terhadap prestasi pasukan kebangsaan secara terbuka.

“Kalau boleh, seelok-eloknya kita bincang dalam mesyuarat terlebih
dahulu tetapi kita tidak boleh sekat atau bendung mereka untuk
menyatakan pandangan mengenai pelbagai perkara.

“Kita harus mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif dalam
hal ini. Namun, segala teguran adalah sangat subjektif, satu pihak kata
tak begitu membina dan satu pihak kata sebaliknya,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada sidang media di Istana Abdul
Aziz di Kuantan semalam ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan
Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang melahirkan keraguan terhadap
kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF akibat aksi goyah
dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Annuar dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor baru-baru ini
menjelaskan bahawa kenyataannya disalah tafsir oleh pihak media kerana
beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan tanpa merujuk kepada
mana-mana individu termasuk jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Sehubungan itu, Tengku Abdullah berharap isu tersebut tidak
diperbesar dan disensasikan lagi demi kebaikan skuad kebangsaan yang
memikul tugas berat dalam merealisasikan impian peminat bola sepak
negara ini.

Baginda sebaliknya menyeru supaya semua pihak memberikan fokus
terhadap impian dan harapan untuk menaikkan mutu sukan bola sepak
negara.

“Saya tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana bila kita
suarakan, kadangkala ada yang sensitif dan seelok-eloknya kita kurangkan
perkara sebegini.

“Apa yang penting, pasukan dan pemain itu sendiri perlu membuktikan kemampuan di atas padang,” titah baginda.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Thu Apr 05, 2012 4:11 am

FAM putuskan Annuar bersalah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

ANNUAR dikerumuni jurugambar ketika hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.

JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuat kuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Taufik Razak memberitahu, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama lapan ahli Jawatankuasa Disiplin FAM yang bersidang hampir tujuh jam di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Terdahulu, Annuar didakwa melanggar statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. Atas kesalahan itu, Annuar dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun.

Beliau juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media. Bagi pertuduhan kedua itu, Annuar dikenakan hukuman penggantungan enam bulan.

“Ahli Jawatankuasa Disiplin FAM sebulat suara membuat keputusan bahawa Tan Sri Annuar Musa didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

“Justeru, pihak jawatankuasa tidak ada pilihan lain selain daripada menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun enam bulan terhadap beliau (Annuar).

“Pihak jawatankuasa juga telah menggunakan budi bicara (dengan) tidak mengenakan sebarang denda terhadap beliau,” kata Taufik pada sidang akhbar di Bilik Piala Liga Wisma FAM semalam.

Jelasnya, hukuman yang dikenakan ke atas Annuar itu menyebabkan jawatan yang disandang Annuar selaku Timbalan Presiden FAM serta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung serta-merta.

Selain menjawat kedua-dua jawatan utama itu, Annuar turut memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Liga Super Malaysia.

“Pihak kami tidak pernah menghalang Annuar untuk memberikan penjelasan. Ini bukan kesalahan pertama beliau dan hukuman tersebut tidak boleh dibuat sebarang rayuan memandangkan ia hukuman paling mininum,” ujarnya.

Sementara itu, Annuar ketika ditemui pemberita selepas kes perbicaraan tersebut berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli majlis FAM.

“Kepada kawan-kawan media, (saya) minta maaf sebab dalam FAM telah ditetapkan saya tidak boleh cakap kepada media, kecuali ada kebenaran bertulis daripada kongres.

“Jikalau saya nak cakap pasal FAM, saya kena tulis surat kepada kongres terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum kes perbicaraan itu bermula, kira-kira 300 penyokong Annuar berhimpun di luar pekarangan Wisma FAM sejak pukul 12.45 tengah hari sebagai tanda sokongan kepada Timbalan Presiden FAM itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Sun Apr 08, 2012 11:45 am

Tengku Abdullah simpati nasib Annuar




IMBAS KEMBALI... Tengku Abdullah (kiri) dan Annuar ketika sidang media mesyuarat Exco FAM di Wima FAM pada 2 Januari 2011.



TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa simpati baginda kepada Tan
Sri Annuar Musa yang dikenakan hukuman penggantungan dua tahun enam
bulan daripada melibatkan sebarang aktiviti bola sepak di peringkat
nasional dan negeri.

Rabu lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk
Taufik Abdul Razak memutuskan bahawa Annuar yang juga Timbalan Presiden
FAM bersalah membuat kenyataan kepada pihak media dengan mengkritik
skuad kebangsaan pada 12 Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media
semalam, Tengku Abdullah menyatakan kekesalan baginda dengan apa yang
telah berlaku.

"Saya bersimpati dengan Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa
kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tersebut, satu
keadaan yang kami semua pernah alami.

"Minat yang amat mendalam dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan
seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk
menyemak semula apa yang mungkin tidak lagi penting bagi masa depan
pembangunan bola sepak.

"Begitupun, saya pasti Jawatankuasa Tatatertib telah menjalankan
penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan (ke
atas Annuar) dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara
yang telus dan mengikut undang-undang FAM.

"Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi," jelasnya.

Tengku Abdullah menambah, kenyataan yang dibuat baginda pada 4
Februari lalu tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan.

"Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini (kes
penggantungan Annuar) berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan
terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang
diadakan pada 4 April 2012.

"Kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4 Februari 2012 tidak
sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya
semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM .

"Maka kita mesti mempunyai sikap memandang jauh dan menumpukan
perhatian ke atas apa yang sebenarnya penting kemajuan bola sepak
Malaysia.

"Perhatian semestinya ditumpukan ke atas bola sepak semata-mata dan bukan perkara remeh-temeh," ujar Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah turut menyatakan kesediaan baginda untuk menjadi
pengantara bagi menamatkan isu hukuman yang dikenakan ke atas Annuar.

"Kita mesti akui dan menghargai sumbangan-sumbangan dan usaha-usaha
yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak
di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan.

"Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan
kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan
bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
akan mengalami kesan buruk daripadanya.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada
faktor-faktor mitigasi yang wujud dan menyelesaikan perkara ini secara
damai demi kebaikan bola sepak Malaysia," kata baginda
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Mon Apr 09, 2012 6:43 am

Sultan Ahmad Shah tak setuju








PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah
(gambar) tidak bersetuju Tengku Abdullah menjadi orang tengah bagi
menangani krisis badan induk bola sepak negara itu dengan Tan Sri Annuar
Musa.

Sultan Ahmad Shah semasa ditemui di Pekan, Pahang semalam bertitah,
tawaran Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM itu tidak
seharusnya berlaku kerana keputusan FAM untuk menggantung dua setengah
tahun terhadap Annuar telah dibuat pada 4 April lalu.

“Sebagai presiden, saya mesti menyokong apa sahaja keputusan yang
telah dilaksanakan kerana keputusan tersebut dibuat berdasarkan
ketetapan undang-undang dan peraturan.

“Annuar telah dijatuhi hukuman. Kita tunggu sahaja (tempoh
penggantungan) dua tahun dan enam bulan itu. Bagaimanapun, saya tidak
campur apa (kenyataan) yang Tengku Abdullah cakap,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Majlis Pelancaran Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram dekat Pekan
semalam.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM digantung
selama dua setengah tahun selepas dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib FAM
kerana mengkritik pasukan kebangsaan secara terbuka.

Jelas Sultan Ahmad Shah lagi, penggantungan yang dikenakan terhadap
Annuar adalah berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan.

“Apa yang dilakukannya adalah bertentangan (melanggar peraturan FAM) dan saya mesti menyokong persatuan bola sepak saya.

“Bukan Annuar seorang sahaja yang mengalaminya (penggantungan) kerana
sebelum ini bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991.

“Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil pula dua kali
digantung pada 2001 (selama empat tahun) dan 2006 (selama setahun)
kerana mengkritik FAM,” titah baginda.

Titah baginda lagi, setiap tingkah laku atau kenyataan yang
dikeluarkan perlu dibuat berlandaskan undang-undang dan perlembagaan
serta tidak terlalu bebas kerana wajar mematuhi peraturan.

“Kalau kita rakyat Malaysia tidak mematuhi perlembagaan, siapa lagi?
Kalau nak suruh orang luar, mungkin tidak. Justeru, saya mengikut segala
peraturan dan perlembagaan FAM,” jelas baginda.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Park Deen on Wed Apr 11, 2012 10:00 am

Artikel 88 dikaji
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


METERAI...Tengku Abdullah (kanan) berjabat tangan dengan Kinnear pada
majlis pengumuman Jelajah Asia 2012 skuad Arsenal, semalam.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan mengkaji semula Artikel
88 Statut FAM yang mengakibatkan rakan sejawatnya, Tan Sri Annuar Musa
dijatuhkan hukuman penggantungan dua tahun enam bulan.

Beliau berkata, tindakannya untuk mengkaji semula Artikel itu
bukan bertujuan mempertikai keputusan Jawatankuasa Tatatertib berhubung
isu Annuar sebaliknya ingin mencari jalan penyelesaian sekiranya
terdapat sebarang kelemahan.

“Saya mahu meneliti semua
Artikel itu, mungkin ada yang perlu dikaji semula, menambah Artikel baru
demi kebaikan,” katanya selepas sidang media pengumuman Jelajah Asia
2012 Arsenal ke Malaysia semalam.

Selain itu Tengku Abdullah turut mempertahankan kenyataannya
berhubung isu Annuar, Sabtu lalu yang disifatkannya hanya berniat untuk
membantu meredakan ketegangan yang tercetus biarpun ada pihak
berpendapat beliau juga mungkin boleh dikenakan tindakan yang sama.

“Memang saya juga tertakluk kepada peraturan tapi ada masanya saya
juga perlu menyuarakan pendirian, pendapat mengenai perkara itu, saya
juga manusia. Saya harap kenyataan media saya itu OK, kenyataan saya itu
tidak menyentuh hal skuad bola sepak kebangsaan atau polisi FAM.

“Saya cuma menawarkan diri sekiranya saya boleh membantu
menyelesaikan masalah, bukannya untuk campur tangan. Saya mahu kita
lebih memberikan tumpuan kepada bola sepak. Saya tidak mempersoalkan
keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau titah Tuanku mengenai keinginan
saya itu,” katanya.

Menerusi kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada media,
Tengku Abdullah menyatakan rasa simpati terhadap Annuar yang disabitkan
bersalah atas dua pertuduhan kerana mengkritik secara terbuka prestasi
skuad bola sepak kebangsaan dan beliau turut menawarkan diri sebagai
pengantara untuk menamatkan kemelut itu.

Bagaimanapun
kenyataan Tengku Abdullah itu disanggah Presiden Sultan Ahmad Shah yang
tidak bersetuju dengan hasrat itu sambil menyatakan pendirian akan tetap
menyokong penuh dengan keputusan diputuskan Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, minggu lalu.

Menurut Artikel 88 peraturan 2010-2014 FAM, hanya Presiden dan
Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan
mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu
meminta kebenaran kongres terlebih dulu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: Info FAM

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum