Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Pandangan tajam anak seni sejati

View previous topic View next topic Go down

Pandangan tajam anak seni sejati

Post by Park Deen on Sat Nov 24, 2012 10:22 am

Pandangan tajam anak seni sejati (kOSMO)





EMAN dan Wan Hanafi sama-sama
merupakan pelakon bertaraf seniman dunia perfileman, namun masing-masing
mempunyai karakter yang berbeza.




Eman Manan dan Wan Hanafi Su merupakan dua nama yang cukup kuat dalam
industri perfileman tempatan. Sudah pasti filem yang menampilkan dua
figura bertaraf seniman negara ini cukup untuk memberi pandangan awal
bahawa naskhahnya bukan calang-calang.

Pengalaman bertahun lamanya dalam bidang lakonan, membuatkan dua
figura ini semakin lali melihat arus seni tanah air yang saban hari
bertukar mengikut peredaran zaman.

Sementelah, wajah-wajah baharu yang bersilih ganti mewarnai bidang lakonan tempatan.

Bagaimanapun, jika ingin dibandingkan dengan pelakon dari zaman
kegemilangan Eman dan Hanafi Su sendiri, tidak dinafikan kebanyakan
mereka memang terkenal dengan bakat yang ada pada diri membuatkan diri
dikenali dan diterima sehingga kini.

Mendekati Eman dan Wan Hanafi di set penggambaran filem terbaharu
lakonan mereka di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini, sememangnya mereka
berdua mempunyai karakter yang sangat berbeza.

Wan Hanafi sangat peramah manakala Eman pula agak serius ketika memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

Walaupun kini dilihat banyak filem yang semakin rancak ditayangkan di
pawagam namun ada yang dilihat kurang berkualiti memandangkan terlalu
mengetengahkan nilai komersial bagi menarik penonton hadir ke panggung.

Adakah itu membuatkan industri perfileman kita masih lagi di tahap
tidak memuaskan dan belum cukup untuk bersaing dengan negara jiran
seperti Thailand contohnya yang mana industri mereka telah berjaya
memecah masuk pasaran antarabangsa? Eman dan Wan Hanafi membicarakan
tentang perkara itu.

Nilai komersial perlu dalam filem - Wan Hanafi Su

"Nilai komersial itu sangat diperlukan sebenarnya dalam sesebuah
filem. Namun ia akan menjadi lebih mantap jika punya lakonan yang kuat,
watak yang dipercayai dan kelebihan yang outstanding, maka orang akan
ingat juga filem tersebut walaupun ia kurang menonjolkan nilai
komersial," jelas Wan Hanafi yang tidak lokek berkongsi maklumat
sepanjang sesi temu ramah berlangsung.

Walaupun memiliki bakat yang luar biasa, namun namanya tidak begitu
popular setanding dengan bakat yang ditonjolkan lelaki berusia 62 tahun
ini.

Menjawab persoalan berkaitan isu tersebut, bukan senang mahu merubah
sesuatu apabila masyarakat sudah biasa disajikan dengan nilai komersial.


"Bukan semua filem memerlukan aktor yang kacak atau aktres yang
cantik dan seksi. Apakah kita hanya perlukan hero yang kacak sahaja? Ada
juga hero yang kurang kacaknya mampu berlakon lebih baik dari yang
kacak tadi," jawabnya ringkas.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon, memilih adalah keperluan, namun
bukanlah terlalu memilih kerana yang paling penting bagi empunya diri
ialah penggarap filem itu sendiri kerana kelak ia akan memudahkan
perbincangan dua hala.

"Seseorang aktor mahupun aktres itu perlu tahu informasi tentang watak yang ditawarkan kepadanya.

"Pemilihan pengarah juga akan menyenangkan proses perbincangan kelak.
Walaupun saya memang minat filem seni, namun, sebagai pelakon, saya
masih lagi akan menerima jika ditawarkan berlakon dalam filem
komersial," tutur anak kelahiran Terengganu ini.

Bijak menilai

Bagi pelakon senior ini, dia lebih menggemari filem yang berunsur
seni dan diambil sebagai contoh yang terbaharu, Bunohan yang kurang
diterima oleh masyarakat namun telah berjaya menempah kejayaan di
persada antarabangsa.

"Memang filem-filem seperti ini yang kita harus perbanyakkan kerana
kita perlu mengajar audiens untuk ke panggung dua tiga kali oleh sebab
filem seperti ini memerlukan penghayatan yang lebih.



LIMA tenaga lakonan penting filem Laga (dari kiri), Eman Manan, Tyas Mirasih, Syazwan Zulkifly, Zaidi Omar dan Wan Hanafi.




"Ini boleh dikategorikan sebagai masalah kurang apresiasi yang masih
belum dapat diselesaikan di kalangan penonton tempatan kita. Saya akui,
masyarakat masih memerlukan masa untuk menerima filem-filem berseni
seperti ini.

"Namun saya percaya penonton kini semakin bijak menilai antara
kualiti dan nilai komersial semata-mata. Sejak kebelakangan ini, saya
dapat rasakan penilaian penonton Malaysia sudah bertukar," bicara Wan
Hanafi.

Dia membuat kesimpulan bahawa pokok pangkalnya, semuanya berbalik
kepada kru produksi dan bagaimana cara pengarah itu sendiri bekerja.

Pelakon perlu ilmu, bukan bakat semata-mata - Eman Manan

Lain pula pendapat Eman yang telah meraih pelbagai anugerah sepanjang bergelumang dalam industri lakonan.

Bakat lakonannya tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa yang pernah bekerjasama dengannya.

Menjawab melalui pengalaman yang ditimbanya, tutur pemilik nama
sebenar, Abd. Manan Embong ini, pelakon bukan hanya perlu bersandarkan
pada rupa dan bakat namun ilmu juga penting bagi seseorang individu yang
ingin menggelarkan diri sebagai seorang penggiat seni.

"Saya dari dahulu merasakan bidang lakonan bukan bidang bakat
semata-mata tapi perlu punya ilmu serta kini telah wujud banyak
institusi yang mengajar ilmu yang betul tentang lakonan. Perkembangan
yang sihat berlaku dalam industri lakonan kini.

"Ramai generasi baharu yang muncul yang mana perempuannya cantik dan begitu juga lelaki.

"Memang tidak dinafikan filem memerlukan imej yang menarik untuk
memberi kepuasan kepada penonton sendiri," tegasnya serius tentang
perkembangan yang berlaku dalam industri lakonan.

Tambahnya: "Walaupun percambahan generasi baharu amat
memberansangkan, namun apa yang kurang dalam industri perfileman
merupakan penggarap yang mampu menghasilkan karya. Maka oleh sebab itu,
ia dianggap sebagai sesuatu yang merugikan pada industri."

Industri paling lembab

Walaupun kini industri perfileman di Malaysia dilihat semakin rancak
perkembangannya, namun ujar Eman, ia masih lagi merupakan antara
industri yang paling lembap jika ingin dibandingkan dengan industri
perfileman di negara lain.

"Oleh sebab itu, ia tidak dapat meyakinkan para pelabur untuk
meletakkan pelaburan dalam bidang ini. Bidang ini juga merupakan bidang
yang penting untuk kita dikenali dunia. Sampai bila kita hanya ingin
melihat karya luar sahaja yang mendominasi negara kita.

"Sebagai contoh, tidak perlu kita bezakan industri kita dengan
Hollywood, hanya ambil yang negara jiran seperti Thailand. Karya mereka
sememangnya telah sampai dan sering diiktiraf hingga ke tahap
antarabangsa," jelasnya aktor yang sentiasa serius terhadap apa yang
dituturnya.

Apabila ditanya tentang tawaran yang diterimanya kali ini untuk filem
Laga, ujar Eman, selain kariernya sebagai seorang pelakon, dia juga
amat menyukai karya arahan Ismail Yaacob ini.

Menerusi filem ini, selain Wan Hanafi, Eman turut bergandingan dengan
nama-nama besar yang lain seperti Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor serta
pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifly.

Selain itu, filem ini juga bakal menampilkan aktres Indonesia, Tyas
Mirasih yang pertama kali dibawa untuk berlakon di Malaysia.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum