Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Aliff Aziz meluah isi hati

View previous topic View next topic Go down

Aliff Aziz meluah isi hati

Post by Park Deen on Fri Nov 23, 2012 4:38 am

Aliff Aziz meluah isi hati (Kosmo)









PERTEMUAN setelah beberapa minggu memencilkan diri daripada media
pada petang kelmarin sempena sebuah majlis sidang akhbar di Holiday
Villa Subang Jaya, Selangor baru-baru ini memperlihatkan sisi Aliff Aziz
yang berbeza - kurang ketawa, serius dan sugul.

Terasa kekecewaan dan kesan perpisahannya dengan pelakon Anne Ngasri
atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, sehingga menampakkan Aliff
kurang bermaya bersama wajahnya yang terhias beberapa titik jerawat.

Ditanya mengenai kadar kesihatannya kini selepas keluar daripada wad
kerana disyaki menghidap serangan palpitasi jantung (denyutan jantung
tidak teratur) pada awal bulan Oktober lalu, jawab Aliff dia kini sedang
dalam peringkat pemulihan.

"Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Alhamdulillah kini
sudah sihat. Baru-baru ini demam sekejap mungkin disebabkan keadaan
cuaca sekarang yang tak menentu.

"Sekarang, saya sedang berusaha untuk kurangkan merokok dan kurangkan berfikir sampai jadi stres," katanya.

Tanpa berselindung, kisah perpisahannya dengan Anne menjadi pokok
bicara. Ujar Aliff atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Aziz, 21, dia kini
sedang berusaha untuk kembali ke trek asal iaitu mengejar kejayaan
dalam karier sebagai penyanyi serta berbakti kepada keluarga.

"Saya cuba elakkan untuk berfikir perkara yang boleh mengusutkan
minda saya terutama kisah perpisahan kami. Buat masa sekarang saya mahu
terus fokus kepada prioriti iaitu keluarga dan kerjaya serta menerima
perpisahan ini seadanya," ulasnya.

Anne enggan balas SMS

Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan punca
perpisahannya dengan Anne namun masih sudi berkongsi secebis cerita
proses perpisahannya dengan pelakon itu.

"Beberapa minggu lepas kami ada sedikit perselisihan faham dan
memutuskan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing seketika,
sehinggalah pada hari dia bertunang, saya dimaklumkan oleh peminat
melalui Twitter mengenai majlis itu.

"Kalau orang tanya apakah puncanya kami berpisah, saya tidak rasa
signifikan untuk saya memberitahu sebabnya, biarlah ia kekal rahsia
antara kami. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada
kesilapan.

"Susah untuk dijelaskan tetapi saya pasti tiada siapa mahu rasa apa yang sedang saya rasa sekarang," cerita Aliff menahan sebak.

Tambahnya, seminggu sebelum berpisah, Aliff dan keluarga Anne masih
berhubung rapat malah Anne sendiri pernah menghubungi bapa Aliff untuk
bertanya khabar.

"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan
Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba
saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur, ia
benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian saya.

"Anne ada bertanyakan khabar saya melalui bapa saya menerusi
panggilan telefon lebih kurang seminggu sebelum bertunang tapi dia tidak
memaklumkan akan majlis yang bakal berlangsung itu.

"Kata Anne, dia tak mahu membalas semua SMS saya sebab enggan melihat
saya lebih sakit dan cara itu katanya boleh membantu saya untuk
melupakan dia," ujar pelantun lagu Sayang Sayang itu.

Selepas majlis itu, Aliff mengakui ada menghantar ucapan tahniah melalui Twitter namun tidak mendapat respons daripada Anne.

Menyifatkan Anne sebagai seorang wanita yang paling sempurna yang
pernah dipertemukan sepanjang hidup, jelas Aliff dia tidak menyesal
mengenali Anne.

"Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan dia dan dia salah seorang
wanita yang paling sempurna bagi saya. Saya tidak menyesal mengenali dia
kerana dia telah banyak mengajar saya erti cinta dan kehidupan.

"Baru kini saya rasa betapa pedihnya apabila perlu berpisah dengan
orang yang kita sangat sayang dan baru sekarang saya faham apa ertinya
cinta," tambah Aliff.

Adakah Aliff sudah serik untuk bercinta selepas ini? Jawabnya:
"Ikutkan hati apabila melalui sesuatu yang memberikan impak dan
membuatkan kita rasa sedih sudah pasti akan rasa fobia. Tapi ini lumrah
hidup yang telah ditetapkan Tuhan namun, buat masa sekarang saya belum
fikir untuk mencari pengganti dia."

Alih perhatian



MAHU melupakan kenangan pahit, Aliff kini lebih kerap ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.



Pastinya setiap hati yang baru remuk dihentam bahana cinta akan
melalui pengalaman berbeza untuk memulihkan diri dan jiwa daripada
peristiwa pedih seperti yang dilalui Aliff.

Pilihan dirinya adalah dengan menyibukkan diri bersama keluarga dan
karier yang dirasakan tepat untuk melupakan kisah sedemikian.

"Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan ke gimnasium untuk mengalihkan perhatian daripada situasi sebegini.

"Ibu saya selalu nasihatkan saya, katanya kalau sudah bukan jodoh
saya tiada apa boleh buat. Terima hakikat dan reda," katanya yang
mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan keluarga Anne.

Bagaimanapun, Aliff memanjatkan rasa terima kasih kepada keluarga
Anne berikutan sokongan dan kasih sayang sepanjang tempoh awal dia mula
bertapak di Malaysia.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada baba (panggilan Aliff kepada
ayah Anne) dan keluarganya yang selama ini mendidik saya serta menjadi
keluarga saya di sini.

"Halalkan makan minum saya dan saya minta maaf sekiranya terkasar
bahasa dan ada sikap yang tidak menyenangkan keluarga baba," tutur
bicaranya perlahan.

Pesanan untuk Anne

Aliff mengakui dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama
Anne. Katanya, memori bersama Anne akan disimpan buat panduan pada masa
akan datang.

"Saya akan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk masa akan
datang dan saya akan menggunakan memori ini agar tidak mengulangi
perkara yang sama berulang kali.

"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini
bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam
hati saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan
mendoakan kebahagiaan Anne, kesakitan ini dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, Aliff mempunyai sedikit pesanan dan kata-kata akhir kepada Anne.

"Saya tidak mahu runtuhkan kebahagiaan yang dia sedang kecapi,
memandangkan dia juga sibuk dengan persiapan perkahwinan cukuplah saya
mengatakan saya bertuah dipertemukan dengan dia. Semoga kehidupannya
berjalan lancar.

"Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan kini doa saya telah
dimakbulkan untuk melihat dia bahagia cuma bukan dengan saya. Saya
doakan yang terbaik buat dia," ungkap Aliff.

Gerhana cinta yang sedang dilalui oleh pucuk muda yang barangkali
dilabelkan masih mentah untuk memahami makna cinta itu ditepis
perlahan-lahan. Noktah yang adakalanya tidak menghadiahkan kebahagiaan
hanya mampu diharungi dengan motivasi dan sokongan sekeliling.

"Saya mula merasakan saya kini telah kehilangan sesuatu yang amat
besar, tapi selagi ada keluarga, peminat dan kerjaya tiada apa yang
mampu menghalang saya," tegasnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum