Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kedah umum 21 pemain

View previous topic View next topic Go down

Kedah umum 21 pemain

Post by Park Deen on Fri Nov 23, 2012 4:33 am

Kedah umum 21 pemain (Kosmo)



Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


AKMAL (tengah) kembali menyarung jersi skuad Kedah musim depan.




PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) semalam mengumumkan senarai 21
pemain dengan sebahagian besar pemain merupakan anak negeri termasuk
bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali semula
menyarung jersi hijau kuning bagi mengharungi saingan Liga Malaysia
musim depan.

Kedah yang bakal beraksi dalam Liga Premier turut memanggil semula
pemain import, Nelson Martin dari Chile yang pernah membantu skuad
Kenari meranggul piala trebel bagi musim 2007/08 lalu.

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Mario Tot itu juga bakal
diperkuatkan dengan penyerang baharu dari Brazil, Chayene Mederiros
Oliveiro Santos.

Presiden KFA, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perubahan turut
berlaku pada barisan pengurusan melibatkan pengurus pasukan, Datuk
Khazali Din yang diganti oleh Timbalan Presiden KFA, Datuk Jeffrey Low
Hang Chow.

Katanya, Mario Tot akan dibantu oleh Antonio Siscis dari Croatia
manakala Talib Saidi pula dilantik menjadi jurulatih penjaga gol
menggantikan Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ismail.

“Dalam bola ini biasalah, ada turun naik bukan kita boleh menang selalu. Dulu kita juara sekarang orang lain pula juara.

“Saya harap lepas buat rombakan ini, kita dapat kenal pasti masalah
pemain dan harap permainan mereka bertambah bagus,” katanya kepada
pemberita di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Selain Akmal Rizal yang sebelum ini beraksi bersama Perak, Kedah turut diperkuat dengan ‘ayam tambatan’ mereka, kapten

Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, sekali gus menutup

desas-desus yang dua pemain itu bakal meninggalkan skuad ‘Negeri Jelapang Padi’ itu.

Pemain lain yang dikekalkan ialah Mohamad Muhaimin Mohamad, Mohd.
Fiqry Md Isa, Khairul Helmi Johari, Mohd. Sabree Mat Abu, Fazliata Taib,
Mohd. Faizal Abu Bakar, Abdul Hadi Abdul Hamid, Hattaphon Bun An, Wan
Mohd. Syukri Wan Ahmad, Mohamad Syamim Alif Mohd. Sobri dan Muhammad
Ridzuan Rumlee.

Skuad Kenari turut mendapatkan enam tenaga import tempatan iaitu dua
dari Sabah melibatkan Mohd. Fariss Azlan Mat Isa dan Zuraindet Jumai
selain Hariri Mohd. Safi (Terengganu), Wan Hossein Wan Abd. Ghani
(Perak), Arman Fareez Mohd. Ali (Kuala Lumpur) dan Mohd. Shahrul Ezrain
Shamsuddin (T-Team).

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia, Sukan,
Kesenian dan Warisan, Kebudayaan negeri, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib
pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, KFA membuat
perancangan untuk mengembalikan semula kecemerlangan bola sepak Kedah
yang merosot tahun ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga Premier
tahun depan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung KFA memberitahu, pihaknya memberi
gaji yang cukup tinggi dengan empat pemain memperoleh gaji melebihi
Menteri Besar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tahun ini KFA belanja RM200,000 sebulan dan tahun depan akan
belanjakan RM400,000 sebulan. Tahun ini keseluruhan peruntukan adalah
RM5.1 juta untuk semua pasukan bola sepak Kedah. Tahun depan keseluruhan
peruntukan adalah RM8 juta dengan RM4.8 juta untuk skuad Liga Premier
sahaja.

“Ini semua bagi memastikan kita dapat kembali ke Liga Super pada 2014,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum