Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

HARIMAU MUDA A B23

View previous topic View next topic Go down

HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Sun Dec 04, 2011 11:33 am

SUKAN

'Manfaatkan peluang beraksi di Liga S'

MAHALI (kanan) berharap semua rakan pasukan manfaatkan sepenuhnya peluang menimba pengalaman dalam Liga Singapura tahun depan.

PEMAIN pertahanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli menggesa rakan sepasukan untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain dalam Liga Singapura (Liga S) sebagai pertukaran dengan Young Lions yang akan beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemain berusia 22 tahun dari Selangor itu berkata, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh pemain skuad kendalian Ong Kim Swee itu kerana liga berkenaan turut disertai oleh beberapa pasukan luar seperti dari negara Thailand, Kemboja dan Australia.

"Kita dapat pengalaman baru kerana peluang sebegini jarang diperoleh oleh pemain-pemain muda seperti kami (pemain Harimau Muda A)," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada pelancaran bola rasmi Kejohanan Euro 2012, Adidas Tango 12 di ibu negara semalam.

Skuad tersebut akan memulakan latihan pusat pada Isnin ini dan dijangka bertolak ke Australia pada 10 Disember ini sebagai persiapan untuk mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab liga Australia pada 10 hingga 22 Disember.

Perlawanan tersebut merupakan persiapan awal sebelum skuad tersebut menyertai Liga Singapura dan persediaan menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Februari depan menentang Syria, Bahrain dan Jepun.

Mahalli, yang pernah berlatih dengan kelab Slovakia, FC Vion selama tiga bulan berkata, beliau akan menggunakan pengalaman tersebut untuk dimanfaatkan dalam Liga Singapura kelak.

"Untuk liga tersebut, kita akan kekal berada di Kuala Lumpur dan setiap minggu akan berulang alik untuk beraksi di Singapura dan ia tidak menjadi masalah kerana setiap pemain sudah banyak kali bermain di luar negara," katanya sambil berjanji akan memberikan aksi terbaik pada liga itu nanti.

Mengulas mengenai ketiadaan pemain-pemain skuad tersebut yang berhijrah ke negeri lain musim depan, Mahalli berkata, ia merupakan satu peluang terbaik kepada pemain dari pasukan Harimau Muda B untuk mempamerkan aksi terbaik mereka kepada Kim Swee.

"Kita lihat pasukan dari Harimau Muda B umpamanya mempunyai pemain yang berpotensi dan inilah peluang mereka untuk membuktikan sesuatu bahawa mereka juga mempunyai kualiti yang tersendiri," katanya.

Sehingga kini, tiga pemain tidak akan beraksi dengan Harimau Muda A kerana telah melebihi usia 23 tahun tahun depan iaitu Mohd. Muslim Ahmad yang menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan Mohd. Zamir Selamat yang berhijrah ke Johor FC.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Dec 06, 2011 4:17 am

Harimau Muda kembali berlatih tanpa Apek

SKUAD Olimpik negara kembali turun ke padang semalam sebagai
persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang kelab Liga
Australia di Sydney meskipun tanpa kelibat kapten, Khairul Fahmi Che Mat
yang terpaksa bergegas pulang ke Kota Bharu sebaik menerima berita
kematian adiknya, Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16, akibat demam panas.

Cuti selama seminggu yang diberikan jurulatih Ong Kim Swee memberi
ruang kepada semua pemain kembali ‘segar’ selepas mengerah kudrat
menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia dan
pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 bulan lalu.

“Saya memanggil 36 pemain bagi kem latihan kali ini namun Apek (Khairul
Fahmi) dikecualikan kerana terpaksa pulang semula ke kampung kerana
adiknya meninggal dunia. Dia menghubungi saya ketika dalam perjalanan ke
sini dan kemudian berpatah balik ke Kota Bharu. Saya memberikan dia
cuti namun akan tetap bersama skuad ke Sydney.

“Selain itu Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Gary Steven
Robbart tidak menjalani latihan akibat kecederaan, Muhammad Syazwan
Tajuddin demam manakala Syazwan Yusof terpaksa dikecualikan kerana
Kelantan tidak mempunyai penjaga gol kerana Khairul Fahmi turut bersama
skuad kali ini,” katanya yang ditemui pemberita pada sesi latihan
pertama semalam.

Selain ingin memulihkan kembali moral pemain
selepas dikecewakan dengan kekalahan 2-3 di tangan Bahrain, fokus Kim
Swee kini adalah untuk mencari pemain baru Harimau Muda A bagi saingan
Liga Singapura musim depan selepas kehilangan beberapa tonggak yang
menyarung jersi pasukan negeri antaranya, Mohd Muslim Ahmad dan Abdul
Shukor Jusoh (Terengganu) dan K Gurusamy (Selangor).

Daripada 36 pemain, beliau hanya akan memilih 23 pemain ke Sydney Sabtu ini bagi
pertemuan dengan Sydney FC, Central Coast Mariners FC dan Newcastle Jets
FC.

“Saya mahu mencari empat hingga lima pemain lagi untuk melengkapkan
senarai 30 pemain Harimau Muda A yang akan beraksi dalam Liga Singapura
musim depan.

“Selain itu perlawanan di Sydney juga akan saya
gunakan untuk menguji pemain baru dan yang kurang diturunkan sebelum
ini. Ini juga persediaan terbaik pasukan sebelum mengharungi tiga lagi
perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik tahun depan,” kata Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Sat Dec 10, 2011 5:52 am

Kim Swee enggan letak sasaran tinggi
Oleh Mohd Fitrie Muhamad

2011/12/10
Liga Singapura jadi pentas terbaik untuk pendedahan kepada pemain Harimau Muda

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pembabitan pasukan itu pada saingan Liga Singapura 2012 namun sebaliknya menjadikan ia sebagai pentas terbaik sebagai pendedahan kepada pemain.

Situasi itu jelas berbeza dengan apa yang dilakukan pasukan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi umur 23 tahun bagi memperkuatkan Lions XII untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.
Kita tahu di Liga Singapura mereka membenarkan lima pemain import dan ini akan memberikan saingan yang cukup baik, jadi kita akan ambil pengalaman daripada pembabitan kita dalam Liga Singapura.
Bagi saya apa jua keputusan yang kita terima di Singapura tidak mustahak tapi yang lebih penting adalah pendedahan dan peluang ini juga untuk kita dapatkan kombinasi terbaik sebelum kita mengharungi kelayakan bawah 22 tahun AFC pada Jun tahun depan, katanya ketika ditemui Majlis Penyampaian Anugerah Sport TOTO kepada 15 pemenang emas Sukan SEA, semalam.

Sementara itu, Kim Swee akan memberi lebih masa kepada Wan Zack Haikal Wan Noor untuk mengembalikan prestasi sentuhan berbisanya.

Sudah tentu Wan Zack tidak ada masalah cuma sekarang prestasinya yang tidak menentu. Saya percaya ia kerana dia lama tidak bermain dan beliau (Wan Zack) memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali sentuhan yang biasa dia lakukan sebelum ini.

Manakala Nazmi (Faiz Mansor) masih lagi menjalani beberapa ujian tapi dia (Nazmi) masih dapat menjalani latihan seperti biasa, katanya
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Mon Dec 26, 2011 4:05 am

Aksi penutup skuad Olimpik

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

AKSI menentang kelab tangga teratas Liga Australia (Liga-A), Central
Coast Mariners FC pada perlawanan persahabatan hari ini bakal menjadi
penutup tirai tahun ini buat skuad Olimpik negara.

Justeru, jurulatih negara Ong Kim Swee mengharapkan anak buahnya
dapat menamatkan 2011 dengan aksi lebih bermakna sebagai pembakar
semangat untuk mengharungi tahun baru yang lebih mencabar.

“Ini perlawanan terakhir buat pasukan ini pada 2011 jadi saya mahu semua pemain memberikan aksi lebih baik.

“Bagi saya keputusan perlawanan dengan Mariners ini tidak mustahak
namun saya mahu semua pemain memperbaiki prestasi ketika tewas 0-1 pada
perlawanan sebelum ini.

“Mariners sekarang menduduki
tangga teratas liga, walaupun mereka belum pasti akan menurunkan skuad
utama namun mereka juga memiliki pemain simpanan yang bagus,” katanya.

Pertemuan dengan Mariners jam 10 pagi waktu Malaysia di Padang
Akademi Central Coast adalah aksi ketiga skuad Olimpik dalam jelajah
Australia bermula 11 Disember lalu.

Pada perlawanan pertama menentang skuad simpanan Sydney FC,
Malaysia menang 3-0 sebelum tumpas di tangan skuad campuran pemain utama
dan remaja Mariners 0-1.

“Saya mahu pemain lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan pada 90 minit perlawanan,” kata Kim Swee.

Selain persiapan pusingan kedua Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik
London 2012, skuad kendalian Kim Swee juga menjadikan aksi di Sydney
sebagai persediaan Harimau Muda A memulakan kempen dalam Liga Singapura
bulan depan.

avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Thu Jan 05, 2012 4:12 am

TM tak lupa RM1 juta
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

TELEKOM Malaysia (TM) tidak pernah mungkir janji sebaliknya memberi jaminan peruntukan insentif RM1 juta kepada skuad Bawah 23 Tahun negara yang menjuarai ‘ibu emas’ Sukan Sea Indonesia, November lalu itu hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman yang menjelaskan pihaknya perlu mengadakan rundingan terlebih dulu kerana FAM masih belum memaklumkan sama ada skuad kendalian Ong Kim Swee itu wajar menerima habuan berdasarkan perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, 8 Julai lalu.

“Sama ada skuad bawah 23 tahun negara yang menjuarai pingat emas di Sukan Sea Indonesia baru-baru ini layak menerima insentif RM1 juta itu terpulang kepada keputusan FAM. “FAM perlu memaklumkan sama ada peruntukan insentif TM itu hanyalah untuk skuad Harimau Malaya bagi kejohanan Piala Suzuki AFF ataupun ia turut membabitkan Sukan Sea.

“Kini kami masih menunggu FAM untuk mengadakan perbincangan bersama kami bagi memutuskan perkara ini,” katanya yang ditemui Arena Metro selepas merasmikan program bual bicara bola sepak, Kaki Bola yang mula bersiaran di TV9 setiap Isnin jam 9.30 malam.

Sebelum ini, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad pernah memberi kenyataan jumlah sebenar insentif itu akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM, 9 Disember lalu, namun hingga kini belum ada kata putus.


Bagi Rozalila, TM yang menjadi Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan menghargai jerit perih pemain muda negara yang berjaya mempertahankan pingat emas selepas menewaskan pasukan tuan rumah di final.

“Kami tidak ada masalah untuk memberi insentif itu namun jumlah itu bergantung kepada FAM. Jumlah RM1 juta itu mungkin untuk tempoh setahun tapi ia bergantung kepada FAM,” katanya.

Sebelum ini, semua pemain dan pegawai skuad Sukan Sea negara menerima habuan RM30,000 setiap seorang daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Fri Mar 02, 2012 4:08 am

‘Tiada masalah’

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

SKUAD Harimau Muda A mengharapkan tuah beraksi di gelanggang sendiri
buat kali pertama apabila turun menentang Tanjung Pagar United di
Stadium Yishun bagi perlawanan Liga Singapura (Liga-S) malam ini.

Biarpun jarang berlatih di gelanggang yang boleh memuatkan 3,400
penonton itu, pengendali negara, Ong Kim Swee menganggap anak buahnya
tidak berdepan masalah untuk memberikan aksi terbaik bagi meraih
kemenangan kedua selepas membenam Gombak United, 2-0 pada perlawanan
pembukaan liga awal bulan lalu.

“Kami baru saja tiba pagi tadi
(semalam) dan akan mengadakan latihan pada sebelah petang sebagai
persiapan terakhir menentang Tanjung Pagar. “Walaupun ini kali pertama
pemain beraksi di Stadium Yishun, bagi saya ia tidak memberikan masalah
kerana padang stadium ini tidak menggunakan rumput tiruan.

“Saya sudah beberapa kali meninjau keadaan stadium sebelum ini dan
saya memang puas hati. Saya harap pemain bermain lebih baik pada
perlawanan kedua ini apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri walaupun
bukan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Singapura
semalam.

Menurut Kim Swee beliau tidak berdepan banyak masalah
untuk menurunkan barisan terbaik melainkan terpaksa mengetepikan Wan
Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad Hazwan Bakri akibat kecederaan manakala
tahap kecergasan Mohd Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang baru
pulang dari Manila menyertai Harimau Malaya akan dipantau.

Mengulas
pertemuan dengan Tanjung Pagar atau turut dikenali dengan nama jolokan
The Jaguars, beliau menjangkakan tentangan sengit oleh skuad kendalian
bekas pemain kebangsaan Singapura, Terry Pathmanathan itu.

“Tidak banyak maklumat yang saya peroleh mengenai Tanjung Pagar tapi
kami menjangkakan mereka pasti bersemangat mencari kemenangan pertama
selepas dua perlawanan,” katanya.

Harimau Muda A kini menghuni
tangga keenam selepas satu perlawanan manakala Tanjung Pagar pula
menduduki ke-10 selepas seri 1-1 dengan Hougang United dan kemudian
tumpas 4-1 di tangan Albirex Niigata.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Mar 13, 2012 9:31 am

Skuad eksperimen lawan Syria


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE bakal menurunkan skuad
eksperimen ketika menentang Syria pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik
2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Jordan malam esok.




APA jua keputusan ketika berdepan Syria pada aksi penutup tirai
Kumpulan C kelaya- kan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah,
Jordan malam esok tidak lagi mampu menghidupkan semula sisa-sisa peluang
skuad Olimpik negara untuk menjejakkan kaki di bumi London.

'Pintu' Olimpik jelas tertutup rapat buat skuad negara selepas
terperosok ke tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata, namun ia
bukan alasan bagi anak-anak buah Ong Kim Swee untuk sekurang-kurangnya
menjadi 'budak pengacau' bagi mengekang impian Syria untuk mara lebih
jauh.

Dendam tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium
Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas Sukan
SEA di Jakarta, Indonesia, No- vember tahun lepas juga pastinya berbekas
di hati pemain muda negara.

Pada masa sama, Kim Swee pastinya lebih bijak dan sekadar menurunkan
skuad 'eksperimen' semata-mata di Jordan malam esok ekoran aksi
menentang kelab Albirex Niigata pada saingan Liga Singapura (Liga- S),
Ahad ini dilihat jauh lebih penting, ter- utamanya selepas berjaya
mengutip enam mata maksimum hasil dua kemenangan ke atas Gombak United
dan Tanjung Pagar United sebelum ini.

"Kami hanya mempunyai masa selama tiga hari sebelum menentang Albirex
(sele- pas menentang Syria), jadi sudah tentu masalah kecederaan dan
kecergasan pemain akan menimpa pasukan.

"Malah, saya sempat juga sempat menyaksikan persembahan Albirex
ketika menewaskan Woodlands dan mereka merupakan pasukan yang hebat,
jadi pertemuan menentang Albirex cukup penting untuk saya menilai sejauh
mana kemampuan pasukan," kata Kim Swee baru-baru ini.

Skuad Kim Swee berlepas ke Jordan se- malam tanpa kehadiran Gary
Steven Robat dan Thamil Arasu yang terpaksa diketepi- kan gara-gara
kecederaan.

Disebabkan itu, Kim Swee dijangka menggandingkan Syahrul Azwari
Ibrahim bersama Ahmad Shakir Md Ali atau penyerang Felda United, D.
Saarvindran bagi menggempur benteng Syria, manakala Ahmad Fakri Saarani
dijangka mengisi kekosongan Gary di bahagian tengah untuk bergandi- ngan
bersama Irfan Fazail dan Nazmi Faiz Mansor.

Syria pula yang ketika ini berkongsi sembilan mata bersama Bahrain pastinya menurunkan pasukan yang terkuat bagi menjamin slot playoff untuk layak ke London akhir Julai depan.

Satu lagi aksi membabitkan pertemuan antara Bahrain dan pendahulu
kumpulan, Jepun yang kini selesa mengutip 12 mata di Tokyo malam esok.

Dalam pada itu, ketiadaan Thamil juga tidak menggusarkan Kim Swee
ekoran prestasi memberangsangkan Saarvindran yang meledak dua gol ketika
menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2 dalam satu aksi
persahabatan Sabtu lepas.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Wed Mar 21, 2012 6:09 am

Skuad B-23 kekal di Singapura


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (dua dari kanan) memilih untuk tidak berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur ekoran jadual perlawanan yang padat.




SKUAD Harimau Muda yang kini berada di negara jiran selepas aksi Liga
Singapura (Liga S) menentang Albirex Niigata Ahad lepas, hanya akan
pulang ke ibu negara pada 26 Mac ini.

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu, Ong Kim Swee memberitahu,
tarikh itu merupakan sehari selepas aksi menentang Courts Young Lions
di Stadium Yishun pada Ahad depan.

Selain itu, katanya, skuad muda negara juga akan menentang Brunei
DPMM di Stadium Jalan Besar, Singapura malam esok selepas mengharungi
tiga perlawanan Liga S setakat ini.

“Keputusan untuk kekal berada di Singapura bukan sesuatu yang luar
biasa kerana ia telah lama diputuskan sebelum ini, yang mana skuad
negara akan menetap di sini dalam tempoh yang lebih lama jika terdapat
jadual perlawanan yang padat seperti ini.

“Selain menjimatkan kos, ia juga bagi mengelakkan pemain daripada
berdepan faktor keletihan kerana terpaksa berulang-alik dalam tempoh
yang singkat,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Skuad Harimau Muda yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Albirex,
Isnin lepas kini mengumpul tujuh mata selepas membenam Gombak United dan
Tanjung Pagar United masing-masing dengan keputusan 2-0 dan 3-0 sebelum
ini.

Kegagalan skuad negara meraih kemenangan ketiga itu begitupun tidak
membimbangkan Kim Swee yang nyata berpuas hati dengan kekebalan skuadnya
kerana masih belum dibolosi setakat ini.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, bahawa beliau juga tidak menolak
kemungkinan akan menurunkan dua skuad berbeza ketika aksi menentang
Brunei DPMM dan Courts Young Lions kelak bagi memberi pendedahan
seimbang kepada semua pemain muda negara.

“Masa rehat yang ada ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Selain itu, tidak ada pasukan di dunia juga yang mampu mengekalkan
kekebalan gawang mereka daripada dibolosi dalam mana-mana saingan liga,
jadi saya rasa ini cabaran yang perlu diambil oleh anak- anak buah
saya,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Mar 27, 2012 10:11 am

Kim Swee tak mahu anak buah dibuai mimpi

TIDAK ada apa perlu dibanggakan dengan rekod tanpa kalah Harimau Muda
A dalam kempen Liga Singapura (Liga-S) setakat ini kerana jurulatih Ong
Kim Swee mahu mengingatkan anak buahnya supaya tidak mudah puas hati
dengan pencapaian itu.

Pengendali itu nyata kurang senang dengan aksi skuad kendaliannya
meskipun mencatat kemenangan ke atas Young Lions, 3-1 di Stadium Yishun
kelmarin untuk berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 11 mata
selepas lima perlawanan.

“Kami ketinggalan 1-0 pada babak
pertama kerana kesilapan pemain yang mengambil mudah kemampuan pasukan
lawan. Bagaimanapun pemain berjaya bangkit untuk mencipta kemenangan dan
ini satu karektor yang bagus di mana walaupun ketinggalan, pemain tetap
terus berusaha.

“Walaupun kami mengekalkan rekod tanpa kalah, saingan liga masih awal
kerana selepas ini kami akan berdepan dua perlawanan sukar menentang
Singapore Armed Forces dan Home United. “Saya harap semua pemain
meningkatkan prestasi jika mahu terus memperbaiki kedudukan dalam liga,”
katanya.

Dalam pertemuan dengan Young Lions, Harimau Muda A
ketinggalan menerusi jaringan Jonathan Toto pada minit ke-16 sebelum
pemain gantian Mohd Nazmi Faiz Mansor menyamakan kedudukan pada minit
ke-49.

Harimau Muda A kemudian mendahului pada minit ke-74
hasil jaringan Fandi Othman sebelum Nazmi mengukuhkan kedudukan dengan
gol ketiga pada minit ke-81.

“Saya tidak menyenaraikan Nazmi kerana dia agak keletihan selepas
beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini tapi terpaksa memasukkannya
lebih awal kerana kita sudah ketinggalan 0-1. Bagi saya Nazmi pemain
serba boleh dan berharap prestasi seperti ini dapat diteruskan,” kata
Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Fri Mar 30, 2012 4:04 am

Kekuatan mental jadi keutamaan


Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kanan) lebih mengutamakan kekuatan mental pemain menjelang aksi menentang Singapore Armed Forces, Ahad ini.




KEKUATAN mental pemain Harimau Muda dilihat menjadi keutamaan
pengendalinya, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Singapore
Armed Forces dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Choa Chu
Kang, Ahad ini.

Kejayaan menewaskan Courts Young Lions dengan keputusan 3-1 di
Stadium Yishun, Ahad lepas jelas menjadi tonik utama skuadnya dalam
usaha mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga S setakat
ini.

Malah, kredibiliti Armed Forces yang dibarisi beberapa pemain import
juga tidak menghadirkan rasa gerun di hati Kim Swee kerana yakin dengan
kemampuan anak-anak buahnya dalam usaha memburu tiga mata berharga.

"Pada aksi menentang Young Lions sebelum ini, pemain saya dilihat
tidak mudah menyerah kalah meskipun ketinggalan pada suatu ketika.

"Bagi saya, semangat juang yang ditunjukkan pemain Harimau Muda
ketika itu adalah satu perkembangan yang positif dan ia perlu diteruskan
dalam perlawanan akan datang.

"Saya yakin pasukan kita berada di trek yang betul untuk mencapai
sasaran menamatkan saingan Liga S di tangga kelima musim ini," katanya
kepada Kosmo! baru-baru ini.

Harimau Muda yang mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua
seri sebelum ini kini hanya ketinggalan satu mata di belakang peneraju
liga, Home United yang begitupun beraksi lebih satu perlawanan.

Selain menang ke atas Young Lions, skuad muda negara juga berjaya
menewaskan Gombak United 2-0 dan Tanjung Pagar United 3-0 selain seri
ketika menentang Albirex Niigata 0-0 serta Brunei DPMM 1-1. Armed Forces
kini di tangga kelapan liga dengan tujuh mata.

Selepas menentang Armed Forces, tugas lebih getir menanti anak-anak
buah Kim Swee apabila dijadualkan berdepan Home United di gelanggang
sendiri pada 8 April ini.

Dalam perlawanan Ahad ini, Kim Swee dijangka menggunakan khidmat D.
Saarvindran dan Shahrul Saad bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan
Irfan Fazail dan Mohamad Amer Saidin yang tidak cergas sepenuhnya
gara-gara kecederaan.

Selain itu, antara pemain Harimau Muda yang masih berada dalam
senarai kecederaan ketika ini termasuklah kapten, Mahali Jasuli, Nazirul
Naim Che Hashim dan Izzaq Faris Ramlan.

"Walaupun berada di tangga kedua Liga S, masih terlalu awal untuk
berasa selesa. Lagi pun matlamat asal kami adalah untuk proses
pendedahan," jelas Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Apr 03, 2012 9:17 am

Kim Swee mahu lunas janji

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


WAN ZACK (kiri) terus konsisten menggegar gawang lawan dalam saingan Liga S setakat ini.

DI sebalik kejayaan mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga Singapura (Liga S) setakat ini, ada janji yang mahu dilunaskan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Malam kelmarin, skuad muda negara yang berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang kini berkongsi 14 mata dengan Brunei DPMM, yang kini menerajui takhta liga hasil perbezaan jaringan.

Malah, musibah kecederaan yang melanda pemain utama seperti kapten, Mahali Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Irfan Fazail dan Affizie Faizal Mamat ketika ini juga tidak membimbangkan Kim Swee gara-gara kecemerlangan yang ditunjukkan pemain lain seperti Mohd. Azizan Nordin dan Shahrul Saad ketika membenam cabaran Armed Forces kelmarin.

"Sebelum ini, saya pernah berjanji mahu menurunkan kesemua pemain dalam saingan Liga S, jadi sudah tentu saya akan menunaikan janji saya dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

"Inilah masanya kepada pemain yang jarang diberikan peluang supaya membuktikan sesuatu.

"Bagi saya, faktor kecederaan pemain utama bukan satu masalah besar kerana saya memiliki pemain lain yang sama hebat, dan ia telah dibuktikan oleh Mohd. Azizan dan Shahrul yang beraksi cemerlang ketika menentang Armed Forces (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam aksi kelmarin, Wan Zack Haikal Wan Nor terlebih dahulu meletakkan Harimau Muda di depan pada minit ke-69 sebelum tandukan penyerang Armed Forces, Shimpei Sakurada berjaya menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri akhirnya muncul wira apabila bijak menyempurnakan hantaran Wan Zack tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk tiga mata berharga skuad negara.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga menasihatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada ketika menentang Home United di Stadium Yishun Ahad depan terutamanya ketika pasukan itu tewas mengejut kepada Tampines Rovers dengan keputusan 0-2 dalam satu lagi aksi Liga S kelmarin.

"Home United sememangnya pasukan yang kuat, dan ia dapat dilihat apabila mereka muncul sebagai pendahulu liga sebelum ini sebelum dipintas Brunei DPMM.

"Justeru, saya tidak menolak kemungkinan bakal melakukan rombakan kecil terhadap skuad ketika menentang Home United kelak, itupun bergantung kepada tahap kecergasan pemain utama sama ada mereka bebas daripada kecederaan."
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Apr 03, 2012 9:33 am

Kejayaan Harimau Muda kekal rekod dicemburui

KEJAYAAN Harimau Muda mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam
perlawanan pastinya mengundang rasa cemburu buat pencabar kejuaraan Liga
Singapura (Liga-S) musim ini.


Selepas menewaskan Angkatan Tentera Singapura (SAF) 2-1 kelmarin,
skuad kendalian Ong Kim Swee itu kini menduduki tangga kedua liga,
berkongsi 14 mata dengan peneraju Brunei DPMM yang memiliki kelebihan
jaringan.

Permulaan cemerlang barisan muda negara itu yang
bersaing buat kali pertama dalam Liga-S musim ini mencetuskan harapan
baru bahawa mereka memiliki potensi merebut kejuaraan biarpun hanya
diwakili pemain Bawah 23 Tahun.

Namun Kim Swee lebih berminat meredakan sedikit keghairahan itu
dengan menegaskan sasaran utama adalah menduduki kelompok lima pasukan
terbaik daripada 13 pasukan bertanding.

“Memang saya suka
menerapkan mentaliti juara kepada pemain tapi saya mengingatkan semua
pemain saingan liga masih awal. Kita tidak boleh mengambil mudah
kemampuan lawan kerana semua pasukan kini mahu meleburkan rekod bersih
Harimau Muda,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Bagi
Kim Swee, kemenangan ke atas juara liga lapan kali SAF itu paling
menggembirakan kerana pasukannya kini dihimpit kecederaan pemain.

“Saya hanya membawa 16 pemain ke Singapura bagi perlawanan itu dan
nyata pemain seperti Shahrul Saad dan Mohd Azizan Nordin beraksi baik
untuk mengambil tempat Mahali Jasuli dan Mohd Irfan Fazail yang cedera.

“Kemenangan
ke atas SAF ini memberikan isyarat yang kita berada di landasan tepat
bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 (bawah 22 tahun)
kerana saya menurunkan semua pemain bawah 21 tahun. Jika anda lihat, SAF
bukannya calang-calang pasukan kerana mereka mempunyai empat pemain
import berkualiti serta dua pemain naturalisasi,” katanya.

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri muncul wira Harimau
Muda apabila meledak gol kemenangan tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Sebelum itu, kedudukan terikat 1-1 apabila pemain sayap Harimau Muda,
Wan Zack Haikal Wan Noor mencipta nama selaku penjaring di minit ke-69
sebelum pemain import, Shimpei Sakurada menyamakan kedudukan pada minit
ke-78.

Tugas Harimau Muda lebih mencabar apabila akan beraksi
dalam pertembungan pasukan teratas, menentang Brunei DPMM di gelanggang
lawan, Jumaat ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Fri Apr 20, 2012 3:53 am

Kami main untuk menang - Kim Swee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

MISI memburu tiga mata berharga menjadi keutamaan skuad Harimau Muda menjelang pertemuan menentang Balestier Khalsa dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Toa Payoh, Singapura malam ini.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, meskipun sedar dengan kekuatan pasukan lawan yang kini menghuni tangga kedua liga, beliau enggan pemain muda negara cepat berpuas hati dengan keputusan seri semata-mata.

Menurut beliau, aksi kompetitif seperti ini merupakan satu percubaan yang bagus buat anak-anak buahnya menimba pengalaman beraksi dalam liga di luar negara.

"Saya akui, nilai satu mata yang diperoleh di gelanggang lawan sama seperti seolah-olah mendapat tiga mata di gelanggang sendiri.

"Tetapi kami bermain untuk menang. Semangat untuk menang tidak kira di tempat sendiri mahupun lawan amat penting buat kami mengekalkan persefahaman sebagai satu pasukan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Setelah mengharungi lapan perlawanan setakat ini, skuad Harimau Muda yang mengutip 17 mata kini ketinggalan satu mata di belakang Balestier Khalsa yang begitupun beraksi lebih satu perlawanan.

Selepas ini, skuad Kim Swee sekali lagi bakal beraksi di gelanggang lawan apabila berdepan Geylang United FC di Stadium Jalan Besar pada 3 Mei depan sebelum melayan kunjungan Tampines Rovers di Stadium Yishun, 10 hari selepas itu.

Kim Swee memberitahu, beliau juga gembira dengan kepulangan semula kapten, Mahali Jasuli yang kembali dalam skuad selepas pulih daripada kecederaan setelah beraksi pada 20 minit terakhir ketika menewaskan Woodlands Wellington 2-1, Ahad lepas.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Sat Jun 30, 2012 11:08 am

Misi kutip tiga mata berharga


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


WAN ZACK (kiri) dijangka kembali memperkuat Harimau Muda ketika menentang Vietnam di Stadium Aung San, Yangon hari ini.




“KAMI wajib menang.” Demikian reaksi awal pengendali Harimau Muda,
Ong Kim Swee ketika ditanya mengenai aksi menentang Vietnam pada kempen
kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) di Stadium Aung San, Yangon
hari ini.

Atas kertas, skuad kendalian Kim Swee masih berada pada landasan yang
betul bagi menempatkan diri secara automatik ke pusingan akhir Piala
AFC tahun depan.

Selepas mengharungi tiga perlawanan peringkat Kumpulan G, skuad
Harimau Muda berjaya merekodkan enam mata hasil dua kemenangan dan
sekali tewas.

Pada aksi pembukaan, Harimau Malaya tewas tipis 2-3 kepada pasukan
pilihan, Korea Selatan sebelum membelasah Filipina 7-0 dan menang 4-2 ke
atas Taiwan.

Justeru Kim Swee berharap anak-anak buahnya dapat meneruskan momentum
kemenangan menjelang pertemuan menentang Vietnam yang membenam Filipina
9-0 kelmarin.

“Peluang masih ada (untuk menduduki tempat kedua Kumpulan G) tetapi
terlebih dahulu, kami harus memberikan perhatian aksi menentang Vietnam,
seterusnya perlawanan dengan Myanmar.

“Saya tidak mahu memikirkan mengenai keputusan seri antara Korea
Selatan dan Myanmar, sebaliknya saya lebih berminat fokus pada aksi
Vietnam yang mana kami wajib.

“Vietnam merupakan sebuah pasukan yang baik, cukup pantas di bahagian serangan dan juga benteng pertahanan.

“Jadi, saya berharap kami dapat mencatatkan kemenangan yang ketiga
sebelum bersiap sedia pada aksi menentang Myanmar Sabtu ini,” kata Kim
Swee ketika dihubungi Kosmo! di Yangon semalam.

Beliau turut melahirkan perasaan bimbang terhadap tiga tonggak -
Irfan Fazail, Fandi Othman dan Shahrul Saad yang berkemungkinan
mengalami masalah keletihan kerana beraksi penuh dalam tiga perlawanan
lalu.

“Berdasarkan jadual perlawanan, kami hanya memiliki rehat selama
sehari yang mana saya perlu menilai tahap kecergasan setiap pemain.

“Fandi, Irfan dan Shahrul telah beraksi tiga perlawanan berturut-turut dan situasi itu pasti memberikan impak kepada mereka.

“Namun, saya berharap mereka dapat beraksi baik dan tidak ditimpa
sebarang kecederaan pada perlawanan menentang Vietnam nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mampu menghela nafas lega apabila pemain
sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor akan kembali beraksi selepas
digantung tiga perlawanan.

“Kehadiran Wan Zack sangat penting buat pasukan. Dia merupakan
seorang pemain yang berpengalaman, sekali gus dapat membantu rakan-rakan
sepasukannya,” ujar Kim Swee.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Park Deen on Tue Jul 17, 2012 4:58 am

Tidak mustahil (Kosmo)





ROZAIMI kini berada dalam radar jurulatih skuad harimau Muda, Ong Kim Swee.



"TIDAK mustahil tetapi bukan sekarang."Demikian respons pengendali
Harimau Muda, Ong Kim Swee mengenai kemungkinan penyerang muda Sabah,
Rozaimi Abdul Rahman menyertai skuadnya secara tetap selepas ini.

Membayangkan ia suatu perkara yang cukup positif, Kim Swee berharap
ia mampu dilaksanakan segera bagi membentuk persefahaman yang mantap
antara kesemua pemainnya menjelang mana-mana kejohanan utama.

Begitupun katanya, ia mungkin sukar dilaksanakan dalam tempoh
terdekat memandangkan Rozaimi, 20, masih terikat dengan kontrak bersama
Sabah.

"Saya menghormati kontrak antara Rozaimi dengan Sabah, jadi saya rasa
agak sukar menyerap masuk Rozaimi dalam skuad Harimau Muda dengan kadar
segera.

"Benda ini sebenarnya boleh dibawa berbincang. Sekiranya majikan
Rozaimi bersetuju melepaskannya, sudah tentu ia memberikan manfaat
kepada skuad muda negara.

"Lagi cepat lagi bagus, jadi saya harap mudah-mudahan ia dapat
dilaksanakan selewat-lewatnya sebelum saingan Liga Singapura (Liga S)
bermula musim depan," kata Kim Swee kepada Kosmo!.

Nama Rozaimi sebelum ini meniti di bibir bola sepak tempatan apabila
meledak 10 gol ketika membantu Harimau Muda menempuh kelayakan Piala AFC
Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar baru-baru ini.

Anak jati Bongawan yang bakal dipinjamkan ke Selangor bagi
mengharungi kempen Piala Malaysia itu juga dilihat turut menyinar
apabila membantu skuad Sukan Malaysia (Sukma) Sabah meraih emas pada
temasya kali ini.

Selain itu, Rozaimi juga bakal menjalani ujian pemilihan bersama
kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana selama seminggu sebaik
membantu Selangor selepas ini.

Selain Rozaimi, antara 'pemain luar' yang turut membantu skuad
Harimau Muda di Yangon tempoh hari ialah Ashri Chuchu (Sarawak), Ariff
Farhan Md Isa (Sekolah Sukan Bukit Jalil), Azrif Nasrul- haq Badrul
Hisham dan Aminuddin Mohd. Noor dari PKNS.

Untuk rekod, Harimau Muda yang kembali mengharungi saingan Liga S
selepas ditunjukkan jalan keluar pada kelayakan Piala AFC baru-baru ini
berjaya menewaskan Tanjong Pagar United dengan keputusan 2-0, Jumaat
lalu, sekali gus menduduki tangga kelima dengan 26 mata, kurang empat
mata di belakang pendahulu Liga S, Albirex Niigata yang begitupun
beraksi lebih dua perlawanan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: HARIMAU MUDA A B23

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum