Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sultan Ahmad Shah kecewa

View previous topic View next topic Go down

Sultan Ahmad Shah kecewa

Post by Park Deen on Fri Nov 23, 2012 4:29 am

Sultan Ahmad Shah kecewa(Kosmo)




PEMAIN negara gigih berlatih sebagai
persiapan terakhir menjelang kempen Piala Suzuki AFF yang membuka
tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah
kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya pada siri perlawanan
persahabatan.

Menurut baginda, prestasi tersebut agak membimbangkan menjelang Piala
Suzuki AFF 2012 yang membuka tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil,
Ahad ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, baginda
menyatakan kekecewaan itu ketika mengadakan pertemuan selama tiga jam
dengan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

“Semalam (kelmarin), Sultan Ahmad Shah berjumpa dengan skuad
kebangsaan dan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama pemain
serta turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi pemain yang
ditunjukkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Bagaimanapun, baginda masih yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan
di bawah ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal,” katanya ketika ditemui
pemberita pada majlis pengumuman Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai
penyiar rasmi Piala Suzuki AFF 2012 di Angkasapuri, Kuala Lumpur
semalam.

Pada aksi persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tumpas 0-1
kepada Vietnam, dikalahkan Thailand 2-0 dan masing-masing seri 1-1
ketika bertemu Hong Kong dan Bangladesh.

Hamidin percaya kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyaksikan skuad Harimau Malaya menjalani latihan dan memberikan
kata-kata semangat di padang Wisma FAM kelmarin juga akan mendorong
pemain menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu kelak.

Beliau juga berharap penyokong dan peminat bola sepak tempatan akan
terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada kejohanan kali
ini.

“Sudah tentu untuk meraih kejayaan, pasukan memerlukan sokongan
daripada penyokong. Saya berharap sokongan itu diberikan sehingga ke
perlawanan terakhir.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain, lebih-lebih lagi dengan peluang
bermain di tempat sendiri, ditambah dengan sokongan rakyat Malaysia,
tidak mustahil kita mampu merangkul kejuaraan,” katanya.

Malaysia yang merupakan juara bertahan akan membuka tirai perlawanan
Kumpulan B menentang Singapura, Ahad ini diikuti Laos (28 November)
sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum