Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Kumbang tarik diri

View previous topic View next topic Go down

Harimau Kumbang tarik diri

Post by Park Deen on Fri Nov 23, 2012 4:27 am

Harimau Kumbang tarik diri (Kosmo)





IMBAS... Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi 2011.




PULAU Pinang menarik diri daripada Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-72 yang akan membuka tirainya hari ini.

Keputusan skuad Harimau Kumbang itu menarik diri pada saat-saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dengan penarikan diri Pulau Pinang itu, jumlah pasukan yang bersaing
dalam Kumpulan C, kini hanya tinggal tiga pasukan iaitu Pahang selaku
tuan rumah dan juara bertahan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
Perak.

Kejohanan tahun ini menyaksikan empat negeri menjadi tuan rumah bagi
saing peringkat kumpulan dengan Kedah menjadi tuan rumah Kumpulan A,
Melaka (Kumpulan B) dan Terengganu (Kumpulan D).

Kumpulan A terdiri daripada Kedah, Kuala Lumpur, Johor dan Singapura
manakala Kumpulan B diisi oleh Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan
UiTM.

Kumpulan D pula merangkumi Terengganu, Kelantan, Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada aksi pembukaan hari ini, Johor bakal menentang Singapura di
Stadium Mini Jitra Kedah manakala Selangor akan menghadapi ancaman
Negeri Sembilan pada saingan peringkat Kumpulan B di Stadium Hang Tuah,
Melaka.

Pada saingan Kumpulan C pula, tuan rumah Pahang akan menentang ATM di
Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala saingan bagi Kumpulan D pula
menyaksikan Kelantan menghadapi cabaran Perlis di Kompleks Sukan Gong
Badak, Kuala Terengganu.

Final kejohanan tahun ini dijadualkan berlangsung pada 22 Disember depan dan venue masih belum diputuskan lagi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum