Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

MUHAMMAD MUSLIM AHMAD

View previous topic View next topic Go down

MUHAMMAD MUSLIM AHMAD

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:32 am

Muslim idam tiga trofi liga bola sepak tempatan

Oleh Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

“SAYA berhijrah ke Terengganu untuk menimba pengalaman beraksi dalam
kancah Piala AFC musim depan selain membantu negeri kelahiran saya dalam
saingan Liga M yang dianggap lebih mencabar terutama dengan kehadiran
bintang import,” kata tonggak skuad Harimau Muda, Mohammad Muslim Ahmad,
mengulas perpindahannya bersama skuad Penyu, musim depan.

Selain itu, pemain berasal dari Kampung Pasir Panjang, Kuala
Terengganu itu berkata, dia turut berhasrat untuk memiliki koleksi juara
Piala Malaysia, Piala FA dan juara Liga Super sesudah mengecapi
kejayaan dengan memenangi kejohanan Piala Suzuki AFF dan pingat emas
Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.

“Saya mengaku biarpun
sudah berjaya mencapai kejayaan di peringkat Asean seperti di Sukan Sea,
tiga trofi berprestij dalam bola sepak negara perlu dikecapi bagi
menambah kemanisan dalam pentas bola sepak yang saya ceburi sejak
berusia 10 tahun lagi,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: MUHAMMAD MUSLIM AHMAD

Post by Park Deen on Tue Mar 20, 2012 9:51 am

Muslim azam teruskan rekod cemerlang Penyu

Oleh Zainuddin Muhammad
sukan@hmetro.com.my

SELEPAS menang dua perlawanan sebagai ketua pasukan, Mohd Muslim
Ahmad berazam untuk meneruskan rekod cemerlang Terengganu apabila turun
menentang kelab Hong Kong, Kitchee dalam perlawanan Kumpulan F Piala AFC
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, hari ini.


Pemain pertahanan berusia 22 tahun yang diberi kepercayaan memakai
kain lengan kapten sejak ketiadaan Marzuki Yusof dan Mohd Sharbinee
Allawee Ramli berkata, amanah diberikan kepadanya untuk membimbing rakan
sepasukan akan disempurnakan sebaik mungkin.

“Sebagai ketua pasukan, saya bangga kerana kami berjaya menyingkirkan Perak dalam
saingan Piala FA sebelum menang besar ke atas Sabah dalam Liga Super
dan kini kami akan memastikan juara divisyen satu liga Hong Kong akan
pulang dengan tangan kosong.

“Kami tahu Kitchee bukan calang-calang lawan namun kami yakin
dengan semangat juang yang kami miliki walaupun terpaksa beraksi tanpa
beberapa tonggak utama,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar Piala
AFC di Kuala Terengganu, semalam.

Kata Muslim, kecederaan
lutut Marzuki yang memaksa bekas ketua pasukan dan pemain pertahanan itu
menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini menjadikan dia lebih
bertanggungjawab untuk memastikan benteng pasukan sentiasa kebal.

“Begitu juga dengan kehilangan penjaga gol utama, Mohd Sharbinee namun
kami tidak terlalu risau kerana Sharmiza Yusof adalah pengganti yang
berkebolehan,” katanya.

Pemain utama lain yang tidak dapat beraksi adalah penyerang Abdul
Hadi Yahya, pemain tengah Reshafiq Alwi dan pertahanan Muhaimin Omar.

Menurut jurulatih Mat Zan Mat Aris, pemain di bangku simpanan
pasukannya berkeupayaan untuk memberi saingan kepada Kitchee yang
dianggap sebagai pilihan selepas menewaskan kelab Singapura, Tampines
Rovers 3-1 dalam perlawanan pembukaan pertandingan.

Sementara itu, ketua jurulatih Kitchee, Josep Gombau mengharapkan mendung ataupun hujan turun sebelum perlawanan bermula.

Kata jurulatih berbangsa Sepanyol itu, sukar buat pemainnya untuk
menyesuaikan diri dengan suhu melebihi 30 Selsius di Kuala Terengganu
kerana cuaca di Hong Kong pada masa ini sederhana panas dengan suhu
antara 17 hingga 20 Selsius di waktu siang.

“Persiapan kami
juga agak terganggu kerana padang yang disediakan tidak sempurna dan
tindakan kami berlatih di padang hoki semalam (kelmarin) juga tidak
menjadi kerana kami tidak mempunyai kasut yang sesuai untuk padang
hoki,” katanya.

Bagaimanapun, Gombau berkata semua itu
tidak melemahkan semangat pasukannya untuk meraih kemenangan kedua
mereka dalam saingan Piala AFC kerana pemainnya mampu beraksi dalam apa
jua keadaan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum