Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Iqram hilang trauma

View previous topic View next topic Go down

Iqram hilang trauma

Post by Park Deen on Sun Nov 18, 2012 10:59 am

Iqram hilang trauma (Kosmo)





IQRAM kini kembali aktif berlakon setelah beberapa bulan berkira-kira hendak kembali ke lokasi.



TERSELAMAT daripada terlibat sama dengan kemalangan yang menimpa kru
Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) pada awal November ini, pelakon dan
pengacara Iqram Dinzly, 31, mendapat iktibar yang cukup besar.

Segalanya nampak mudah tetapi jika dimuhasabah secara dalam, dia melihat satu keajaiban depan mata.

"Semasa turun dan melihat van yang terbalik itu saya jadi sebak.
Bukan sahaja sebak kerana menyaksikan kawan-kawan yang cedera parah,
tetapi sebak kerana membayangkan saya sendiri sepatutnya berada dalam
van berkenaan," katanya menceritakan kelewatan telah menyelamatkan
nyawanya baru-baru ini.

"Kalau hendak diceritakan, mungkin orang tidak akan percaya. Tapi
saya sendiri pelik, pagi itu saya terbangun lambat, kira-kira pukul 6.30
pagi. Kalau fikir hendak cepat, boleh sahaja saya 'lepaskan' solat
Subuh, tapi saya buat juga. Hendak dijadikan cerita, saya terlupa doa
qunut, jadi saya ulangi semula solat pagi itu. Apabila selesai, barulah
mulakan perjalanan ke TV3 kerana orang yang sepatutnya menjemput saya
tidak dapat dihubungi. Tak sangka, itu yang terjadi," katanya masih
bersisa sebak di dada.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum