Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Izzue malu minta duit ibu

View previous topic View next topic Go down

Izzue malu minta duit ibu

Post by Park Deen on Sun Nov 18, 2012 10:55 am

Izzue malu minta duit ibu (Kosmo)









ANAK muda ini sama juga dengan anak-anak muda yang lain. Dia memegang
cita-cita dan impian untuk melakukan perubahan dan berjaya dengan
transformasi yang diingini.

Izzue Islam atau nama berdaftarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan ini
dahulunya seorang pemuda yang penuh dengan angan-angan. Kotak impiannya
berisi visual dia menjadi seorang berjaya dan bekerjaya.

Namun dia bukan hanya sekadar duduk dan menjadi mat jenin. Lebih
daripada itu dia membawa tulang empat keratnya ke kota raya bagi
merealisasikan kehendak dan kemampuan dirinya.

Belajar erti hidup

"Saya datang sebatang kara ke Kuala Lumpur untuk mencari sebuah
kehidupan baharu," ujar Izzue dan terus penulis terbayangkan lagu Malek
Ridzwan dengan bait aku datang dari desa dengan sebatang kara.

Bukan dicabar sesiapa untuk mengubah nasib diri, bukan juga atas
ajakan teman-teman dia ke kota. Cita-citanya satu digenggam erat untuk
mengubah nasib dirinya.

"Sampai di Kuala Lumpur saya cuba pelbagai pekerjaan. Salah satunya
saya cuba uji bakat dan berjaya jadi pelakon tambahan dalam drama
Kampung Jaguh terbitan produksi Double Vision Sdn. Bhd.," buka simpulan
cerita awal hidupnya bergelar selebriti.

"Jujurnya saya memang mengimpikan kehidupan yang senang, stabil,
kukuh. Mimpi mahu beli aset dan tak harapkan orang lain," ujarnya yang
mencabar diri sendiri untuk memulakan sebuah hijrah dalam hidupnya.

"Saya mahu bantu keluarga. Saya tidak boleh hanya bergantung kepada
famili. Saya juga jadi malu minta duit daripada ibu. Jadi saya mulakan
gerakan perubahan diri saya dengan ke Kuala Lumpur," tambahnya yang mula
bergelar pelakon sejak tahun lalu.

Kini namanya boleh dilihat di poster-poster filem malah sudah
berderet di kredit barisan pelakon telefilem dan drama. Nama Izzue Islam
semakin meluas pengaruhnya. Dia melakukan sedikit demi sedikit, dengan
kudrat dan kemampuannya.

Penampilan sebagai Budi dalam 29 Februari dan kemunculan dalam filem
Hantu Kapcai baru-baru ini mendapat respons positif. Kepelbagaian watak
sudah semakin didalami Izzue dengan jalur hidup yang dilaluinya.

"Hidup dahulu dan kini banyak bezanya. Sekarang tidaklah sesenang
yang khalayak nampak tetapi mengalami perubahan yang baik daripada
dahulu. Saya ubah hidup saya seorang diri di Kuala Lumpur dan saya mahu
terus memberikan yang terbaik," ikrarnya apabila sudah meletakkan kedua
belah kakinya dalam padang seni.

"Emak juga terima apa sahaja pekerjaan saya sekarang. Dahulu dia
risaukan saya dengan kerja pelakon ekstra dengan gaji RM50 sehari atau
paling tinggi RM100. Dia tanya adakah saya dapat bertahan dengan gaji
sebegitu? Tapi mak tahu saya ada bakat. Pesannya, kalau mahu jadi artis,
jadi betul-betul dan itu yang saya pegang," tambah Izzue yang mengaku
suka kerja sekerat jalan sebelum bergelar artis.

"Dahulu memang suka kerja separuh jalan sebab cepat rasa tak selesa," ketawanya.

Abang rampas kekasih

"Alhamdulillah saya mendapat pujian hasil lakonan saya. Kata peminat,
lakonan saya berbeza dalam setiap filem pembabitan saya. Saya bersyukur
dengan pujian tetapi saya belum mencapai kepuasan. Mungkin tidak akan
pernah puas.

"Untuk diri saya, saya mahu gali lagi peluang dan ilmu. Kalau
sekarang 50 peratus penonton suka akan lakonan saya, saya mahu naik ke
90 peratus. Biar dengan cara perlahan-lahan," nekadnya dalam membawa
predikat artis dalam naik turun nafasnya kini.

Terbaharu dalam kesibukan bersama Forteen bersiap sedia menghadap
Anugerah Industri Muzik ke-19 sebagai pencalonan dan pembuat
persembahan, Izzue membahagikan waktu berada di lokasi drama bersiri
bertajuk Duri.

"Duri ialah sebuah drama adaptasi daripada novel tulisan Fauziah
Ashari. Saya membawakan watak Hazim yang terlibat dengan konflik cinta.
Orang yang dicintai akhirnya menjadi kakak ipar sendiri," ujarnya
tentang drama 15 episod yang bakal bersiaran di Astro Prima kelak.

Dia mengaku teruja dalam masa yang sama merasakan watak Hazim adalah
satu watak yang cukup berat untuknya. Perlu dalam keberadaan emosi
membuatkan dia berasa Hazim harus dilakari sebaik mungkin.

"Saya baca novel Duri dua kali. Saya sebenarnya bukan pembaca novel
tetapi untuk memahami jalan cerita, saya rasa ini persediaan yang perlu
saya lakukan. Saya mahu khalayak rasa apa yang Hazim rasakan seperti
mana yang mereka visualkan sewaktu membaca novel Duri," kata Izzue yang
mahu mendekati Hazim sedekat mungkin.



KEMBARA Izzue Islam ke Kuala Lumpur adalah dengan sebuah nekad.



Untuk tahun hadapan juga, jadual filem lakonannya sudah berbaris
panjang. Bermula dengan filem Ular arahan Yusry Abdul Halim, Izzue juga
sudah menjalankan tugasannya sebagai aktor melalui filem Hantu Tok
Mudim, Mat Tudung dan Chikaro serta Kami Histeria.

Bersama grup harmoninya yang turut digawangi Ariz, One dan Ameer,
Forteen sedang dalam perancangan menyiapkan single terbaharu yang bakal
keluar pada tahun hadapan.

Sebuah bukti bahawa mereka ini bergerak serius sebagai sebuah
kumpulan vokal ialah tersenarai dalam nominasi AIM dalam kategori
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu.

Cari wanita faham karier

Melihatkan jejaka yang lahir pada 2 Jun 1990 ini bergaya di depan lensa, tampak dia semakin selesa dan bijak memilih busana.

Untuk sesi fotografi kali ini pun dia bergaya santai. Berbaju corak
flora bertanah putih yang digayakan dengan seluar senteng dan sepatu
loafer. Menyangkut kaca mata hitam di celah butang, tampak santai dan
selesa.

"Saya sebenarnya tidak pandai berfesyen. Tetapi saya gemar menonton
filem dan melihat fesyen yang dikenakan. Saya juga belek majalah untuk
mengetahui fesyen terkini," jujur Izzue memberi komen tentang imejnya.

Akhir tanya, dia disuakan soalan sesuai untuk jiwa muda. Tentang soal
teman hidup dan wanita yang sesuai kehendaknya. Pasti ramai yang
bertanya sama ada hati Izzue bukan hanya bercorak bunga di baju tetapi
juga hatinya.

Ketawa dia menjawab: "Saya perlukan seseorang yang memahami karier
saya. Yang faham tentang jadual kerja saya yang tak menentu. Adakala
juga saya perlu ke luar kota dan lama di sana demi tuntutan kerja.
Wanita itu harus faham itu."

Apabila ditanyakan adakah sudah ada calon dalam hidupnya, dia
menjawab ringkas dalam tidak menjawab. "Insya-Allah, Insya-Allah," itu
sahaja diucapkan menutup cerita.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum