Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

KAFA terkejut kenyataan PBNJ

View previous topic View next topic Go down

KAFA terkejut kenyataan PBNJ

Post by Park Deen on Fri Nov 16, 2012 5:35 am

KAFA terkejut kenyataan PBNJ (Kosmo)



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terkejut dengan pengakuan
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menyediakan peruntukan
kepada penyerangnya, Norshahrul Idlan Tahala bagi menebus baki
kontraknya bersama The Red Warriors.

Perkara tersebut diluahkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa
melalui facebook miliknya semalam selepas PBNJ membuat kenyataan
menerusi berita yang di siarkan oleh stesen televisyen berbayar, Astro.

Annuar berkata, kenyataan itu menjadi satu pengakuan bahawa PBNJ cuba
mempengaruhi Mat Yo yang masih mempunyai kontrak untuk meninggalkan
Kelantan.

"Kenyataan ini adalah satu kesalahan besar yang mengundang tindakan terhadap PBNJ.

"Surat PBNJ untuk menebus kontrak Mat Yo sudah pun merupakan satu
kesalahan kerana tebus kontrak tidak boleh dibuat oleh orang ketiga,"
katanya.

Tambahnya, tindakan PBNJ ini tidak akan menyelesaikan kemelut Mat Yo
selain mendedahkan etika perpindahan pemain sudah dicerobohi.

Sebelum ini, Johor dilaporkan perlu membayar harga yang tinggi jika
mahu mendapatkan khidmat Mat Yo kerana majikannya KAFA meletakkan nilai
yang tinggi terhadap pemain tersebut.

Annuar berkata, kejayaan Mat Yo mengekalkan status Pemain Paling
Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan kali ketiga berturut-turut
sudah cukup untuk menggambarkan nilai sebenar penyerang Kelantan itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum