Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor ikat pemain Itali

View previous topic View next topic Go down

Johor ikat pemain Itali

Post by Park Deen on Fri Nov 16, 2012 5:34 am

Johor ikat pemain Itali (Kosmo)



Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my






IMPIAN skuad bola sepak Johor untuk merangkul kejuaraan sama ada
Piala Liga, Piala FA mahu pun Piala Malaysia dilihat semakin membara
apabila dikhabarkan bakal mengambil seorang lagi pemain bertaraf dunia,
Simone Del Nero (gambar) untuk memperkuatkan benteng pasukan Harimau
Selatan itu dalam saingan Liga Super musim depan.

Del Nero merupakan bekas pemain sayap kelab Seria A Itali, Lazio dan
pernah membantu pasukan itu memenangi Piala Itali pada musim 2008.

Pemain kelahiran Carrara, Itali itu memulakan kerjaya profesionalnya
sebagai pemain dengan kelab Empoli (1998-2000), Brescia (2000-2007) dan
pernah menyarung jersi Livingston secara pinjaman selama setahun bermula
tahun 2001 hingga 2002 dan sempat bersama kelab Palermo (2003).

Pencapaian terhebatnya ialah apabila berjaya membantu pasukan bawah
21 Itali tahun bergelar juara pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (UEFA)
tahun 2004 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Greece pada tahun
sama.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu tidak pernah dipanggil
untuk bermain dengan pasukan kebangsaan negara kelahirannya itu.

Usaha mendapatkan Del Nero disifatkan sebagai pertaruhan terbaik
pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas berjaya menambat
bekas pemain kelab La Liga Sepanyol, Getafe CF, Daniel Gonzales Guiza,
32, untuk bersama skuad Johor selama setahun.

Gandingan antara Del Nero dan Guiza disifatkan sebagai satu
percaturan paling bijak dan mantap dalam mengembalikan kegemilangan bola
sepak Johor.

Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim yang mengesahkan perkara itu berkata,
Del Nero akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura
pada pukul 2 petang ini.

"Sejurus selepas itu, satu sidang akhbar dan sambutan untuk meraikan
kedatangan Del Nero akan diadakan pada pukul 3 petang di Hotel Thistle.

"Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
dijadualkan turut hadir," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)
yang dihantar kepada Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Suhairi berkata, PBNJ akan mengadakan
mesyuarat khas Isnin ini yang akan dipengerusikan oleh Tengku Mahkota
Johor bagi membincangkan isu perpindahan penyerang sensasi Kelantan,
Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo ke pasukan itu musim depan.

"Kami seboleh-bolehnya enggan isu ini berpanjangan dan mahu mengelak
salah faham dengan mana-mana pihak, mesyuarat pada Isnin ini akan
memutuskan segalanya," tegasnya sambil menyatakan kesungguhan Johor
untuk mendapatkan khidmat Mat Yo.

Selain isu tersebut, beliau memberitahu, pihaknya juga akan
membincangkan hal-hal berbangkit lain seperti persediaan Harimau Selatan
menghadapi Liga Malaysia musim depan termasuk hal penjualan tiket.

Kosmo! sebelum ini melaporkan KAFA membayangkan kesediaan untuk
melepaskan penyerang Mat Yo jika tawaran yang diberikan oleh mana-mana
pasukan berbaloi dengan nilainya.

Annuar melalui laman Facebook miliknya baru-baru ini berkata,
perpindahan Mat Yo ke Johor hendaklah mengikut terma tertentu seperti
mana yang telah disampaikan kepada pihak pengurusan PBNJ.

Menurutnya, PBNJ diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tawaran yang dikemukakan oleh KAFA.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum