Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

IZZAQ FARIS RAMLAN

View previous topic View next topic Go down

IZZAQ FARIS RAMLAN

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:22 am

Izzaq berehat 7 bulan

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

SELEPAS terlepas peluang beraksi di pentas final Sukan Sea Indonesia
bulan lalu, penyerang muda negara, Izzaq Faris Ramlan terus dirundung
malang apabila terpaksa berehat tujuh bulan akibat kecederaan anterior
cruciate ligament (ACL) lutut kiri.

Pemain berusia 21 tahun itu selamat menjalani pembedahan di Hospital
Pantai Ampang, Isnin lalu selepas mengalami kecederaan akibat dikasari
pemain Myanmar pada perlawanan separuh akhir Sukan Sea yang menyaksikan
skuad Bawah 23 negara menang 1-0.

Bagaimanapun kecederaan
paling teruk pernah dialaminya itu tidak sesekali melunturkan semangat
Izzaq yang bertekad bangkit untuk menempatkan diri dalam skuad Harimau
Muda A.

“Ini kali pertama saya terpaksa menjalani pembedahan akibat
kecederaan. Selepas ini saya terpaksa berehat tujuh bulan sebelum boleh
berlatih semula. Terpaksalah saya menjadi penonton di luar padang saja,
pasti saya akan rindu untuk bermain,” katanya yang pulang ke kampungnya
di Kemaman, Terengganu sebaik dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Izzaq kembali mendapat perhatian selepas menjaringkan gol kemenangan ketika
Malaysia mengalahkan Thailand 2-1 yang mencetuskan kebangkitan skuad
kendalian Ong Kim Swee ketika peringkat kumpulan Sukan Sea Indonesia.

Bagaimanapun pemain yang memiliki ketinggian 190sm itu terpaksa diketepikan pada
final ketika skuad negara berjaya mempertahankan pingat emas dengan
mengalahkan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas
kedudukan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Katanya, dia amat kecewa kerana tidak dapat beraksi pada final di
Stadium Gelora Bung Karno itu selain gagal membantu rakan sepasukan
ketika tewas 2-0 kepada Syria dan 3-2 Bahrain pada aksi pusingan
kelayakan Sukan Olimpik London.

“Saya ditolak pemain Myanmar
yang menyebabkan saya terjatuh dan lutut kiri terkehel. Saya tak sangka
kecederaan begitu serius sehingga tidak dapat bermain pada final
menentang Indonesia. Saya kecewa,” kata Izzaq.

Tempoh rehat tujuh bulan itu bermakna dia terpaksa diketepikan
daripada program skuad Olimpik ke Sydney Australia bermula 10 Disember
ini, pusingan kedua kelayakan Olimpik dan juga aksi Harimau Muda A dalam
Liga Singapura musim depan.

“Saya hanya akan bercuti di sini
(Kemaman) selama seminggu dan kemudian akan menjalani rawatan di FAM.
Saya harap akan kembali sembuh dan dapat beraksi semula dengan segera,”
katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum