Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor

View previous topic View next topic Go down

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor

Post by Park Deen on Fri Nov 16, 2012 5:29 am

Sharbinee tekad julang reputasi Selangor (Kosmo)





PEMAIN Selangor gigih memulakan latihan mereka di Padang SUK Shah Alam semalam.




BIARPUN masih terlalu awal untuk membicarakan tentang saingan Liga
Malaysia (Liga M) tetapi dua pemain baharu Selangor, Mohd. Sharbinee
Allawee Ramli dan Mohamad Afiq Azmi sudah tidak sabar untuk beraksi
dengan Selangor.

Sharbinee merupakan bekas anak didik jurulatih Selangor, Irfan Bakti
Abu Salim ketika membimbing Terengganu pada musim lalu dan dia sudah
tidak sangsi dengan kebolehan Irfan dalam usaha untuk mengembalikan
prestasinya pada musim depan.

Bekas penjaga gol Terengganu itu yakin dia mampu menyesuaikan diri
dengan pasukan juara 32 kali Piala Malaysia itu selain berazam untuk
membantu Selangor meraih trofi pada musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu menambah, dia sudah bersedia untuk
mempamerkan aksi cemerlang sebagai usaha untuk kembali menyarung jersi
skuad kebangsaan.

"Ia merupakan pengalaman baharu bagi saya memandangkan ini pertama kali saya beraksi di luar Terengganu.

"Sejujurnya, saya mahu melupakan kekecewaan lalu.

"Saya harap dapat meraih kejayaan lebih bermakna bersama Selangor
pada musim depan dan kembali mengemudi gawang skuad negara," katanya
kepada pemberita selepas sesi latihan skuad Selangor di Padang SUK Shah
Alam, semalam.

Sementara itu, rakan sepasukan Sharbinee, Afiq yang turut berkongsi
pendapat dengan bekas penjaga gol kebangsaan itu, berazam untuk
mengulangi pencapaian cemerlang pada musim depan.

Bekas pemain pinjaman Kelantan itu mengakui, dia mensasarkan misi
peribadi untuk meledak sekurang-kurang 10 gol bersama Selangor musim
depan.

Ditanya mengenai pemilihan Selangor berbanding Kelantan, penyerang
tinggi lampai itu mengakui dia masih belum bersedia untuk meninggalkan
Lembah Klang.

"Saya masih mahu beraksi bersama pasukan di Lembah Klang. Saya
percaya dengan keputusan menyertai Selangor ini adalah satu keputusan
tepat bagi mengembangkan karier saya."
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum