Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

NorShahrul Idhlan Talaha

View previous topic View next topic Go down

NorShahrul Idhlan Talaha

Post by Park Deen on Thu Dec 01, 2011 7:13 am

Norshahrul tak ikut jejak Safee
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam.

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat
mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke
Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi
bersama kelab Liga Super negara jiran itu.


Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling
Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam
menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih
berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula
berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih
berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.

“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik
berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau
hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di
Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.
Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo
mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga
Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.
Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan
anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan
sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang
pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi
banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan
yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun
lalu.
Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul
mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat
domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.

Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan
Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul
pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.
“Saya
berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan
sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik
kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: NorShahrul Idhlan Talaha

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 2:57 pm

Mat Yo kena serasi cara Butler

Oleh: ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


NORSHAHRUL Idlan Talaha (kanan) pada pembukaan kedai ke-100 Al-Ikhsan di Kuala Lumpur, kelmarin.




KUALA LUMPUR - Penyerang negara, Norshahrul Idlan
Talaha memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan menjelang Liga
Malaysia 2012, bulan depan bagi menyesuaikan diri dengan formasi baru
4-3-3 yang diterapkan oleh jurulatih baru Kelantan, Peter James Butler.

Berbeza formasi 4-4-2 kegemaran Datuk M. Karathu musim lalu,
penyerang yang turut digelar Mat Yo itu bakal lebih kerap bertindak
sebagai penyerang tengah sambil diapit dua tonggak import baru Wira
Merah apabila tirai musim 2012 disingkap dengan Piala Sultan Ahmad Shah,
7 Januari ini.

"Saya baru mencuba formasi baru dengan jurulatih baru ini dalam
perlawanan pra-musim Liga M ketika kami menewaskan T-Team 2-0 di Kota
Bharu, baru-baru ini dan sejauh mana keberkesanannya, hanya dapat
diketahui jika digunakan dalam lebih banyak perlawanan," katanya.

Norshahrul bakal diletakkan dalam serangan serampang tiga itu dengan
penyerang kiri dari Lebanon, Mohammed Mahmoud Ghaddar dan Danny Antwi
dari Ghana di sebelah kanannya, terutama bagi mempertahankan gelaran
Liga Super Si Kijang mulai 10 Januari ini.

Mat Yo yang membentuk gandingan serangan juara Piala Suzuki Malaysia
2010 dengan Safee Sali, ditemui pada majlis pembukaan kedai ke-100
Al-Ikhsan di BB Plaza kelmarin oleh Pengerusi syarikat pengedar pakaian
sukan itu, Siti Maryam Mahmud.

Katanya, Mohammed yang didapati kurang fasih berbahasa Inggeris juga
agak mengekang usahanya untuk lebih cepat membentuk keserasian gandingan
dengan pemain itu yang hanya tahu berbahasa Arab.

"Bagaimanapun kami akan terus mencuba memupuk persefahaman itu
menerusi bahasa pergerakan tubuhapabila bermain secara timbal balik
dengan juara Liga Prima Indonesia, Persebaya pada 23 dan 28 Disember ini
di Kota Bharu dan Surabaya (merebut Piala Yayasan Persahabatan
Malaysia-Indonesia).

Mengenai kehadiran Lions XII selain keistimewaan pasukan jemputan
Singapura itu yang dijamin kekal dalam Liga Super hingga 2016 walau apa
pun kedudukan akhirnya, kata Mat Yo, "Mereka mungkin lebih dapat membaca
corak permainan kita menerusi pendedahan dengan lebih banyak pasukan
tempatan kita.

"Namun saya percaya, aksi tonggak mereka yang ada di antaranya yang
mewakili pasukan kebangsaan Singapura, juga dapat dikutip dan
dimanfaatkan pemain kita apabila ada perlawanan antarabangsa dengan
mereka," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: NorShahrul Idhlan Talaha

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:08 am

'Bukan RM1 juta’' (berita Harian)

2012/11/04 - 04:28:04 AM Oleh Zainuddin Muhammad Cetak
Emel Kawan


KAFA tegaskan nilai sebenar tebus kontrak Mat Yo bukan hanya gaji tapi turut babit tajaan dan kos lain

Kuala
Terengganu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menegaskan tidak
pernah meletakkan tanda harga RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak
Negeri Johor (PBNJ) bagi menebus kontrak penyerang sensasi, Norshahrul
Idlan Talaha (kanan) atau Mat Yo.

Masih misteri
Kami tidak pernah meletakkan jumlah RM1 juta atau apa saja harga kepada mana-mana pasukan termasuk Johor," Datuk Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA

Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, berkata jumlah
sebenarnya masih misteri dan pihaknya tidak tahu bagaimana nilai RM1
juta itu boleh tersebar luas di media.


Rosmadi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, berkata KAFA juga
belum memutuskan sama ada melepaskan atau menyimpan penyerang kelahiran
Besut, Terengganu, yang baru dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan
Pemain Terbaik Liga Malaysia (Liga M) buat kali ketiga berturut-turut.

“Laporan berita asyik menyebut jumlah RM1 juta yang perlu dibayar kepada
Kelantan sekiranya mahu menebus balik kontrak Mat Yo yang masih berbaki
lebih setahun.

“Namun, kami tidak pernah meletakkan jumlah RM1 juta atau apa saja
harga kepada mana-mana pasukan termasuk Johor,” katanya ketika
dihubungi di Kota Bharu, semalam.

Kata Rosmadi, KAFA cuma
bersetuju melantik peguam supaya dapat meneliti kontrak Norshahrul dan
melihat sekiranya ada peluang kepada penyerang itu membeli balik
kontraknya sekiranya dia mahu meninggalkan The Red Warriors lebih awal.

Beliau mengakui terdapat perbincangan awal antara Setiausaha Agung
KAFA, Azman Ibrahim, dengan rakan sejawatannya di Johor sebelum ini
mengenai peluang penyerang berusia 26 tahun itu meninggalkan Kelantan.

"Namun, itu cuma perbincangan antara dua setiausaha persatuan negeri
dan KAFA sudah pun menolak tawaran PBNJ mendapatkan Mat Yo.

"Bagaimanapun, PBNJ mahu meneruskan usaha mereka, kami bersetuju untuk
meneliti kembali kontrak Mat Yo dan peguam kami sekarang sedang
memastikan yang terdapat klausa yang membenarkan pemain itu menebus
kembali kontraknya," katanya.

Kata Rosmadi, pembelian balik
kontrak bukan saja tertumpu kepada jumlah gaji yang diterima pemain
kerana apa juga bentuk penajaan yang diterima pemain itu sepanjang
bersama Kelantan perlu juga diambil kira.

"Begitu juga dengan
'opportunity cost' (kerugian peluang) yang perlu ditanggung oleh kami
sekiranya Mat Yo mahu meninggalkan kami setahun lebih awal dan semua itu
perlu diambil kira dalam proses penebusan kontraknya nanti.

"Namun, kita mempunyai banyak masa lagi kerana tarikh akhir pendaftaran
pemain untuk liga musim depan masih berbaki lebih sebulan lagi dan apa
saja boleh berlaku sepanjang tempoh itu," katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: NorShahrul Idhlan Talaha

Post by Park Deen on Tue Nov 06, 2012 9:34 am

Mat Yo boleh tebus kontrak (Harian Metro)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


HAMPIR PASTI...peluang Norshahrul (kanan) serta Johor makin cerah.

HASRAT penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk
meninggalkan Kelantan bagi menyertai Johor pada musim depan semakin
menjadi kenyataan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menjelaskan kontrak
pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara sebelah pihak, sama
ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang tertera dalam
Kontrak Pemain Bola Sepak.

Badan induk bola sepak negara
itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, mengikut Perkara 8.5 dan 8.6
kontrak terbabit, perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pihak yang
membatalkan kontrak hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai
kontrak kepada pihak kedua.

“Pemain boleh memohon menamatkan kontrak secara sebelah pihak dan
pasukan berhak mendapat ganti rugi menyeluruh baki nilai kontrak itu.
Contohnya, jika jumlah baki kontrak adalah 12 bulan dan jumlah gaji
pemain RM10,000 sebulan, pasukan berhak mendapat ganti rugi RM120,000,”
menurut kenyataan itu.

Begitu juga sebaliknya, jika pasukan
yang menamatkan kontrak secara sebelah pihak, pemain berhak mendapat
gaji atau lain-lain bayaran imbuhan daripada seluruh baki nilai kontrak
berkenaan dan pemain itu dibebaskan daripada semua aspek pentadbiran
berkaitan kontrak berkenaan.

Andai berlaku pertikaian antara
pemain dan pasukan asal, ia akan diselesaikan menerusi Jawatankuasa
Status dan Pemindahan Pemain FAM, mengikut Peraturan Status dan
Pemindahan Pemain FAM, Artikel 21, sekiranya kes terbabit dilaporkan
kepada FAM

Norshahrul yang kini bersama skuad negara di Thailand membantu
Kelantan menjulang tiga piala musim ini, sebelum ini menyuarakan hasrat
meninggalkan The Red Warriors walaupun masih mempunyai baki kontrak
setahun.

Selain bayaran terbabit, kenyataan FAM itu turut
menyebut tiada peruntukan lain untuk mana-mana pihak membuat sebarang
tuntutan tambahan.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran pemain yang masih mempunyai
kontrak dengan pasukan asal perlu dirujuk kepada Peraturan Status dan
Pemindahan Pemain, FAM, Artikel 18.

“Pasukan baru yang
berhasrat menandatangani kontrak dengan pemain pasukan asal, hendaklah
terlebih dulu memaklumkan kepada pasukan asal dalam tempoh antara tiga
hingga enam bulan sebelum kontrak tamat. Jika pasukan asal setuju,
rundingan pasukan baru dan pemain pasukan asal boleh diadakan dan
sebaliknya, jika tidak bersetuju.

“Namun jika pasukan asal
masih tidak mengeluarkan notis melanjutkan kontrak kepada pemain dalam
masa dua bulan sebelum kontrak tamat, pemain boleh berunding dan
memasuki kontrak dengan pasukan baru tanpa mendapat kebenaran daripada
pasukan asal.”
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: NorShahrul Idhlan Talaha

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum