Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Lana kisah jika kena bogel

View previous topic View next topic Go down

Lana kisah jika kena bogel

Post by Park Deen on Wed Nov 14, 2012 10:48 am

Lana kisah jika kena bogel (kOSMO)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


BABAK dalam filem Pontianak vs Orang
Minyak yang memerlukan Lana mendedahkan lurah payudaranya kerana
mengikut kehendak jalan cerita tersebut.




PELAKON kontroversi, Lana Nodin yang pernah mendapat jolokan Pamelan
Anderaon Malaysia dan pernah didakwa menjalani pembedahan membesarkan
payudara, nampaknya tidak habis-habis lagi dengan isu seumpama itu.

Terbaharu, Lana dikatakan tidak kisah membawa watak yang dikatakan
mengeksploitasi tubuh badannya apabila payudaranya dijadikan bahan
jenaka dan memakai baju yang menampakkan lurah dada dalam filem
terbaharu arahan Afdlin Shauki bertajuk Pontianak vs Orang Minyak yang
bakal ditayangkan hujung bulan ini.

Namun, dia mendakwa kenyatannya berhubung perkara itu telah disalah
ertikan oleh sebuah portal hiburan tempatan dengan menyatakan dia tidak
kisah tubuh badannya dieksploitasi.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Gol dan Gincu tersebut
menerangkan perkara sebenar yang diperkatakan olehnya ketika terlibat
dalam filem itu selepas ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2012 yang
berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC), Kuala Lumpur, Jumaat
lalu.

Lana turut menjelaskan hubungannya dengan seorang model lelaki
kelahiran Republik Czech seperti yang pernah tersiar dalam kolum gosip
baru-baru ini.

Kosmo!: Adakah benar Lana rela menjadikan payudara anda sebagai
‘bahan pelaris’ dan tontonan umum dalam filem Pontianak vs Orang Minyak
yang bakal ditayangkan hujung bulan ini?

LANA: Saya rasa isu ini tidak timbul sebab Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional Malaysia (Finas) benarkan semua babak yang melibatkan saya,
jadi tiada apa-apa masalah.

Apakah yang ingin anda jelaskan soal isu ini?

Sebenarnya kostum watak saya dipilih Afdlin setelah perbincangan
dibuat. Saya setuju ia dipilih oleh beliau memandangkan Afdlin orang
lama dalam bidang ini dan berpengalaman.

Bagaimanakah pula dengan laporan anda rela dieksploitasi terutama
untuk mendedahkan payudara asalkan dapat terbabit dalam filem tersebut?

Bukan saya tidak kisah atau rela perkara itu berlaku. Sebenarnya, apa
yang saya cakap telah disalah erti oleh penulis. Tajuk berita itu tidak
kena dengan apa yang saya cakap. Gambarannya seperti saya kalau dapat
watak bogel pun saya okey. Realitinya, itu tidak betul.

Jadi apakah sebenarnya yang anda cakap? Jika anda tak cakap, bagaimana laporan tersebut boleh ditulis sedemikian?

Saya cakap saya bukan tidak kisah, tetapi sebagai seorang pelakon
saya kena jiwai watak. Jadi untuk filem tersebut, soal pakaian saya
serahkan kepada pengarah dan produksi sebab saya percaya mereka.

Kenapakah anda terima watak itu?

Saya tak pernah dapat watak komedi, sebagai seorang pelakon saya kena cuba macam-macam watak yang ditawarkan.

Bagaimanakah pula mengenai hubungan anda dengan seorang model luar
negara seperti yang tersiar dalam blog dan ruangan gosip baru-baru ini?

Kami tengah mengenali hati budi masing-masing, dia bukan Islam, jadi
saya bagi masa dia kenal Islam dan Melayu. Saya tidak paksa dia apa-apa.

Adakah itu bermakna lelaki itu teman lelaki anda?

Entah, rahsia. Selagi saya tidak tanda tangan surat jadi suami isteri, saya masih berstatus solo.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum