Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Azman letak jawatan, Mat Yo dilepaskan

Go down

Azman letak jawatan, Mat Yo dilepaskan

Post by Park Deen on Wed Nov 14, 2012 10:26 am

Azman letak jawatan, Mat Yo dilepaskan (KOSMO)





TIGA PIALA... (Dari kiri) Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Liga Super yang berjaya disapu bersih oleh Kelantan musim ini.




DESAS-DESUS mengatakan Azman Ibrahim akan berundur sebagai pengurus pasukan The Red Warriors pada musim depan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan peletakan jawatannya itu.

Azman yang menjadi pengurus pasukan bola sepak Kelantan sejak 2005
berkata, ia masa yang tepat untuk beliau berundur selepas Kelantan
berjaya menggondol kejayaan trebel dengan menyapu bersih ketiga-tiga
piala dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini
walaupun Kelantan pada suatu ketika dahulu pernah bermain di Liga FAM.

"Saya ambil alih pasukan ini daripada Datuk Ahmad Jazlan Yaacob
(ketika itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan) pada 2005 apabila
Kelantan jatuh ke Liga FAM yang mana tidak ramai yang berminat untuk
menguruskan pasukan ini dan kembali ke Liga Perdana pada tahun
berikutnya.

"Saya bersyukur dapat bersama Kelantan dalam saat kegemilangan dan harap The Red Warriors lebih berjaya pada masa hadapan.

"Saya percaya Bojan (Hodak) boleh melakukan tugas sebagai pengurus
walaupun pada masa yang sama menjadi jurulatih," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkaitan perarakan tiga piala
itu di Kota Bharu semalam.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya
dipetik sebagai berkata, KAFA membuat keputusan untuk melantik Bojan
Hodak sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan selepas Azman yang
juga Setiausaha Agung persatuan tersebut memohon untuk tidak menjadi
pengurus pasukan pada musim 2013.

Bagaimanapun, Azman masih kekal sebagai Setiausaha Agung KAFA.

Ketika ditanya sebab-sebab pengunduran beliau daripada pengurusan
pasukan, Azman berkata, beliau ingin memberikan peluang kepada orang
baharu supaya Kelantan dapat diuruskan dengan lebih baik.

"(Pengunduran) ini telah lama saya fikirkan tetapi seboleh-bolehnya
saya pun nak beri peluang kepada orang lain kerana bila terlampau lama
akan banyak perkara yang boleh berlaku.

"Usia saya pun sudah meningkat. Dari segi tekanan dan beban kerja,
saya rasa saya harus lepaskan secara beransur-ansur," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail berkata,
penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali sebagai
Mat Yo akan dilepaskan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
jika persatuan itu bersetuju dengan syarat-syarat KAFA.

"Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk menyerahkan urusan
pemindahan Mat Yo (Norshahrul) kepada Tan Sri (Annuar Musa). Beliau akan
guna budi bicara dan pandangan dia dalam menentukan kedudukan Mat Yo.

"Selain itu, kita telah menghantar surat tawaran kepada PBNJ dan
terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada setuju atau
tidak dengan tawaran yang kita tetapkan," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan syarat-syarat tersebut.

Perpindahan Mat Yo, pemain paling bernilai untuk tiga tahun
berturut-turut itu, mencipta polemik apabila timbul khabar angin
mengatakan PBNJ sanggup membayar yuran perpindahan sebanyak RM1 juta
kepada KAFA bagi membolehkan Mat Yo beraksi bersama pasukan Johor pada
musim depan.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata, KAFA akan mengadakan Majlis
Perarakan Tiga Piala pada 20 November ini bagi menghargai penyokong
yang sentiasa memberi sokongan kepada The Red Warriors sehingga berjaya menyapu bersih ketiga-tiga piala pada musim ini.

Rosmadi berkata, perarakan itu akan bermula pada pukul 10.30 malam di
pekarangan Hotel Renaissance selepas santapan malam bersama Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad V, selain turut mempersembahkan ketiga-tiga
piala tersebut kepada baginda di hotel itu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum