Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Butler sah terajui T-Team

Go down

Butler sah terajui T-Team

Post by Park Deen on Wed Nov 14, 2012 10:24 am

Butler sah terajui T-Team (Kosmo)



Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


BUTLER diberi tanggungjawab menjadi pengurus dan jurulatih T-Team.




BEKAS pengendali Terengganu, Peter James Butler akan menandatangani
kontrak sebagai pengurus dan jurulatih baharu pasukan berstatus kelab,
T-Team dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat
berkata, pihak pengurusan T-Team dan Butler telah mencapai persetujuan
selepas pengendali dari England itu dilepaskan Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBSNT).

"Dia (Butler) akan menandatangani kontrak selaku jurulatih dan pengurus T-Team dalam masa terdekat.

"Dia dilihat pilihan terbaik dan kami merasakan dia mampu menerajui
pasukan ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam menyemai disiplin
dalam kalangan pemain," katanya.

Rozi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk memantau
pasukan T-Team dan Terengganu pada musim depan menambah, T-Team sudah
lama ingin mendapatkan khidmat Butler sejak musim lalu lagi memandangkan
beliau mempunyai rekod baik sebagai jurulatih.

Katanya, kaedah latihan dan cara Butler mendisiplinkan pemain akan
memberi manfaat kepada skuad T-Team, sekali gus meningkatkan prestasi
pasukan pada musim depan.

"T-Team sebenarnya mahukan khidmat Butler pada musim lalu tetapi Terengganu bertindak lebih awal untuk mendapat khidmatnya.

"Justeru, apabila semua masalah berhubung Butler dan PBSNT telah
diselesaikan, T-Team tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan
khidmatnya," kata Rozi.

Beliau menambah, dengan pelantikan sebagai pengurus dan jurulatih, Butler akan diberi kebebasan untuk memilih pemain.

Katanya, sesi latihan pasukan T-Team akan bermula pada 16 November
ini selepas Butler menandatangani kontrak dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, T-Team juga sedang mengadakan
perbincangan dengan pemain dari Ghana iaitu George dan Derek Boateng.

"Kalau semua berjalan dengan lancar, kami akan memperkenalkan pemain-pemain import baharu ini minggu depan," katanya.

Rozi menjelaskan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3
juta untuk kedua-dua pasukan (T-Team dan Terengganu) pada musim depan.
Ia dijangka akan ditambah mengikut prestasi pasukan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum