Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR

View previous topic View next topic Go down

WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR

Post by Park Deen on Mon Nov 28, 2011 10:44 am

Wan Zack idam Pemain Harapan Terbaik

PENYERANG muda negara, Wan Zack Haikal Wan Noor mahu memenangi
anugerah Pemain Harapan Terbaik untuk mengubat kekecewaan tidak
disenaraikan pada saingan Sukan Sea, awal bulan ini.

Pemain berusia 20 tahun itu terpaksa digugurkan dalam skuad bawah
23 tahun negara yang memenangi pingat emas berikutan masalah kecederaan
buku lali.

“Memang amat sedih digugurkan dalam skuad Sukan
Sea. Saya berusaha bersungguh-sungguh dengan harapan dapat mengikut
rakan sepasukan ke Jakarta tetapi saya tidak sempat pulih daripada waktu
yang ditetapkan.

“Jadi saya harap dengan memenangi anugerah ini kerana ia
sekurang-kurangnya dapat melupakan kekecewaan saya sebelum ini,” kata
pemain berasal dari Kuala Lumpur itu.

“Tapi saya bangga
terpilih sebagai salah seorang pemain yang dicalonkan untuk anugerah
Pemain Harapan Terbaik ini dan saya tahu ada beberapa lagi pemain yang
mampu memenangi anugerah ini, terutama pemain dalam skuad Sukan Sea.

“Saya harap saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang musim ini
sekali gus meyakinkan panel pemilih.” Selepas menyertai skuad Piala
Presiden Kuala Lumpur pada 2005 seawal usia 14 tahun, Wan Zack kemudian
menyertai Felda United pada 2007 dengan meledak dua gol sepanjang enam
penampilan.

Pada 2008, dia menyertai Harimau Muda di bawah kendalian Ong Kim
Swee yang berjaya menjuarai Liga Perdana Malaysia setahun selepas itu.
Pada September 2011, Wan Zack beraksi secara pinjaman dengan kelab FC
ViOn Zlat� Moravce selama tiga bulan bersama-sama rakan sepasukan, Irfan
Fazail dan Mohd Fadhli Shas. Penampilan antarabangsa
pertamanya adalah pada Kejohanan Remaja AFF bawah 19 tahun yang mungkin
menjadi kenangan manis untuknya selain menjaringkan gol kemenangan
ketika skuad Olimpik negara menang 2-1 ke atas Lebanon pada Jun lalu.

“Saya masih muda dan percaya perjalanan karier saya masih jauh,” tambah Wan Zack Haikal.

“Sudah pasti saya berharap dapat memenangi anugerah ini kerana
inilah kali pertama saya dicalon merebut anugerah.” Tahun ini, semua
jurulatih Liga Super dan Liga Perdana diminta memilih pemain yang
mereka rasakan calon terbaik dalam pelbagai kategori. Pemenang akan
diumum pada satu majlis Rabu ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: WAN ZACK HAIKAL WAN NOOR

Post by Park Deen on Tue Dec 06, 2011 5:32 am

Wan Zack belum pasti ke Australia



KECEDERAAN mungkin memaksa Wan Zack
Haikal (kiri) terlepas peluang beraksi dalam tiga perlawanan
persahabatan di Australia bulan ini.




PENYERANG skuad Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Mohd. Noor bakal
terlepas peluang menyertai skuad kendalian Ong Kim Swee itu bagi
menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab Australia
bermula 10 hingga 22 Disember ini ekoran kecederaan buku lali yang masih
belum pulih sepenuhnya.

Kecederaan tersebut dialaminya ketika perlawanan pertama kelayakan
Olimpik 2012 menentang Jepun pada 21 September lepas di Stadium Tosu,
Fukuoka.

Ia menyebabkan beliau terpaksa disisihkan daripada menyertai skuad itu ke Sukan SEA Indonesia baru-baru ini.

Pemain kelahiran Pahang berusia 20 tahun ini berkata, beliau masih
dalam proses pemulihan dan dijangka mengambil masa dua bulan.

"Kini saya melakukan latihan senaman secara bersendirian untuk
mempercepatkan pemulihan kecederaan saya. Mengenai perlawanan
persahabatan ke Australia, saya menyerahkannya kepada jurulatih sama ada
mahu membawa saya atau tidak," katanya kepada Bernama semalam.

Skuad Bawah 23 tahun negara dijadualkan menentang pasukan Sydney FC
pada 13 Disember, Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup
aksi menentang Newcastle United pada 19 Disember.

Perlawanan tersebut merupakan persiapan awal skuad berkenaan sebelum
menyertai Liga Singapura musim depan dan persediaan menghadapi baki tiga
perlawanan kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria, Bahrain dan Jepun
pada Februari tahun depan.

Diminta mengulas mengenai perpindahan pemain Harimau Muda ke dalam
pasukan tempatan musim depan, Wan Zack yang pernah bermain dengan kelab
divisyen 1 Slovakia, FC Vion selama tiga bulan berkata, beliau masih
setia bersama pasukannya sekarang.

"Saya akan terus bermain dengan pasukan saya kerana banyak pendedahan
mengenai bola sepak yang saya peroleh ketika menentang pasukan hebat
dari luar negara," katanya.

Tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun musim depan dan tidak beraksi
lagi bersama skuad B-23 ialah Mohd. Muslim Ahmad yang memilih menyertai
Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum