Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

‘Baginda ada hak’

View previous topic View next topic Go down

‘Baginda ada hak’

Post by Park Deen on Wed Nov 14, 2012 10:22 am

‘Baginda ada hak’ (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Datuk Azzuddin Ahmad




SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin
Ahmad menegaskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan dikenakan sebarang tindakan
meskipun mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Kenyataan baginda itu merupakan pendirian badan induk bola sepak negara.

Menurut Azzuddin, pandangan Tengku Abdullah itu dibuat atas kapasiti
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal skuad Harimau Malaya dan baginda
berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai prestasi skuad negara.

Jelasnya, FAM menganggap pandangan Tengku Abdullah sebagai satu
nasihat berguna kepada ketua jurulatih skuad negara, Datuk K. Rajagobal.

“Tengku Abdullah ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Harimau Malaya dan baginda ada kuasa untuk melontarkan pandangan.

“Kita mesti jelas bahawa Tengku Abdullah bercakap atas kapasiti
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang mana baginda berhak untuk
menyuarakan pendapat termasuk mengenai persembahan skuad negara
kendalian Rajagobal itu.

“Itu hak Tengku Abdullah,” kata Azzuddin ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Tengku Abdullah melahirkan kebimbangan
mengenai persembahan skuad Malaysia selepas tewas 0-1 kepada Vietnam
dan 0-2 di tangan Thailand dalam siri perlawanan persahabatan sebelum
ini.

Baginda menegur dan menasihatkan pengendali Harimau Malaya agar
memberikan perhatian lebih serius dalam menyenaraikan kesebelasan utama
terbaik sebelum mengharungi Kejohanan Piala Suzuki AFF yang bermula pada
25 November ini.

Bagaimanapun, kenyataan Tengku Abdullah itu mengingatkan kembali
banyak pihak kepada kes bekas rakan sejawatan baginda, Tan Sri Annuar
Musa yang digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah
melanggar artikel 88 peraturan FAM yang menetapkan hanya Presiden dan
Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.

Annuar yang merupakan Timbalan Presiden FAM didapati bersalah kerana
memberikan kenyataan kepada media mengenai prestasi skuad negara.

Pada 4 April lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikenakan hukuman atas dua kesalahan berbeza.

Bagi kesalahan pertama, Annuar didapati bersalah mengeluarkan
kenyataan berbaur negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12
Februari lalu.

Dalam kesalahan kedua, Annuar didakwa melanggar titah Tengku Abdullah
dan selepas hukuman tersebut, beliau tidak dibenarkan terbabit dalam
aktiviti sukan bola sepak negara di bawah naungan FAM.

Berdasarkan statut tersebut, hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM
berhak untuk menyuarakan pendapat atau pandangan terhadap prestasi
skuad negara.

Mengulas lanjut, Azzuddin memberitahu, pandangan Annuar terhadap
prestasi skuad negara jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendapat
Tengku Abdullah.

“Kenyataan Annuar mengaibkan. Titah Tengku Abdullah adalah untuk memberikan nasihat kepada Rajagobal.

“Dalam konteks titah Tengku Abdullah (kelmarin), baginda hanya
menegur Rajagobal agar menghentikan eksperimen terhadap skuad negara.

“Sekali lagi saya ingin katakan bahawa Tengku Abdullah mempunyai hak
untuk bersuara dan situasi (Annuar) dengan baginda amat berbeza,”
katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum