Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wan Zack pemain muda terbaik Liga-S

View previous topic View next topic Go down

Wan Zack pemain muda terbaik Liga-S

Post by Park Deen on Mon Nov 12, 2012 10:19 am

Wan Zack pemain muda terbaik Liga-S (Harian Metro)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

PEMAIN saya lincah, Wan Zack Haikal Wan Noor berjaya mencuri tumpuan
pada musim pertama di Liga Singapura (Liga-S) apabila meraih anugerah
pemain muda terbaik dan pemain pilihan peminat pada majlis anugerah
Great Eastern-YEO'S Liga-S ke-17 semalam.

Wan Zack yang menjadi tonggak utama Harimau Muda A menewaskan Sho
Kamimura (Albirex Niigata) Hafiz Abu Sujad (Courts Young Lions) Stefan
Milojevic (Geylang United) dan rakan sepasukan Gary Steven Robbat untuk
memenangi anugerah pemain muda terbaik.

Pemain berusia 21
tahun itu juga diumumkan sebagai pemain pilihan peminat menerusi undian
yang dibuat menerusi laman sosial Facebook.

Pemilihan Wan Zack itu dianggap tepat berdasarkan sumbangan
besarnya membantu skuad kendalian Ong Kim Swee menamatkan penampilan di
Liga-S di tangga keempat daripada 13 pasukan.

Dia yang cukup dikenali dengan aksi lincah dan gemar menggelecek pemain lawan itu
kini turut mendapat perhatian ketua jurulatih Datuk K Rajagobal yang
menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan
Piala Suzuki AFF hujung bulan ini.

Wan Zack memiliki
pengalaman di pentas antarabangsa bersama skuad Olimpik negara serta
mewakili kelab Slovakia, FC ViOn Zlat� Moravce secara pinjaman tahun
lalu dan menjalani latihan percubaan dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC
Ryukyu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum