Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Johor tunggu jawapan Khyril

View previous topic View next topic Go down

Johor tunggu jawapan Khyril

Post by Park Deen on Mon Nov 12, 2012 10:08 am

Johor tunggu jawapan Khyril(Harian Metro)

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus ligat mendapatkan
pemain berstatus bintang apabila sedang ‘merisik’ pemain kebangsaaan,
Mohd Khyril Muhymeen Zambri untuk beraksi bersama Johor pada saingan
Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata dua dan tiga
pemain kebangsaan sedang diintai Johor bagi menyertai skuad Harimau
Selatan dalam usaha memantapkan barisan terbaik sebelum Liga Super
bermula Januari depan.

“Memang kita ada perancangan untuk
mendapat pemain kebangsaan ini dan proses perbincangan mendapatkan
khidmat mereka masih berjalan dan belum ada kata putus lagi.

“Khyril Muhymeen antara pemain kita pikat dan hanya menunggu
jawapan sahaja. Pemain itu juga ada menyatakan hasrat untuk bersama
Johor.

“Apapun difahamkan dia sudah menandatangani perjanjian
persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan kita akan rujuk
dahulu sama ada persatuan itu sudi melepaskannya atau tidak.

“Apa yang kita lakukan tetap mengikut prosedur Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dan langsung tidak membelakangi mana-mana pihak terutama
badan induk bola sepak negara,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan, Presiden KFA, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak menegaskan persatuan itu rela melepaskan Khyril
Muhymeen seandainya mendapat tawaran lebih baik kerana itu cara bagi
pemain mendapat pengalaman baru bersama pasukan lain.

Johor kini sudah mengikat pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Zaquan
Adha Abd Radzak, Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Nurul Azwan Roya dan bakal
menandatangi kontrak dengan kapten Selangor, Safiq Rahim selain sudah
mendapat khidmat bekas pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.

“Mengenai status pemain import, Johor sudah melengkapkan kuota
itu apabila mendapatkan bekas pemain Johor United, Andre Francisco Da
Silva,” kata Suhairi.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum