Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

View previous topic View next topic Go down

KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Mon Nov 28, 2011 10:25 am

‘Tak tau nak cakap apa’

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


MURUNG...pemain murung selepas tewas kepada Bahrain, malam tadi.

PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee jelas kecewa selepas
menyaksikan anak-anak buahnya kecundang pada 10 minit terakhir Kelayakan
Olimpik Zon Asia kepada Bahrain, semalam.

Tiga gol dilepaskan itu membolehkan pelawat yang beraksi dengan 10
pemain memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 walaupun mendahului dua
jaringan pada awalnya.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap.
Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini
tidak mempunyai ramai pemain tengah,” katanya.

Tambahnya, barisan pemain muda negara kehilangan kawalan selepas
penjaring gol pertama, Mohamad Nazmi Faiz Mansor dan rakannya di jentera
tengah, Mohd Affize Faisal Mamat dikeluarkan kerana kecederaan. “Lawan
bergerak dengan selesa selepas ketiadaan mereka (bermula minit ke-60),
kita hilang kawalan pada bahagian tengah. “Manakala Irfan Fazail
terpaksa menamatkan perlawanan walaupun mengalami kecederaan (sudah
melakukan tiga pertukaran),” katanya. Sementara itu pengendali Bahrain,
Salman Shareeda berkata adalah sesuatu yang menakjubkan apabila bangkit
mencatatkan kemenangan pertama selepas tewas pada dua perlawanan
sebelum ini.

“Sebelum datang ke sini saya sudah menyatakan
kepada pemain bahawa Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus dan perlu
bersedia. Saya gembira kerana ini kemenangan pertama kami,” katanya.

Tambahnya walaupun kehilangan seorang pemain kerana mendapat kad merah, beliau
melakukan pertukaran yang membuahkan hasil apabila mengeluarkan dua
pemain tengah bertahan dan memasukkan dua pemain tengah menyerang.

“Nyata ia membuahkan hasil. Pada pandangan saya, kedua-dua pasukan
menang hari ini kerana mempamerkan permainan yang bagus serta jarang
satu perlawanan kita dapat saksikan lima jaringan dilakukan,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Mon Nov 28, 2011 10:31 am

Padah lalai 10 minit terakhir

LANGKAH ke Olimpik London yang bersinar pada awalnya secara tiba-tiba
terpadam dalam tempoh 10 minit terakhir apabila skuad Olimpik negara
kecundang buat kali ketiga berturut-turut di Stadium Nasional Bukit
Jalil, semalam.

Rembatan pemain muda yang semakin meningkat, Mohamad Nazmi Faiz
Mansor pada minit ke-30 serta jaringan Mahali Jasuli pada babak kedua
cukup menceriakan penyokonng tempatan dan Bahrain yang dikendalikan
Salman Shareeda kelihatan sudah bersedia untuk pulang hampa.

Mohamad
Nazmi Faiz, pemain tengah berusia 17 tahun itu berjaya melepaskan
rembatan kencang di luar kotak penalti sekali gus menewaskan penjaga gol
pelawat, Ashraf Waheed.

Kegagalan meraih tiga mata berharga itu menyebabkan peluang kini amat
tipis untuk menjadi dua pasukan terbaik dari Kumpulan C Kelayakan
Olimpik 2012 Zon Asia.

Jepun yang menewaskan Syria di 2-1 di
Stadium Nasional, Tokyo semalam menguasai kumpulan dengan maksimum
sembilan mata diikuti Syria (enam mata), Bahrain (tiga mata) dan
Malaysia tanpa sebarang mata.Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira
30,000 penyokong skuad negara, skuad kendalian Ong Kim Swee jelas
menguasai permainan walaupun kehilangan beberapa tonggak utama akibat
kecederaan dan penggantungan.

Tahap permainan Bahrain jelas
berbeza berbanding Syria, pasukan yang menewaskan Malaysia 0-2 pada
Rabu, apabila sering gagal mengawal bola dengan baik.

Situasi terbabit membuka peluang kepada skuad negara kendalian Ong
Kim Swee untuk lebih banyak mengawal perlawanan dan melancarkan beberapa
serangan berbahaya ke kubu lawan.

Pemain sayap kanan, Wan
Zack Haikal Wan Nor sebenarnya berpeluang membuka jaringan awal pada
minit kelapan selepas hanya berdepan dengan Ashraf namun sekadar
melepaskan rembatan lemah.

Ia diikuti peluang terbuka pelawat menerusi gandingan Sami Mohamed
dan Abdul Wahab yang berjaya mengelirukan barisan pertahanan negara yang
diketuai Mohd Fadhli Shas namun berjaya dinafikan kapten negara,
Khairul Fahmi Che Mat.

Situasi bertambah sukar untuk pelawat
pada babak kedua apabila Fahad Tareq dilayangkan kad merah selepas
melakukan terjahan keras ke atas pemain tengah negara, Mohd Affize
Faisal Mamat pada minit ke-59.

Kelebihan seorang pemain
dimanfaatkan sepenuhnya skuad negara apabila meledak gol kedua menerusi
cubaan tonggak pertahanan kanan, Mahali selepas penjaga gol lawan gagal
menangkap kemas bola dalam kotak penalti pada minit ke-67.

Namun Bahrain akhirnya mempamerkan kekuatan sebenar apabila mendapat gol
pembukaan pada minit ke-81 menerusi pemain gantian, Saad Sazah.
Seorang lagi pemain gantian, Isa Ahmed pula meledak dua gol dalam masa
dua minit bermula minit ke-84 menewaskan Khairul Fahmi untuk keputusan
akhir skuad negara tewas 2-3.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Sat Dec 03, 2011 7:37 am

Mental perlu lasak

SEKIRANYA kekuatan mental pasukan Bawah 23 tahun menjadi penentu
dalam mempertahankan kejuaraan pingat emas Sukan Sea 2011, maka pemain
kita kini menghadapi satu lagi cabaran.

Selepas menjadi wira, dalam masa beberapa hari mereka kembali
berpijak di bumi nyata dengan dua kekalahan sewaktu perlawanan kelayakan
Sukan Olimpik 2012.

Kita bersimpati dengan mereka selepas
tewas di tangan Syria kerana keletihan tapi apa pula alasan kecuaian
dalam perlawanan menentang pasukan ‘sub standard’ Bahrain. Perlawanan
ini dikuasai penuh pasukan kita tapi 10 minit terakhir kita rebah
sepasukan.

Tambah pahit apabila pasukan lawan hanya beraksi dengan 10 pemain dan
kini soal kekuatan mental bangkit semula. Mungkin pasukan kita
mempunyai kekuatan mental tapi kekurangan kelasakan mental.

Sekiranya kekuatan mental bermakna kita berdepan dengan cabaran elemen atau unsur
alam manakala kelasakan mental lebih kepada menghadapi tekanan diri
sendiri. Sebagai contoh, adakah sesetengah pemain sudah mula berkhayal
cara mana mahu membelanjakan wang bonus atau ada pula yang mungkin
memikirkan tempat untuk menjamu selera? Mungkin dengan pengalaman pahit
ini, pemain muda lebih memahami tumpuan adalah segala galanya sewaktu
beraksi dalam keadaan letih.

Ke mana pula arah Liga Malaysia
sekiranya benar laporan media yang mendakwa bekas pemain Perlis, Zakaria
Simukonda akan kembali beraksi di Malaysia pada usia 35 tahun.

Bukankah seharusnya ada ‘had umur’ sekiranya kita ingin memajukan
bola sepak di negara ini atau adakah kita sekadar menjadi ‘rumah
persaraan’ (retirement home)? Walaupun ini mungkin kes terpencil tapi
kita seharusnya mempunyai garis panduan sekiranya ingin memajukan bola
sepak di negara kita. Selain itu, bagaimana pula dengan cadangan Liga
Super agar mempunyai 18 pasukan? Bilakah kali terakhir Johor FA
menentang Selangor dalam perlawanan liga? Sudah tentu peminat bola sepak
di seluruh negara ingin menyaksikan pemain seperti Nazmi Faiz Mansor
beraksi di tempat mereka.

Seterusnya, apa kata kita membentuk
Liga Premier Utara dan Liga Premier Selatan sebagai liga semi-pro yang
mengandungi 12 pasukan setiap bahagian. Cadangan ini bukan baru kerana
kolum ini sudah berkali-kali menyuarakan pendapat sedemikian bagi
merancakkan bola sepak negara dan akan berterusan menyiarkannya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Mon Dec 19, 2011 9:36 am

Aksi penutup skuad Olimpik

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

AKSI menentang kelab tangga teratas Liga Australia (Liga-A), Central
Coast Mariners FC pada perlawanan persahabatan hari ini bakal menjadi
penutup tirai tahun ini buat skuad Olimpik negara.


Justeru, jurulatih negara Ong Kim Swee mengharapkan anak buahnya
dapat menamatkan 2011 dengan aksi lebih bermakna sebagai pembakar
semangat untuk mengharungi tahun baru yang lebih mencabar.

“Ini perlawanan terakhir buat pasukan ini pada 2011 jadi saya mahu semua pemain memberikan aksi lebih baik.

“bagi saya keputusan perlawanan dengan Mariners ini tidak mustahak
namun saya mahu semua pemain memperbaiki prestasi ketika tewas 0-1 pada
perlawanan sebelum ini.

“Mariners sekarang menduduki
tangga teratas liga, walaupun mereka belum pasti akan menurunkan skuad
utama namun mereka juga memiliki pemain simpanan yang bagus,” katanya.

Pertemuan dengan Mariners jam 10 pagi waktu Malaysia di Padang
Akademi Central Coast adalah aksi ketiga skuad Olimpik dalam jelajah
Australia bermula 11 Disember lalu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Tue Dec 20, 2011 5:45 am

Eksperimen menjadi

SKUAD Olimpik negara menamatkan siri jelajah di Sydney, Australia
dengan cemerlang apabila menewaskan kelab Liga Australia (Liga-A),
Central Coast Mariners FC 4-1 pada aksi persahabatan, semalam.

Pada perlawanan di padang Akademi Central Coast Mariners, Mingara
itu, skuad kendalian Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi gol
penyerang Ahmad Fakri Saarani di minit ke-13 selepas menolak masuk
hantaran lintang Mohd Fandi Othman.

Bersambung babak kedua, Kim Swee membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan penyerang Ahmad Hazwan Bakri dan A Thamil Arasu.

Ternyata percaturan itu membuahkan hasil dengan pemain Kuala Lumpur,
Hazwan meledak dua gol pada minit ke-48 dan 60 manakala Thamil
menjadikan kedudukan 4-0 menerusi jaringan di minit ke-71.

Pendahulu Liga-A, Mariners yang menurunkan enam pemain dari skuad utama dalam
perlawanan itu berjaya meraih gol sagu hati selepas percubaan Ben Jerman
di minit ke-85 menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagi Kim Swee, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain kali ini
selepas mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC pada aksi
pertama sebelum tumpas 1-0 kepada Mariners dalam aksi terdahulu.

“Pemain bermain lebih baik berbanding ketika kita tewas 1-0 sebelum
ini, banyak aspek positif kita dapat lihat terutama jentera serangan
apabila penyerang Hazwan, Fakri dan Thamil berjaya menjaringkan gol,”
katanya.

Sementara itu, jurulatih Mariners, Graham Arnold memuji permainan yang ditunjukkan pemain skuad bawah 22 negara.

“Mereka mempamerkan permainan yang mengagumkan. Mereka masih muda dan
jika terus dikekalkan dalam skuad ini dan terus diberikan pendedahan
saya percaya mereka mempunyai masa depan yang baik,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Tue Dec 20, 2011 5:53 am

Hazwan bukti berhak berada dalam skuad

PENYERANG skuad Olimpik negara, Ahmad Hazwan Bakri membuktikan
dirinya berhak untuk terus mendapat tempat dalam skuad itu apabila
menjadi pencetus kemenangan besar 4-1 ke atas kelab Liga Australia,
Central Coast Mariners FC semalam.

Dalam aksi persahabatan di padang Akademi Central Coast Mariners,
Mingara itu, Hazwan pemain dari Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke Harimau
Muda A meledak dua gol selepas masuk menggantikan Ahmad Fakri Saarani
pada babak kedua.

Ia gol keempat keseluruhan pemain berusia 20
tahun itu dalam siri jelajah skuad Olimpik negara di Sydney selepas
turut menjaringkan dua gol ketika menewaskan Sydney FC pada aksi
pertama.

“Walaupun hanya diberi peluang bermain selama 45 minit tapi saya
berpuas hati kerana dapat membantu pasukan negara meraih kemenangan.

“Pengalaman di Australia ini cukup baik bagi saya kerana dapat menentang pasukan
yang memiliki kekuatan fizikal dan permainan pantas,” katanya yang
berminat untuk bersama Harimau Muda A beraksi di Liga Singapura musim
depan jika ditawarkan kontrak.

Sementara itu Fakri yang
meledak gol pembukaan negara menentang skuad gabungan enam pemain utama
dan remaja Mariners itu, berharap dapat mengekalkan aksi cemerlang
selepas prestasi turun naik tahun ini.

“Saya harap gol ini dapat mengembalikan keyakinan semula untuk
membantu skuad Olimpik bagi pusingan kelayakan tahun depan. Saya tak
kisah dengan kritikan sebelum ini kerana saya akan terus berusaha,” kata
bekas pemain Negeri Sembilan itu yang akan beraksi dengan Felda United
tahun depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Tue Jan 17, 2012 3:57 am

Persiapan Kim Swee terjejas

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

USAHA pengendali skuad negara, Ong Kim Swee mempersiapkan pasukannya
bagi mengharungi baki kempen kelayakan Sukan Olimpik London 2012 tampak
terjejas apabila aksi persahabatan menentang Arab Saudi, 31 Januari ini
terpaksa dibatalkan.


Menurutnya, beliau terpaksa membuat keputusan membatalkan perlawanan
itu memandangkan Arab Saudi tidak memberi sebarang maklum balas mengenai
kesediaan mereka sehingga kini.

“Sehingga ke hari ini
(semalam) Arab Saudi tidak memberi keputusan sama ada mahu atau tidak
meneruskan perlawanan persahabatan itu.

“Saya tidak boleh terus menunggu kerana masa semakin suntuk dan saya
perlu mencari alternatif lain. “Perlawanan persahabatan penting bagi
saya menguji pemain sebelum menghadapi Bahrain awal bulan depan,” kata
Kim Swee ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Menurutnya, beliau berharap dapat mencari pengganti Arab Saudi itu dengan masih mengintai lawan dari pasukan Timur Tengah.

Pada awalnya, skuad Olimpik bawah 22 tahun negara akan berada di Riyadh
untuk mengadakan latihan pusat dan perlawanan persahabatan sebelum turun
beraksi menentang Bahrain di Manama.

Perlawanan dengan Bahrain itu adalah aksi keempat Malaysia dalam
Kumpulan C dengan skuad negara ketika ini menduduki tangga tercorot
daripada empat pasukan selepas mencatat kekalahan di tangan Jepun 2-0,
Syria 2-0 dan Bahrain 3-2.

Kim Swee yang baru pulang dari
Kemboja bersama skuad Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik
berkata, semua pemain Olimpik akan berkumpul selepas cuti Tahun Baru
Cina minggu depan.

Mengulas mengenai aksi anak buahnya yang mencatat kemenangan 1-0 ke
atas skuad bawah 23 Kemboja Sabtu lalu, beliau mengaku masih ada
kelemahan perlu diperbaiki.

Harimau Muda A turut membuat persiapan rapi bagi mengharungi Liga Singapura bulan depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Wed Jan 25, 2012 10:25 am

'Tipis tapi penting'
Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bharian.com.my
2012/01/25



Ong Kim Swee
Kita masih mampu kutip satu mata: Kim Swee

MESKIPUN
peluang skuad bola sepak B-23 negara layak ke Sukan Olimpik 2012 London
Julai depan tampak tipis, jurulatihnya, Ong Kim Swee tetap berpandangan
positif menjelang aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia menentang
Bahrain di Stadium Nasional, Manama, 5 Februari ini.

“Memang peluang kita tipis tetapi perlawanan ini masih saya anggap
penting kerana ia peluang terbaik untuk pemain muda kita menimba
pengalaman pada baki tiga perlawanan kerana ini pertama kali kita mara
sehingga pusingan akhir kelayakan Zon Asia.

Kembalinya Ahmad Shakir dan Ahmad Hazwan Bakri, saya harap mereka berdua
dapat membuktikan kemampuan sebenar di pentas antarabangsa selepas
cemerlang di saingan tempatan dan menjadi setanding Safee Sali. - Ong
Kim Swee, Jurulatih Harimau Muda

“Bagi saya, jika tiada kecederaan menimpa pemain utama dan saya dapat
turunkan kesebelasan terbaik pada 5 Februari nanti, saya percaya kita
mampu meraih sekurang-kurangnya mata sulung bagi saingan Kumpulan C
ini,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Barisan 25
pelatih bakal memulakan latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang
ini dengan Kim Swee memanggil lapan pemain luar – Khairul Fahmi Che Mat
(Kelantan), Muslim Ahmad, Zubir Azmi (Terengganu), Wan Amirzafran Wan
Nadris (Harimau Muda B), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS), K Gurusamy
(Selangor), Ahmad Fakri Saarani (FELDA) dan Ahmad Shakir Md Ali (N
Sembilan).

Mara ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan
Pakistan dan Lubnan, skuad negara yang tewas tiga aksi awal Kumpulan C
kepada Jepun 0-2, Syria 0-2 dan Bahrain 2-3 bakal melengkapkan saingan
bertemu Jepun di Bukit Jalil pada 22 Februari dan Syria di tempat lawan,
14 Mac depan.

“Kembalinya Ahmad Shakir dan Ahmad Hazwan Bakri,
saya harap mereka berdua dapat membuktikan kemampuan sebenar di pentas
antarabangsa selepas cemerlang di saingan tempatan dan menjadi setanding
Safee Sali. Barisan penyerang harus main peranan penting untuk berdepan
Bahrain nanti,” jelas Kim Swee.

Pengendali 42 tahun itu turut menunggu pengesahan juara Piala
Singapura dan naib juara Liga-S 2011, Home United untuk aksi
persahabatan di KuaIa Lumpur, 31 Januari ini, sehari sebelum berlepas ke
Manama.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Thu Feb 02, 2012 5:31 am

Kecergasan membimbangkan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KIM SWEE (kanan) bersama pegawai dan pemain Harimau Muda menaiki bas menuju ke KLIA untuk berlepas ke Bahrain semalam.




TAHAP kecergasan pemain skuad Harimau Muda membimbangkan.Jurulatih,
Ong Kim Swee mengakui secara terbuka bahawa beliau agak bimbang dengan
masalah tersebut kerana ia boleh menjejaskan prestasi pemain.

Untuk memburukkan lagi keadaan, skuad Harimau Muda masih ada empat
hari sahaja lagi untuk membetulkan keadaan sebelum mereka berdepan
Bahrain di Manama pada aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012
peringkat Kumpulan C bagi zon Asia.

Skuad negara masih gagal untuk mengutip sebarang mata pada aksi
Kumpulan C, namun Kim Swee tetap tenang berdepan dengan situasi
tersebut.

Namun, apa yang membimbangkan jurulatih yang berasal dari Melaka ini
adalah tahap kecergasan segelintir pemainnya yang dilihat tidak begitu
memuaskan ketika beraksi menentang Selangor pada perlawanan persahabtan
di Stadium Nasional, Bukit Jali malam kelmarin yang berkesudahan seri
tanpa jaringan.

Katanya, pemain-pemain sedia ada yang beraksi bersama persatuan atau
kelab masing-masing di liga domestik tidak mempunyai masalah kecergasan.

"Selepas menyaksikan persembahan menentang skuad kendalian Irfan
Bakti Abu Salim itu, saya sedikit gusar apabila ada segelintir pemain
kelihatan tidak begitu cergas.

"Pemain-pemain seperti Mohd. Zubir Mohd. Azmi dan Mohammad Muslim
Ahmad yang beraksi bersama Terengganu dalam Liga Super tidak mempunyai
masalah stamina memandangkan mereka sentiasa beraksi bersama pasukan
Pantai Timur itu.

"Tetapi, pemain-pemain Harimau Muda A seperti Gary Steven Robbat,
Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilihat bergelut
dengan masalah kecergasan. Mungkin disebabkan mereka baru pulih dari
kecederaan.

"Pemain-pemain ini kekurangan perlawanan (persahabatan) dan mungkin
ini merupakan salah satu faktor utama (masalah kecergasan). Tetapi, saya
mahu memastikan mereka akan mencapai tahap sebenar sebelum aksi
menentang Bahrain nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Selepas aksi persahabatan itu, Kim Swee turut menyenaraikan barisan pemain yang akan menggalas cabaran negara di Manama kelak.

Empat pemain diketepikan daripada skuad ke Manama iaitu Syahrul
Azwari Ibrahim, Muhammad Syazwan Tajuddin, Mohd. Shahril Saari dan
Muhammad Izuan Mohd. Salahuddin.

Ditanya mengenai penyingkiran Syahrul yang dianggap sebagai salah
seorang pemain yang cukup menyinar pada Sukan SEA 2011 di Indonesia pada
November tahun lalu, Kim Swee mempunyai alasan yang sendiri.

Menurutnya, beliau tidak mahu mengambil risiko untuk menyenaraikan Syarul, yang baru pulih daripada kecederaan.

"Saya tidak mahu terburu-buru untuk menyenaraikan Syahrul kerana
takut kecederaan yang dialaminya ketika di Sukan SEA lalu kembali
berulang selain masalah stamina.

"Syahrul akan menjalani latihan intensif bersama Harimau Muda B di
Kuala Lumpur dan selepas itu, prestasinya akan dinilai semula," ujar Kim
Swee yang berlepas ke Manama semalam.

Harimau Muda akan menentang Bahrain pada 5 Februari ini.

Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini, skuad negara tewas 3-2.

Kini, misi Malaysia pada aksi pusingan kedua peringkat Kumpulan C ini
hanya satu iaitu perlu menang semua baki tiga perlawanan bermula dengan
menentang Bahrain diikuti Jepun dan Syria
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Park Deen on Fri Feb 03, 2012 5:04 am

Misi tawan Bahrain bermula

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai kapten.



MISI skuad bawah 21 tahun negara bagi membalas dendam ke atas Bahrain
dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia peringkat
Kumpulan C bermula apabila selamat tiba pukul 11 malam kelmarin (4 pagi
waktu Malaysia semalam).

Tewas 2-3 kepada negara Asia Timur itu dalam aksi pusingan pertama di
Stadium Nasional Bukit Jalil pada November tahun lepas, anak-anak buah
Ong Kim Swee kini sudah bersedia untuk memburu mata sulung setelah turut
tewas 0-2 ke atas Jepun dan Syria dalam kedua-dua perlawanan peringkat
kumpulan sebelum ini.

Mereka bakal membuat perhitungan dengan anak-anak buah Salman
Shareeda di Stadium Nasional Manama pada pukul 6.30 petang (11.30 malam
waktu Malaysia) pada 5 Februari, dan hanya kemenangan sahaja dilihat
berupaya membuka semula ‘pintu’ buat mereka menjejak kaki ke temasya
Olimpik di London Ogos depan.

Paling utama, tiada lagi sebarang alasan yang boleh diberikan skuad
Harimau Muda jika tewas kali ini berbanding faktor keletihan yang
membelenggu pasukan itu dalam aksi pusingan pertama sebelum ini
berdasarkan jadual perlawanan yang begitu ketat dengan temasya Sukan SEA
yang menyaksikan negara berjaya mempertahankan pingat emas pada
November tahun lepas.

Enggan menoleh ke belakang, Kim Swee juga kekal menaruh harapan
kepada penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat yang kekal
menjadi kapten menjelang pertemuan menentang Bahrain nanti.

“Saya tetap menaruh keyakinan terhadap Apex menjadi kapten pasukan,
bagi saya sebarang spekulasi melucutkan jawatannya gara-gara isu salah
faham tempoh hari tidak perlu dipanjangkan,” katanya kepada Kosmo!
ketika dihubungi di Manama semalam.

Khairul Fahmi sebelum ini mencetuskan kontroversi gara-gara ‘ponteng’
hari pertama latihan ekoran mengakui ‘terkeliru’ mengenai perkara itu
ketika membantu majikannya, Kelantan mengharungi saingan Liga Super
baru-baru ini.

Empat pemain juga diketepikan daripada skuad ke Manama kali ini iaitu
Syahrul Azwari Ibrahim, Muhammad Syazwan Tajuddin, Mohd. Shahril Saari
dan Muhammad Izuan Mohd. Salahuddin.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa, anak-anak buahnya bakal
menjalani latihan ringan di gimnasium petang ini sebelum meneruskan
latihan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

“Latihan ini dilihat amat penting buat saya mengenal pasti percaturan taktikal terbaik buat pasukan.

“Faktor cuaca yang berangin gara-gara ribut pasir yang berlaku di
Manama ketika ini juga dilihat bukan masalah besar buat pemain saya
menyesuaikan diri di sini,” katanya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: KELAYAKKAN OLIMPIK 2013

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum