Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Rozaimi akan buktikan

View previous topic View next topic Go down

Rozaimi akan buktikan

Post by Park Deen on Sat Nov 10, 2012 9:07 am

Rozaimi akan buktikan (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ROZAIMI antara sembilan pemain yang diserapkan dalam skuad Harimau Muda musim depan.



PENYERANG berbisa Sabah, Rozaimi Abdul Rahman mengakui semakin
bersemangat apabila diserapkan dalam skuad Harimau Muda musim depan.

Pemain yang meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22
Tahun (B-22) mendedahkan, dia sudah tidak sabar untuk kembali ‘bernaung’
dengan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Jelas Rozaimi, dia berazam untuk mengulangi prestasi cemerlang sebaik
kembali menyarungkan jersi skuad bawah B-22 negara itu kelak.

Pemain berusia 20 tahun itu telah mendapat 'lampu hijau' daripada
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk meneruskan karier bersama skuad
kendalian Kim Swee itu.

“Jawapan saya mudah, saya mahu beraksi bersama Harimau Muda.

“Selepas berbincang dengan pihak SAFA, mereka telah membenarkan saya untuk kembali beraksi bersama Harimau Muda.

“Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SAFA kerana sentiasa memberikan kerjasama terhadap karier bola sepak saya.

“Saya mengakui teruja untuk membantu Harimau Muda dan berharap dapat
mengekalkan prestasi terbaik sebagaimana yang telah saya buktikan
sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda kehilangan khidmat Mahalli Jasuli musim depan yang
akan menyertai Selangor pada musim depan kerana sudah melepasi had umur
yang ditetapkan untuk beraksi dengan pasukan remaja negara itu.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk menjadi 'watak penting' dalam
skuad Harimau Muda, Rozaimi menegaskan dia masih perlu bekerja keras
bagi memastikan prestasinya berada pada tahap terbaik.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan saya boleh memegang peranan
penting dalam skuad tetapi saya akan berusaha ke arah itu,” katanya.

Selain Rozaimi, lapan lagi pemain yang ditawarkan kontrak oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Harimau Muda ialah
Muhammad Nurridzuan Abu Hassan (Perak), D.Kenny Pallraj (Perak),
Muhammad Zubir Mohd. Azmi (Terengganu), Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim
(Kelantan), Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC), Mohamad
Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UITM FC) dan
Adam Nor Azlan (SSBJ).
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum