Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Bincang dulu

View previous topic View next topic Go down

Bincang dulu

Post by Park Deen on Sat Nov 10, 2012 9:04 am

Bincang dulu (Kosmo)



Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NORSHAHRUL masih mempunyai baki kontrak setahun dengan Kelantan




JIKA terus berhasrat untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha, Johor perlu menunjukkan ke sungguhan.

Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai hasrat
Johor yang berhasrat melamar penyerang terbilang skuad The Red Warriors
itu yang lebih popular dengan panggilan Mat Yo.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sentiasa membuka
pintu rundingan kepada pasukan Johor jika mereka betul-betul mahukan
pemain tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim
de pan.

Menurutnya, perkara tersebut perlulah dilakukan me ngikut saluran
yang betul kerana pemain ini masih mem punyai baki kontrak yang akan
berakhir pada hujung tahun hadapan.

“Saya fikir isu Mat Yo ini tidak usah banyak polemik, kalau keluar
berita sensasi ia tidak membantu. Di peringkat ini yang perlu mengambil
tindakan ialah pihak PBNJ kerana mereka yang ingin mendapatkan khidmat
pemain tersebut.

“Sebagai contoh dalam soal tebus kontrak, pemain yang perlu berbuat
demikian. Namun dalam isu ini Mat Yo tidak pernah berbuat demikian.
Kenyataan dalam akhbar sahaja tidak boleh diterima pakai.

“Kalau perpindahan, ia melibatkan kelab atau pasukan, tetapi jikalau
kelab yang minta untuk tebus kontrak itu tidak kena dengan peraturan.
Jadi lebih baik kita duduk ber bincang empat mata dan jangan bercakap
melalui media dan buat perundingan antara kelab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga seorang
penyokong The Red Warriors, Ahmad Zamani Md. Salleh, 34, yang meninggal
dunia akibat masalah pernafasan dan kompilasi penyakit paru-paru di
kampung Kampung Bentong, Seberang Pasir dekat Kota Bharu semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden KAFA, Datuk
Rosmadi Ismail dan wakil Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK).

Ketika diminta mengulas langkah yang telah diambil oleh Norshahrul
yang merayu kepada KAFA agar merestui penghijrahanya ke Johor pada
musim hadapan, Annuar enggan mengulas perkara tersebut.

“Kalau saya cakap lepas, ia mendahului keadaan, orang belum pinang
kita dah nak bagi anak. Saya terbuka dalam isu ini tetapi mesti ikut
saluran. Lagipun Mat Yo masih ada kontrak dan dia perlu duduk bersama
Kelantan sehingga tahun hadapan.” tegasnya.

Kosmo semalam melaporkan bahawa Norshahrul merayu Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) agar merestui penghijrahannya ke Johor musim
depan.

Norshahrul mendedahkan, dia telah menyatakan hasrat untuk menyarung
jersi Harimau Selatan musim depan dan hasrat itu sudah dimaklumkan
kepada pihak pengurusan KAFA sebelum ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum