Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Heliza mahu terus nikah

View previous topic View next topic Go down

Heliza mahu terus nikah

Post by Park Deen on Thu Nov 08, 2012 3:55 am

Heliza mahu terus nikah (Kosmo)









SEJAK menyertai rancangan Akademi Fantasia 5 (AF 5) pada tahun
2007, ternyata penyanyi, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi atau
Heliza antara yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Dengan statusnya sebagai seorang artis wanita bertudung sejak awal
kemunculannya, Heliza juga jarang dikaitkan dengan gosip-gosip hangat
terutamanya membabitkan hubungan dengan lelaki.

Bagaimanapun, lumrah menempuhi kehidupan sebagai seorang artis yang
cantik dan menjadi perhatian umum, ternyata Heliza tidak mampu mengelak
daripada dikaitkan dengan kisah kontroversi.

Antara yang menarik perhatian ramai apabila dirinya dikatakan
mempunyai hubungan istimewa dengan seorang VIP bergelar Datuk sehingga
ditaja untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Heliza Helmi
Production.

Tidak mahu orang ramai terutamanya peminat terus-menerus memberikan
sebarang persepsi yang negatif, Heliza dengan tegas menyatakan individu
yang dimaksudkan itu sekadar rakan niaga dan tidak pernah menaja
syarikatnya itu.

"Saya sedar selama ini ramai yang salah sangka dan ada yang
menganggap saya telah ditaja oleh individu yang dimaksudkan itu. Pada
hakikatnya ia tidak benar dan individu tersebut salah seorang rakan
niaga. Dia tidak terlibat dengan syarikat saya terutamanya memberi
tajaan.

"Justeru dengan penjelasan ini, saya berharap cerita sebegini tidak
lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak," ujarnya ketika ditemui semasa
majlis pelancaran Festival Hijab 2012 di Kelana Jaya baru-baru ini.

Menurut Heliza, sehingga kini syarikat yang ditubuhkan sejak dua
tahun lalu itu masih lagi berfungsi dan menjalankan perniagaan membekal
barang-barang dan pengubahsuaian bangunan.

"Ketika mula-mula syarikat ini ditubuhkan saya ada merancang untuk
menghasilkan filem, namun perancangan tersebut ditangguhkan dahulu. Saya
lebih suka memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan
sekarang.

"Tidak dinafikan jadual saya memang padat setiap hari, kerana selain
menguruskan syarikat saya juga terbabit dengan pelbagai aktiviti lain
seperti menjadi penceramah motivasi dan pengacara televisyen. Mungkin
disebabkan itu saya masih lagi tidak mempunyai kekasih," ujarnya
berseloroh.

Bercerita lebih lanjut mengenai statusnya sekarang, Heliza mengaku
bahawa sehingga kini dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki dan
selesa dengan kehidupan sekarang.

Ditanya sama ada dia teringin untuk berumah tangga memandangkan
usianya yang kini sudah mencecah 26 tahun, artis kelahiran Kuala
Terengganu itu menyatakan dia memang mahu berumah tangga dan mengakui
sudah bersedia bergelar isteri.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin, apatah lagi melihat ramai
kawan-kawan saya yang sudah berumah tangga. Bagaimanapun, saya anggap
semuanya itu terserah kepada jodoh.

"Cuma saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan yang dilakukan
golongan muda sekarang iaitu bercinta sebelum berumah tangga. Kalau saya
mahu serius dengan seseorang lelaki, saya akan terus kahwin dan
kemudian bercinta selepas itu," jelasnya.

Berkenaan dengan lelaki pilihannya pula, Heliza meletakkan agama
sebagai keutamaan dan seorang suami yang akan mampu membimbingnya ke
jalan yang diredai.

Kembali berlakon

Selain bergelar penyanyi dan pengacara, Heliza juga bergelar seorang pelakon dan pernah membintangi sebuah filem berjudul Syurga Cinta dan telefilem Doa Ibu pada tahun 2009.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini Heliza tidak lagi muncul di kaca
televisyen dan layar perak, seolah-olah dia seperti sudah tidak berminat
lagi untuk bergelar seorang pelakon.

Kini, kerinduan peminat untuk melihat Heliza kembali berlakon terubat apabila dia bakal muncul dengan sebuah drama bersiri Warkah Cinta sebanyak 12 episod dan telefilem berjudul Kun Faya Kun.



HELIZA mengaku masih solo, tetapi sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.



"Boleh dikatakan saya sudah menyepi dalam dunia lakonan selama tiga
tahun, tetapi itu tidak bermakna saya tidak mahu berlakon lagi kerana
keinginan itu masih lagi ada.

"Tidak dinafikan sepanjang tempoh tersebut saya masih mendapat banyak
tawaran berlakon, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana jadual
penggambaran sering bertembung dengan komitmen saya yang lain," ujarnya.

Mengenai tawaran berlakon pula, Heliza mengakui dia agak selektif
dalam memilih setiap tawaran yang diterima dan hanya bersetuju asalkan
skrip dan jalan ceritanya sesuai dengan karakter dan penampilannya.

Album sulung

Walaupun dilahirkan daripada sebuah program nyanyian lima tahun yang
lalu, sehingga kini Heliza masih lagi belum pernah melahirkan sebuah
album penuh.

Menurut Heliza, dia bukannya tidak berminat untuk menghasilkan album
terutama buat para peminatnya. Sebaliknya, hasrat untuk menghasilkan
album sering tertangguh kerana jadual kerjanya yang agak padat.

"Hanya pada tahun lalu barulah saya berkesempatan menghasilkan tiga buah single iaitu Cuma Aku, Kau Selamanya dan Chord G. Ketiga-tiga lagu tersebut dihasilkan oleh saya sendiri.

"Pada tahun ini pula saya menghasilkan sebuah lagi single yang berjudul Syurga Cinta
hasil ciptaan komposer Mohd. Atlas. Mengenai album sulung pula, saya
sendiri tidak pasti bila ia boleh dihasilkan, namun perancangan itu
tetap ada," ujarnya.

Mengenai konsep album sulung yang bakal dihasilkan, Heliza menyatakan
dia mahu tampil dengan album yang mengandungi lagu-lagu dakwah serta
memberi pengajaran kepada pendengar dan sekarang ini dia sedang mencari
komposer yang sesuai untuk menghasilkan lagu-lagu sebegitu.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum