Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi

View previous topic View next topic Go down

Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi

Post by Park Deen on Thu Nov 08, 2012 3:54 am

Yuna mahu hidup solo dua tahun lagi (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


YUNA mahu memberi fokus terhadap karier selepas putus cinta dengan Qi.



DUA minggu lepas, penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya,
Yunalis Zarai, 25, kehilangan gitar kesayangannya apabila van pemuzik
yang digunakan untuk konsert jelajah di Seattle, Amerika Syarikat telah
dirompak.

Selain gitar kesayangannya itu, beberapa alat muzik milik rakan-rakan pemuzik lain turut dirompak dalam kejadian berkenaan.

Kejadian seumpama ini merupakan insiden kali kedua yang berlaku
kepada penyanyi itu. Kali pertama, keretanya telah dipecah masuk di
Subang Jaya, Selangor pada bulan Mei lalu dan sebuah gitar milik
penyanyi Diandra Arjunaidi yang merupakan anak didiknya dilaporkan
hilang dalam kejadian tersebut.

Ketika ditemui selepas majlis pelancaran Yuna sebagai duta produk
pewangi Sence baharu keluaran syarikat Tohtonku Sdn. Bhd. di Hard Rock
Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi itu menceritakan apa yang
berlaku di Seattle itu.

Kosmo!: Bolehkah Yuna ceritakan mengenai kejadian rompakan itu?

YUNA: Rompakan berlaku sebaik saya selesai menjalani siri jelajah
konsert di sana dan alatan muzik tersebut berada di dalam van pemuzik
saya. Saya tiada di Seattle ketika kejadian kerana dalam penerbangan
untuk ke Los Angeles.

Apakah barang peribadi anda yang hilang dalam kejadian tersebut?

Gitar kesayangan saya yang berwarna coklat. Walaupun ia merupakan
gitar tajaan syarikat Gitar Store Malaysia, namun saya selalu
gunakannya ketika persembahan.

Ada barang lain lagikah yang hilang?

Baju-T yang ada tulisan nama saya turut hilang. Selain itu, alat-alat
muzik rakan pemuzik lain juga hilang kerana kami letak semua alat muzik
itu bersama dalam sebuah van jelajah.

Berapakah anggaran harga barang yang hilang?

Hampir RM100,000 termasuk gitar saya.

Apakah perasaan anda ketika mendapat tahu semua alat muzik itu telah dicuri?

Saya sebenarnya sudah dapat rasa akan berlaku kejadian ini sebab di
Amerika Syarikat kejadian rompakan seumpama ini sering berlaku. Lagipun
perkara sudah terjadi dan saya harus menerimanya.

Sudah dua kali barangan milik anda dirompak pada tahun ini. Apakah tindakan anda selepas ini?

Saya akan usung ke mana sahaja gitar baharu yang ditaja oleh Gitar
Store nanti. Walaupun ia berat, saya tetap akan bawa ke bilik hotel dan
tidak akan tinggalkan barangan saya di mana-mana lagi.

Bolehkah berkongsi sedikit tentang perkembangan karier Yuna di Amerika Syarikat?

Alhamdulillah, muzik saya diterima dengan cukup baik di sana. Saya
cukup bersyukur dan rasa seronok, lebih-lebih lagi dalam kebanyakan masa
selepas buat persembahan, ada penonton yang berminat untuk beli cakera
padat saya.

Agaknya berapa lama lagi anda akan berulang-alik antara Amerika dan Malaysia?

Saya tidak tahu lagi kerana buat masa ini, saya melihat karier saya
baru ingin berkembang positif di sana. Jika ada jangka waktu pun,
mungkin saya perlu berulang alik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi
bagi memastikan semuanya berjalan stabil.

Bagaimana dengan peminat anda di Malaysia. Tidak takut akan kehilangan mereka sebab sering ke luar negara?

Malaysia akan tetap menjadi keutamaan saya. Peminat di sini tetap di
hati saya. Saya akan sentiasa balik untuk menemui mereka. Setakat ini
sudah tujuh kali saya balik ke Malaysia untuk tujuan itu (berjumpa
peminat).

Bagaimana pula dengan hubungan anda dengan bekas kekasih, Qi?

Saya tidak mahu komen. Saya rasa, saya akan memegang status solo
untuk tempoh yang lama. Mungkin untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi
dan baru boleh memikirkan soal pasangan hidup.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum