Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Wajah baharu Gergasi Merah

View previous topic View next topic Go down

Wajah baharu Gergasi Merah

Post by Park Deen on Thu Nov 08, 2012 3:30 am

Wajah baharu Gergasi Merah (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


MAHALI (kanan) antara muka baharu Selangor dalam saingan Liga M musim depan.



SELANGOR bakal berwajah baharu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Selepas sah kehilangan khidmat kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim
yang membuat keputusan menyertai Johor, Selangor telah mendapatkan
beberapa muka baharu bagi memperkuatkan cabaran skuad Gergasi Merah.

Paling mencuri tumpuan apabila Selangor berjaya mendapatkan khidmat
beberapa pemain kebangsaan, antaranya penjaga gol Terengganu, Mohd.
Sharbinee Allawee Ramli, tonggak pertahanan Harimau Muda A, Mahali
Jasuli dan pemain sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan.

Selangor turut berjaya melamar penyerang import Terengganu yang juga
pemenang anugerah Kasut Emas musim ini, Francis Forkey Doe bagi
menggantikan Bosko Balaban yang tidak melanjutkan kontraknya dengan
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yakin, dengan kombinasi
pemain baharu dan lama, ia mampu memberikan satu keputusan positif buat
Gergasi Merah bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

“Kami kini berwajah baharu dan saya menyeru kepada pemain-pemain
baharu dan lama Selangor agar menamatkan penantian untuk memenangi trofi
Liga Super musim depan.

“Apa yang pasti, saya gembira kerana berjaya mendapatkan
pemain-pemain yang memiliki kualiti dan saya percaya, kami berada di
landasan tepat pada musim depan.

“Justeru, saya berharap mereka dapat bekerjasama dalam usaha untuk
membentuk persefahaman lebih mantap dan mengekalkan reputasi Selangor,”
kata Irfan semalam.

Ketika diminta mengulas ketiadaan Safiq mulai musim depan, Irfan
mengakui, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada Gergasi Merah selepas
kehilangan pakar sepakan percuma itu.

“Tidak dapat dinafikan, kehilangan Safiq memberikan kesan kepada
Selangor. Dia merupakan seorang ketua pasukan yang bagus serta pakar
dalam gerakan set-piece.

“Namun, bola sepak adalah semangat berpasukan dan ia bukan dalam bentuk individu.

“Apa yang pasti, saya mahu membantu Selangor muncul sebagai juara Liga Super pada musim depan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika
dihubungi Kosmo! mengesahkan bahawa pemain tengah, Azidan Saruddin
menyertai Pahang musim depan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum