Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Tolak populariti, terima kualiti

View previous topic View next topic Go down

Tolak populariti, terima kualiti

Post by Park Deen on Wed Nov 07, 2012 4:38 am

Tolak populariti, terima kualiti( Kosmo)









TANPA berselindung, Faizal Hussein, Maya Karin mahupun Azhanrani
memberitahu mereka tidak meletakkan harapan untuk menang dalam Anugerah
Skrin 2012 (ASK 2012) yang bakal berlangsung pada 9 November ini. Tegas
anak-anak seni berkaliber itu, mereka bekerja secara ikhlas dan lebih
mementingkan kualiti serta kepuasan dalam bekerja.

Biar masing-masing tidak meletak sasaran untuk menang, namun melihat
kepada filem dan watak yang didukung mereka begitu hebat, maka
kebarangkalian untuk mereka menang adalah besar.

ASK 2012 boleh dikatakan medan 'tuah' buat Faizal apabila tiga filem
lakonannya tercalon iaitu Bunohan, Abuya dan Datin Ghairah. Tercalon
untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem Bunohan, tegas Faizal,
dia bersyukur kerana filem itu juga berjaya mewakili negara ke
pencalonan awal Academy Awards ke-83.

Bagi Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, dia
berbangga dengan pencapaian filem Ombak Rindu yang menerima banyak
pencalonan termasuk pencalonan untuk dirinya iaitu Pelakon Wanita
Terbaik Filem dalam anugerah tersebut.

Menganggap pencalonan tersebut sebagai rezeki, jelas Maya, bukan
kemenangan menjadi keutamaan, sebaliknya dia lebih mementingkan kualiti
kerja dan sentiasa menunjukkan komitmen 100 peratus dalam bekerja.

Sebaliknya, bagi pelakon berbakat besar, Azhanrani, 37, ini adalah
kali pertama dia tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
untuk drama Pelarian.

Tidak meletakkan sebarang sasaran, ungkap lelaki yang senang disapa Azhan itu, jika menang ia merupakan satu bonus buat dirinya.

Faizal ke Hollywood

Tepat jangkaan Faizal, 45, apabila filem Bunohan berjaya mewakili
negara ke Academy Awards ke-83 pada tahun hadapan. Disebabkan itu,
pelakon yang cukup sinonim dengan filem nostalgia Gila-Gila Remaja itu
tidak terkejut dengan pencalonan filem tersebut ke luar negara.

Ungkapnya, biar pada mulanya filem tersebut menerima kritikan orang
ramai apabila ditayangkan tetapi dia sedar filem itu bagus dan mampu ke
peringkat antarabangsa.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini dan secara tidak langsung
menjadi duta yang mewakili negara kita di Hollywood. Saya rasa ini
merupakan satu petanda aras bahawa filem Malaysia akan diangkat ke mata
dunia suatu hari nanti," katanya.

Cuma, harapannya kini agar filem Bunohan mampu memasuki pencalonan
Top 5 Academy Awards ke-83, seterusnya membuka ruang dan peluang
untuknya melangkah kaki ke Hollywood.

Ternyata harapannya itu bakal menjadi kenyataan apabila dedah Faizal,
baru-baru ini dia ada menerima dana daripada sebuah syarikat komunikasi
untuknya bertapak di Hollywood.

Biarpun pada mulanya Faizal agak keberatan untuk berkongsi cerita
tersebut kerana beranggapan perkara itu masih lagi dalam perbincangan,
namun kerana rasa gembira impiannya selama ini bakal tercapai perkara
itu akhirnya dikongsikan secara eksklusif bersama Kosmo!.

"Sebenarnya ada projek rahsia yang bakal saya jalankan. Baru-baru ini
saya ada menerima dana daripada sebuah syarikat komunikasi yang sudah
merangka perjalanan karier saya di Hollywood," jelasnya.

Luah Faizal, sebenarnya sejak umurnya 20-an lagi dia sudah
mengimpikan untuk ke Hollywood namun, ternyata impiannya itu terlaksana
ketika usianya mencecah 45 tahun.

Berasakan tidak terlalu lewat untuknya pergi ke peringkat
antarabangsa, ujar Faizal, projek itu akan berjalan sepanjang pencalonan
filem Bunohan bagi kategori Filem Asing Terbaik dalam Academy Awards
ke-83 yang akan berlangsung pada 10 Januari 2013.

Berjaya atau tidak projek itu nanti bukan menjadi keutamaan Faizal,
tetapi tegasnya ia bertujuan sebagai pembakar semangat kepada
pelakon-pelakon Malaysia untuk tampil ke peringkat antarabangsa.

Ia akan dapat membuka peluang yang lebih besar lagi kepada
aktor-aktor tempatan untuk meluaskan lagi bakat mereka di luar negara
khususnya di Hollywood.

"Saya boleh katakan projek tersebut sebagai pembakar semangat dan
motivasi kepada pelakon-pelakon di Malaysia untuk ke peringkat
antarabangsa," ujarnya.

Selain Faizal, filem yang mengambil latar belakang cerita di sebuah
kampung di Kelantan itu turut dibintangi oleh pelakon lain seperti
Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su
dan Tengku Azura.



DARI kiri: Faizal Hussein,
Maya Karin dan Azhanrani memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni
yang disegani. Ketiga-tiganya dilihat sebagai pencabar hebat dalam
kategori yang mempertandingkan mereka menerusi Anugerah Skrin 2012 yang
bakal berlangsung pada Jumaat ini.



Mengenai perkembangan terkini, Faizal mengakui terpaksa menyimpan
jambang sehingga malam ASK 2012 kerana terlibat dengan penggambaran
drama 13 episod untuk RTM 1 iaitu Beret Hijau.

Membawa peranan sebagai ketua militan jahat bernama Abu Farsi, dedah
Faizal, dia mampu bertahan dalam industri seni berkat daripada peranan
antagonis yang dibawa sejak tahun 2000.

"Saya ada strategi untuk membuatkan penonton dan peminat tidak puas
menonton lakonan saya. Disebabkan itu, bermula tahun 2000, saya banyak
menerima watak antagonis tidak kira dalam drama mahupun filem," jelasnya
yang risau penonton muak jika terlalu kerap muncul di media.

Eksperimentasi Maya

Bakal muncul dengan persalinan ala puteri raja daripada pereka Khairi
Sufi untuk ASK 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, ini merupakan penampilan pertamanya
dalam anugerah tersebut selepas lima tahun tidak berpeluang
menghadirinya.

Bukan sebab tidak dicalonkan, tetapi menurut pelakon yang memegang
peranan Katerina dalam filem terbaharunya iaitu Lagenda Budak Setan 2,
dia tidak dapat hadir ke ASK sebelum ini kerana tidak mempunyai
kelapangan waktu.

Ditanya bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni sehingga
kini, ujar Maya, semuanya kerana dia bijak mengawal kualiti kerja dan
melakukan sebaik mungkin setiap watak yang diberikan.

Disebabkan itu, katanya, dia tidak pernah mengambil dua kerja dalam
masa serentak kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada satu karya.

Menolak semua tawaran drama yang datang, jelas Maya, ia bukan
disebabkan dia berlagak diva atau menganggap dirinya besar dan tidak
layak untuk berlakon drama, tetapi dia akui begitu selektif memilih
watak dan jalan cerita yang benar-benar berkualiti untuk dilakukan.

"Saya bukan berlagak tidak mahu berlakon drama dan hanya berlakon
filem sahaja, tetapi saya kena selektif. Kebanyakan drama yang saya
terima ada skripnya yang masih belum siap, jalan cerita yang tidak jelas
penghabisannya dan masa penggambaran yang terlalu lama," ujarnya yang
tidak suka menerima karya yang tidak bermutu.

Ujar Maya, jika terbabit dengan sesebuah filem sekalipun, dia hanya
memberikan masa paling lama enam minggu untuk melakukannya namun,
janjinya dia akan meletakkan 100 peratus komitmen untuk karyanya itu.

Selepas itu, tutur wanita cantik itu lagi, dia akan melakukan
pelbagai aktiviti kesukaannya seperti mendaki gunung untuk kepuasan
peribadi.

Mengakui suka bereksperimentasi dalam mencuba pelbagai watak, dedah
Maya dia harus akur bahawa selera peminat lebih suka melihatnya
membawakan watak yang sama seperti watak Izzah dalam filem Ombak Rindu.

"Saya menerima banyak komen peminat yang mempertikaikan jika saya
membawakan watak yang lain daripada watak sebelum ini. Sebaliknya, saya
pula tidak suka membuat benda yang sama (berlakon watak yang sama).
Bagaimanapun, selepas menonton lakonan saya, peminat akhirnya menerima
dan menyukai watak baharu yang saya lakonkan," ceritanya.

Tidak meletakkan sasaran sehingga bila dia akan berlakon, kata Maya,
menjadi keutamaan baginya setiap kali muncul di kaca TV atau layar
perak, peminat menyukai hasil lakonannya dan dia juga mendapat kepuasan
maksimum.

Populariti Azhanrani

Azhanrani mula berlakon pada tahun 2005 apabila menghiasi slot
Samarinda, Sesuci Cinta Sofia di TV3. Namun, impak lakonan yang dibawa
lelaki berwajah serius ini masih belum menyerlah di kaca mata peminat.

Hampir tujuh tahun merangkak kemudian bertatih dalam industri bukan
jangka masa yang singkat namun, ia tidak pernah mengecewakan Azhan.

Sehingga dia muncul dalam drama Gemilang, Supermak dan terbaharu
Amukan Pocong untuk slot Seram diTV3, baru kehadirannya dalam industri
lakonan disedari.

Pun begitu, akui Azhan, sehingga kini orang ramai masih lagi tidak mengetahui namanya.

"Banyak kali orang yang terjumpa saya akan cakap, 'Eh awak ini yang
berlakon dalam drama Amukan Pocong itukan...', 'Awak berlakon dalam
drama Supermak kan...'," dedahnya yang tidak ambil hati kerana namanya
masih tidak dikenali peminat.

Bagi pelakon yang mencuri perhatian peminat dengan karisma
lakonannya, tidak dikenali bukan merupakan satu isu besar bagi dirinya,
sebaliknya dia lebih suka orang mengenali karakter yang dibawanya di
dalam drama atau filem.



MAYA, Azhan dan Faizal lebih mementingkan kualiti kerja berbanding menerima tempias popular kerana kontroversi.



Mengakui kurang dikenali dari segi nama dan kurang pendedahan di dada
akhbar mahupun program hiburan, bagaimanapun, tawaran lakonan tetap
bertali arus.

"Walaupun kurang pendedahan di majalah atau surat khabar, peluang
sentiasa ada. Biarlah nama saya tidak popular seperti pelakon lain,
asalkan tawaran lakonan sentiasa ada.

"Dari segi perkembangan karier, saya bersyukur kerana tawaran sentiasa ada, malah kadangkala terpaksa tolak," katanya.

Dalam nada rendah diri, Azhan akui seronok dapat bekerja dengan ramai
pengarah besar tempatan. Tanpa berselindung, itulah impiannya selama
bergelar pelakon iaitu bekerja dengan semua pengarah tempatan untuk
merasai nikmat kepuasan berlakon.

"Saya membesar dengan teater sejak kecil. Selepas lama bergiat dalam
teater dan bermula daripada Lantai T Pinkie, saya dibawa masuk ke dunia
penyiaran oleh tiga pengarah iaitu Along Kamarudin, Ahmad Nor Bujang dan
Zuraidah," jelasnya.

Sejak itu, Azhan menggalas peranan sebagai anak seni dalam lebih 40
buah drama TV, antara lain Ku Milikmu, Tower 13, Lembing dan Dayang dan
Warkah Terakhir.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum