Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ana Dahlia menyesal

View previous topic View next topic Go down

Ana Dahlia menyesal

Post by Park Deen on Wed Nov 07, 2012 4:32 am

Ana Dahlia menyesal(kOSMO)


Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ANA DAHLIA dan Chef Riz bernikah 11 bulan lalu. Rumah tangga mereka kini sedang bergolak.



BADAI yang melanda rumah tangga pelakon filem Mantra, Ana
Dahlia dan chef selebriti terkenal, Chef Riz menjadi teka-teki dan
status perkahwinan mereka masih mengundang tanda tanya ramai pihak.

Kontroversi itu muncul setelah pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah
Rendah Syariah Kajang, Selangor pada awal minggu lalu untuk mengambil
borang penceraian.

Walaupun kedua-duanya telah memberikan kenyataan balas mengenai
keadaan hubungan mereka, namun punca sebenar keretakan rumah tangga
mereka belum lagi didedahkan.

Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan pelakon Ana Dahlia atau nama
sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, di majlis ramah mesra drama
bersiri Cinta Itu Milikku di Sri Pentas baru-baru ini untuk mendapatkan
kenyataan lanjut daripadanya.

Kosmo!: Sepanjang kes rumah tangga Ana dibicarakan dengan lebih
meluas sejak akhir-akhir ini, tiada lagi kenyataan mengenai punca
masalah rumah tangga kalian bergolak. Apakah komen anda?


Ana Dahlia: Hal ini terlalu peribadi buat saya. Sampai masanya orang
ramai akan tahu perkara sebenar. Tidak perlu saya aibkan diri saya,
keluarga kedua-dua belah pihak dan orang sekeliling.

Benarkah anda dan Chef Riz hadir ke mahkamah untuk mengambil borang penceraian baru-baru ini?

Saya tidak boleh cakap apa-apa. Saya tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Benarkah ada dakwaan anda kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga anda?

Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki jauh sekali untuk berlaku curang.

Boleh anda jelaskan tentang status perkahwinan anda kini? Adakah kalian masih tinggal sebumbung?

Itu terlalu peribadi, jadi saya tidak perlu jawab. Buat masa ini saya
tidak boleh jelaskan lagi mengenai status perkahwinan saya. Sampai masa
perkara ini akan jelas dengan sendiri.

Anda dan Chef Riz hanya baru 11 bulan berkahwin dan kini perkahwinan kalian sudah bergolak. Anda ralat?

Saya akui kami berkenalan dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil
keputusan untuk berkahwin dan tidak cukup mengenali hati budi
masing-masing.

Itu salah saya. Sebaik-baiknya, janganlah membuat keputusan
terburu-buru dan menyebabkan kita tersilap langkah. Saya terima keluarga
sebelah mentua kerana mereka sangat baik dan rapat dengan saya.

Apakah tindakan anda sekarang? Adakah anda berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan kalian?

Saya rasa semua orang melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan
rumah tangga (jumpa kaunselor). Kini saya hanya berserah dan berusaha
untuk diri saya.

Adakah isu kepincangan rumah tangga anda kini mengganggu fokus kerja?

Terus-terang, ya. Tapi saya harus fokus terhadap karier dan tidak
mahu memikirkan hal ini sehingga ia menjejaskan kehidupan saya.

Buat masa ini, saya masih perlu menjalani penggambaran drama Cinta Itu Milikku dan saya juga tidak ada menerima tawaran lain
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum