Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Kafa kaji cara terbaik selesai kemelut Mat Yo

View previous topic View next topic Go down

Kafa kaji cara terbaik selesai kemelut Mat Yo

Post by Park Deen on Wed Nov 07, 2012 3:51 am

Kafa kaji cara terbaik selesai kemelut Mat Yo (Harian Metro)


























PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) percaya tahap profesionalisme
penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang berhasrat
meninggalkan juara tiga piala itu pada musim depan.


Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail menegaskan, andai individu
yang dinobat pemain paling bernilai liga tempatan untuk tiga tahun
berturut-turut itu kekal di Kelantan, ia tidak akan menjejaskan Red
Warriors walaupun pemain kelahiran Besut itu sudah menyatakan hasrat
untuk berhijrah.

“Saya tidak fikir ia menjejaskan pasukan
kerana dia pemain profesional,” katanya. ketika ditanya kemungkinan
situasi itu bakal mencetuskan suasana tidak diingini dalam pasukan.





Pemain dikenali sebagai Mat Yo itu sebelum ini menyuarakan hasratnya
untuk berpindah namun masih terikat kontrak setahun Kelantan hanya
tamat musim depan.

“Kami masih mengkaji peraturan bagi
menyelesaikannya. Setakat ini belum ada keputusan dibuat dan kami akan
bermesyuarat dalam masa terdekat. Malah kami juga belum membalas surat
tawaran kedua dihantar Johor bagi mendapatkan khidmatnya.” Bagaimanapun,
Persatuan Bola Sepak Malaysia menerusi satu kenyataan kelmarin
menjelaskan kontrak pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara
sebelah pihak, sama ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang
tertera dalam Kontrak Pemain Bola Sepak sekali gus dilihat membuka
peluang untuk Mat Yo berhijrah.

Badan induk bola sepak negara
itu menyatakan mengikut Perkara 8.5 dan 8.6 kontrak terbabit, perkara
terbabit boleh dilakukan dengan syarat pihak yang membatalkan kontrak
hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai kontrak kepada
pihak kedua.












“Kami belum membuat keputusan ataupun mengadakan dan perbincangan,
mungkin dalam tempoh terdekat,” kata Rosmadi yang enggan mengulas lanjut
perkara itu.

Kehadiran penyerang yang beraksi di La Liga,
Daniel Gonzales Guiza yang dipinjam Getafe CF pastinya menyemarakkan
lagi semangat Mat Yo yang kini dalam misi penting mempertahankan Piala
AFF bersama skuad negara penghujung bulan ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum