Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Hilang tiga tonggak tidak rencat momentum ATM

View previous topic View next topic Go down

Hilang tiga tonggak tidak rencat momentum ATM

Post by Park Deen on Wed Nov 07, 2012 3:47 am

Hilang tiga tonggak tidak rencat momentum ATM(Harian Metro)

KEHILANGAN tiga tonggak tidak akan merencatkan cabaran Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) yang bakal bersaing dalam Liga Super buat kali
pertama musim depan.

Malah kapten ATM, Hairuddin Omar melaungkan amaran, mereka akan
menjadi salah sebuah pasukan yang mencabar dengan meletakkan sasaran
peribadi untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala dipertandingkan.

“Tiada masalah bagi kami sekiranya tiga pemain terbabit berhijrah. ATM sudah
berjaya mendapat pemain berpengalaman, Mohd Shukor Adan selain Marlon
Alex James dan Bruno Sebastian Martelotto yang masih kekal menabur
khidmat untuk musim depan,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

Kehadiran barisan pemain berpengalaman terbabit antara sebab yang
mendorong dirinya kekal bersama ATM selepas pasangan kembar, Mohd Aidil
Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak serta Mohd Azmi Muslim membuat
keputusan berhijrah selepas bersama-sama menjulang pasukan itu menjuarai
Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.

“Kontrak saya tamat bulan ini dan sudah membuat keputusan menyambung kontrak
setahun lagi bersama ATM beberapa hari lalu dan memberikan persetujuan
lisan sebelum menandatangani kontrak baru dalam masa terdekat.

“Selain itu antara sebab saya kekal di ATM adalah untuk merasai aksi Liga Super
bersama pasukan ini selepas bekerja keras menjadikannya antara pasukan
disegani musim lalu.” Keputusan pemain yang mempunyai pencapaian unik
Piala Malaysia itu menutup peluang Terengganu mendapat khidmatnya
selepas gergasi Pantai Timur itu gagal mendapatkan beberapa pemain
bintang lain seperti Norfarhan Muhammad dan Norshahrul Idlan Talaha.

Sebelum ini pengendali ATM, B Sathianathan berkata, beliau masih
memburu sekurang-kurangnya dua pemain berstatus bintang bagi menguatkan
cabaran pasukan itu selepas berjaya mendapatkan kapten Negeri Sembilan,
Shukor bagi menggantikan posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan
Aidil Zafuan.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum