Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Amri kekal setahun lagi

View previous topic View next topic Go down

Amri kekal setahun lagi

Post by Park Deen on Tue Nov 06, 2012 10:38 am

Amri kekal setahun lagi (Harian Metro)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
KEHILANGAN sejumlah besar tonggak utama Selangor menyebabkan Mohd
Amri Yahyah berada dalam dilema untuk meneruskan khidmatnya bersama
Merah Kuning musim depan.


Namun selepas berfikir panjang, pemain tengah berusia 31 tahun itu
akhirnya setuju untuk kekal menabur bakti bersama pasukan tunggal yang
diwakilinya sejak 2001.

“Memang pada awalnya pemergian
sejumlah besar pemain utama menimbulkan kebimbangan kepada saya untuk
bersama Selangor. “Bagaimanapun selepas memikirkan jasa Selangor selama
ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk kekal setahun lagi,” kata
kapten Selangor yang mengetuai pasukan itu sejak 2009.

Keputusan pemain kelahiran Tanjung Karang, Kuala Selangor itu
akhirnya menutup hasrat beberapa pasukan lain seperti Terengganu,
Selangor PKNS, Felda United dan Negeri Sembilan menagih khidmat pemain
berkaliber yang turut mampu beraksi di posisi penyerang itu.

Pada musim depan, Selangor yang kemarau kejuaraan sejak dua musim lalu
kehilangan kapten skuad negara dan perancang tengah, Safiq Rahim kerana
berhijrah ke Johor, selain Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan (Pahang)
manakala Azidan Sarudin (Perak).

Penyerang import dari
Croatia, Bosko Balaban pula mengetuai senarai pemain yang digugurkan
diikuti P Gunalan, R Surendren dan G Jeevananthan. Pasukan Merah Kuning
itu bagaimanapun sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi musim
mencabar apabila mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd
Sharbinee Allawee Ramli, pemain sayap Negeri Sembilan, S Kunanlan selain
kapten Harimau Muda A, Mahali Jasuli dan V Kavichelvan di samping S
Veenod yang dipinjamkan USM FC dalam kancah Piala Malaysia musim lalu.

“Saya yakin dengan perancangan pengurusan dan jurulatih, kami akan
kembali mencabar musim depan dengan memenangi sekurang-kurangnya satu
trofi,” katanya yang turut mengharapkan sokongan peminat untuk kembali
memenuhi stadium selepas agak suram musim ini.

Sejak bersama Selangor, pemain itu memenangi semua gelaran saingan domestik, Piala
Malaysia, Piala FA, Liga Super, Liga Perdana dan Piala Sultan Ahmad Shah
selain menjulang Piala AFF 2010 bersama skuad negara.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum