Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

K Rajagopal

Go down

K Rajagopal

Post by Park Deen on Fri Nov 11, 2011 10:23 am

Rajagobal mahu skuad B-23 kekal tumpuan

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

KEMBOJA mungkin bakal menjadi lawan mudah pada anggapan skuad Bawah
23 Tahun negara dalam perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Sukan Sea
Ahad ini, namun ada mesej amaran dilontarkan ketua jurulatih kebangsaan,
Datuk K Rajagobal kepada anak buah Ong Kim Swee.

Bagi beliau, lawan skuad negara dianggap paling lemah dalam
Kumpulan A itu bukan terlalu mudah ditewaskan meskipun atas kertas,
sememangnya tiada alasan untuk anak buah Kim Swee gagal memungut tiga
mata penuh apabila bertemu skuad kendalian Lee Tae Hoon itu.

Ini kerana, berdasarkan pengalamannya dua tahun lalu ketika membimbing
skuad negara negara merangkul pingat emas di Laos, Kemboja adalah
pasukan yang liat untuk ditewaskan dan memberi masalah kepada skuad
negara meskipun ketika itu, anak buahnya mencatat kemenangan 4-0 pada
perlawanan peringkat kumpulan.

“Kalau kita tengok perlawanan malam tadi (kelmarin), Singapura juga sekadar mencatat kemenangan 2-1 saja ke atas Kemboja.
“DiLaos (dua tahun lalu), kita juga berjumpa Kemboja dan apa yang boleh saya katakan ialah ketika itu memang sukar untuk kami mendapatkan gol pertama, namun dengan semangat tidak pernah mengenal erti putus asa, akhirnya kami berjaya mendapat gol pertama dan meraih kemenangan.

“Samalah juga yang perlu dilakukan oleh skuad kali ini, saya harap mereka tidak memandang mudah cabaran Kemboja,” katanya.

Kim Swee kini boleh menarik nafas lega dalam misi berat untuk
mempertahankan kilauan emas selepas anak buahnya berjaya menewaskan
Thailand 2-1 pada perlawanan kedua selepas membuka tirai dengan aksi
hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan bertemu Singapura.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K Rajagopal

Post by Park Deen on Fri Nov 11, 2011 10:25 am

Jangan pandang rendah Kemboja ...jangan lepaskan peluang yang ada...
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K Rajagopal

Post by Park Deen on Wed Feb 01, 2012 3:53 am

Rajagobal tak pilih kasih

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SERIUS... Rajagobal (kanan) mengendalikan latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.




PENGENDALI skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tidak
pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyenarai pemain untuk
membarisi Harimau Malaysia.

Sebaliknya, Rajagobal sentiasa bersikap profesional bagi memastikan
skuad yang dibentuknya mampu menghadirkan gerun dalam kalangan pasukan
lawan.

Justeru, Rajagobal telah memanggil beberapa muka baharu bagi
menjalani kem latihan yang bermula Isnin lalu, antaranya Syazwan Yusoff,
Fauzan Dzulkifli dan Veniche Elphi.

“Bagi melengkapkan satu pasukan yang sempurna dalam tempoh satu atau dua hari, ia sukar bagi mana-mana jurulatih.

“Jadi saya mahu memberikan peluang kepada pemain-pemain baharu ini
untuk mengisi kekosongan dan peluang ini adalah medan untuk mereka
membuktikan keupayaan bersama skuad kebangsaan.

“Saya berharap mereka mampu berikan sesuatu kepada pasukan kebangsaan
menjelang pertemuan menentang Kelantan malam esok (hari ini),” kata
Rajagobal kepada Kosmo! semalam.

Sebagai ujian pertama, skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Bagi Rajagobal, pertemuan dengan skuad kendalian Peter James Butler
itu lebih kepada melihat keupayaan dan keserasian pemain baharu bersama
barisan sedia ada.

Selain mahu mencari ‘ramuan’ baharu, Rajagobal turut menganggap aksi
malam ini sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kempen Piala
Suzuki AFF pada November depan.

“Perlawanan menentang Kelantan boleh dianggap sebagai salah satu
persiapan kita menjelang Piala Suzuki AFF di mana Malaysia dan Thailand
diumumkan sebagai penganjur bersama untuk kejohanan kali ini.

“Saya mahu menggunakan masa dan peluang yang sedia ada (untuk memilih
beberapa muka baharu) bagi menyarung jersi skuad kebangsaan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadual mengadakan perlawanan persahabatan
menentang Arab Saudi pada 24 Februari di Australia dan menentang
Filipina lima hari kemudian.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

Re: K Rajagopal

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum