Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Ariel tertusuk paku

View previous topic View next topic Go down

Ariel tertusuk paku

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:45 am

Ariel tertusuk paku (Kosmo)





ARIEL



VOKALIS kumpulan Noah, Ariel tetap meneruskan persembahannya walaupun kakinya tertusuk paku di atas pentas.

Ketika membuat persembahan di Makassar, Sulawesi Selatan baru-baru
ini, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham memberitahu keadaannya
bagaimanapun kini sudah semakin baik.

Bekas vokalis Peterpan itu menganggap kecederaan merupakan lumrah terutama ketika sedang asyik beraksi di pentas.

"Biasa, kalau di atas pentas saya suka berlari-lari. Saya terkena
paku di kaki semasa lagu ketiga. Sewaktu di atas pentas, tidak terasa.
Waktu pulang baru terasa," katanya.

Seluar jeans yang dipakai Ariel turut koyak akibat insiden itu.

"Seluar jeans yang saya pakai itu sudah lama, sudah empat tahun tetapi ukuran masih sama," kata Ariel.

Bekas kekasih Luna Maya tersebut berasa beruntung kerana keadaannya kini sudah pulih seperti sediakala.

"Sampai saat ini masih fit. Sejauh ini masih okey," ujarnya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum