Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Primadona singkap getir wanita

View previous topic View next topic Go down

Primadona singkap getir wanita

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:42 am

Primadona singkap getir wanita (Kosmo)





EMPAT wanita popular sahut cabaran kendalikan bual bicara terbaharu berjudul Primadona di Astro Prima.




WANITA cantik itu banyak perbezaannya berbanding wanita berpengaruh
dan popular. Jika ketiga-tiga sifat itu bersatu sempurna, ia mampu
membentuk satu istilah yang lebih jitu. Barangkali gelaran 'primadona'
yang akrab digunakan dalam bidang glamor sesuai dikalungkan kepada
wanita yang mempunyai tiga sifat berkenaan.

Dalam konteks bahasa, primadona itu pula bermaksud seri panggung atau
pelakon wanita utama tetapi dalam konteks sebuah rancangan televisyen
yang baru sahaja menemui penonton bermula Jumaat lalu, ia sebuah program
bual bicara dari luahan hati wanita untuk semua wanita.

Dikendalikan oleh empat wanita popular, Erra Fazira, Ziela Jalil,
Rozita Che Wan dan Raja Azura. Sepintas lalu program itu mudah dianggap
sebagai program yang bercakap tentang glamor dan suka-duka dalam
kehidupan anak seni. Sangkaan itu meleset kerana sebaliknya ia
bertemakan bual bicara yang mengupas pelbagai isu menarik berkaitan
wanita menerusi sudut serta perspektif berbeza. Bermula 2 November,
Primadona ke udara setiap pukul 9 malam di Astro Prima.

Fokus kepada Erra dan Ziela, Sensasi Bintang membawa dua wanita yang selayaknya ratu panggung itu bercerita tentang Primadona.

Boleh ceritakan peranan kalian dalam program Primadona ini?

ERRA FAZIRA (EF): Kami tiada segmen-segmen tertentu yang akan
dikendalikan oleh mana-mana empat pengacara dalam program ini. Kami akan
bersama-sama dari awal hingga akhir, cuma kena berhati-hati juga kalau
ada yang banyak cakap pada segmen pertama, pada kedua nanti bagi peluang
pula kepada yang belum buka mulut. Kak Engku (Raja Azura) menjadi
ala-ala moderator dalam kumpulan ini, dia yang akan tembak siapa yang
dirasakan mahu ditembaknya.

ZIELA JALIL (ZJ): Saya bertindak macam kakak kepada tiga adik saya
yang lain. Lebih tenang dan memang macam kakak-kakak. Secara jujur, saya
tidak biasa buat program bual bicara, jadi agak susah untuk masuk atau
potong bila ada yang bercakap. Belum dapat roh sepenuhnya. Lama kelamaan
akan dapatlah rentaknya nanti dibantu dengan adik-adik saya yang
sama-sama menjadi hos.

Pada pandangan kalian, siapakah yang layak dipanggil Primadona?

EF: Selayaknya, primadona itu milik seorang wanita hebat pengaruhnya
dan idola kepada semua. Tapi program ini tiada kaitan dengan primadona
yang dimaksudkan atau yang selalu disebut dalam arena hiburan. Mula-mula
kami takut judul program itu berbunyi klise tapi rupa-rupanya ia
berbunyi indah kerana kebetulan ia disiarkan di saluran Prima dan
primadona pula selalu dikaitkan dengan wanita.

ZJ: Primadona adalah wanita yang terdiri daripada anak, isteri, ibu
mahu pun guru. Wanita yang diletakkan di atas dalam apa jua status
dirinya.

Siapa pula primadona dalam hati dan mata kalian?

EF: Tentulah ibu saya. Biarpun dia hanya wanita biasa di mata orang lain, tapi dia ialah primadona dalam hidup saya.

ZJ: Sudah tentu insan yang melahirkan saya. Kemudian saya meletakkan
ibu mertua dan anak gadis saya sebagai primadona. Mereka yang istimewa
dan hidup bersama saya dalam susah dan senang.

Primadona sering dikaitkan wanita yang punya sandiwara hidup tragis dan dramatik. Apakah benar telahan ini atau mitos?

EF: Bukan primadona sahaja yang berdepan kesukaran atau apa sahaja
cabaran tragis dalam hidup, ia berlaku kepada semua wanita dalam konteks
yang berbeza. Suka duka atau susah senang hidup ini tiada condong atau
berpihak kepada primadona, itu normal kehidupan untuk insan yang
dilahirkan sebagai wanita.

ZJ: Secara umumnya, wanita akan menempuhi setiap suka duka serta liku
kehidupan. Namakan siapa sahaja, mesti tidak terlepas daripada liku
tersebut. Seseorang itu pasti menempuhi dugaan dan menghadapinya tidak
kiralah cepat atau lambat. Program Primadona suka untuk mendidik
generasi sekarang untuk menghadapi suka duka kehidupan. Saya jadi hairan
dengan orang sekarang yang suka buang zuriat dan apa yang saya lihat,
dalam dunia kini, orang menjadi semakin tidak siuman.

Sikap primadona yang didengar dan menakutkan kalian?

EF: Dalam dunia hiburan, kita selalu dimomokkan dengan istilah
primadona yang membawa makna positif atau negatif. Yang kita tak mahu
ialah sifat angkuh. Kadang-kadang individu yang selayaknya berada di
kerusi primadona lebih bersikap sederhana berbanding artis yang perasan
dirinya adalah primadona.

ZJ: Dahulu, kita dengar tentang primadona yang sudah menempuh
kejayaan dan kegemilangan tetapi tidak boleh menghadapi kejatuhan atau
masa tuanya. Itu yang menakutkan.

Ceritakan tentang pengalaman baharu sebagai pengacara.

EF: Berbanding Kak Engku, kami semua ini memang kosong ilmu
pengacaraan. Setiap masa kena belajar dan seronok sebenarnya bila
berkumpul begini untuk kendalikan satu program yang serius. Sebelum ini
memang ada program hari raya yang ala-ala mengacara, tapi itu main-main
sahaja. Dalam program ini, saya macam biasalah, dengan karakter tidak
terlalu menampakkan kewanitaan sangat, seronoklah.

ZJ: Seronok apabila dapat bersama tiga adik yang lain. Dengan Erra,
saya sudah biasa kerana kami satu grup. Saya kenal dengan Raja Azura
sejak zaman 1980-an dan bersama Rozita, dia pernah bekerjasama dengan
saya dalam projek syarikat saya. Memang kami serasi dan saling bercerita
dan ketawa bersama. Jujurnya juga dengan tawaran ini dapatlah
'melupakan' sedikit kerinduan terhadap anak saya, Julia yang belajar di
luar negara.

Pada pemerhatian kalian, apa konflik terbesar dalam perjalanan hidup wanita sekarang?

EF: Setiap fasa yang dilalui oleh wanita mempunyai konflik yang
berbeza, ketika remaja hingga awal 20-an, wanita berdepan pilihan
mencari hala tuju, pada umur 30-an pula dalam proses untuk menstabilkan
apa yang sedang dicapai manakala pada peringkat 40-an pula, wanita
biasanya berdepan situasi, bagaimana untuk mengekalkan kehidupan.

ZJ: Saya terlibat dalam banyak dan pelbagai masalah berkaitan dengan
wanita. Ada wanita terkesan akibat keruntuhan rumah tangga dan ada juga
yang tekanan akibat tuntutan kerja sehingga menguji jiwa.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum