Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Becok punca Ika jadi deejay

View previous topic View next topic Go down

Becok punca Ika jadi deejay

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:40 am

Becok punca Ika jadi deejay (Kosmo)




IKA NABILA mengakui, usia
muda boleh membuai dirinya untuk memikirkan keseronokan sementara, namun
dia masih dalam proses pembelajaran dan memperbaiki diri.



TANPA pengalaman, latar belakang pengacaraan ataupun menjadi
pengacara majlis perkahwinan, tiba-tiba sahaja nama pelakon serta bekas
peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabila diumumkan sebagai
penyampai radio di Era FM.

Perkara itu disahkan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran. Bukan Ika
Nabila seorang, bahkan seorang lagi penyanyi yang juga bekas peserta AF,
Aril juga kini secara rasmi bergelar penyampai baharu atau deejay di
stesen radio nombor satu negara itu.

Nazri berkata, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus sudah pun
memulakan tugasnya bersama Era FM sejak 7 Oktober lalu menerusi segmen
jam 6 petang hingga 10 malam, namun ia masih dalam peringkat
pembelajaran.

"Setelah kami mengadakan uji bakat berperingkat, Aril dan Ika Nabila
adalah calon yang paling layak dan bakat mereka boleh digilap lagi dalam
bidang penyampaian radio," kata Nazri pada majlis kesyukuran Era FM,
Khamis lalu.

Aril dan Ika bakal bergandingan dalam segmen hujung minggu yang
berjudul Muzik ERAthon selama empat jam, kebiasaannya ke udara pada hari
Ahad.

Sensasi Bintang mendapatkan penjelasan daripada Ika berhubung
pelantikan dan tugas baharu yang digalas sebagai penyampai di sebuah
stesen besar seperti Era FM.

Sensasi Bintang: Bagaimana tugas deejay anda kini memandangkan Ika tidak ada pengalaman dan masih terlalu muda?

IKA: Memanglah saya muda lagi, baru berumur 20 tahun tapi tawaran
untuk jadi deejay ini bukan diterima secara tiba-tiba. Sebenarnya saya
dipanggil untuk uji bakat sejak bulan Februari lagi. Proses uji bakat
itu banyak kali dan macam-macam peringkat. Mula-mula kena uji bakat
secara solo, lepas itu uji bakat bersama calon penyampai yang lain.
Banyak proses yang dilalui.

Atas alasan apa Ika dipilih jadi deejay?

Ikut apa yang pihak Era maklumkan, saya dipilih jadi deejay kerana
banyak cakap. Lagi satu saya juga ada minat terhadap bidang muzik dan
industri hiburan.

Cukup ke sekadar becok dan minat?

Memang tak cukup, tapi saya terima tawaran itu kerana anggap itu
peluang keemasan yang tidak patut saya tolak. Cabaran paling besar ialah
untuk banyak cakap tapi penuh maklumat serta berupaya menarik perhatian
pendengar.

Sebenarnya anda sudah bertugas atau belum?

Sudah. Saya sudah ke udara sejak tiga minggu lalu tapi tidak pernah
digandingkan lagi dengan Aril sebaliknya dengan penyampai senior lain.

Pernah ada insiden memalukan atau tersasul?

Pernah. Saya terlupa nombor telefon stesen sendiri, tapi nasib baik ia berlaku semasa dalam rakaman. Jadi, tak sempat ke udara.

Semacam tradisi Era FM mengambil lepasan AF untuk menjadi deejay
sehingga memberi gambaran bahawa kalian produk gagal yang terpaksa
dieksport ke konti radio.

Rasanya tidak. Saya sendiri kurang dilihat sebagai penyanyi kerana
masa masuk AF, awal-awal lagi saya terkeluar. Orang lebih nampak saya
sebagai pelakon.

Adakah pemilihan itu dibuat lantaran anda dilihat sudah popular sebagai pelakon?

Bab itu saya tak berani komen. Saya tak banyak berlakon untuk Astro
sebaliknya banyak muncul di stesen Media Prima. Saya cuma nak cuba.
Kalau tak menjadi tak rugi apa-apa tapi saya akan buat yang terbaik
untuk kembangkan karier. Sekarang saya juga dilantik jadi duta golf
untuk kerja amal bersama Kementerian Belia dan Sukan. Majlis pelancaran
akan dibuat pada 17 November nanti, itupun rezeki dan peluang buat saya.


Perkembangan lain tentang kerja anda ketika ini.

Sekarang saya sibuk dengan penggambaran program realiti Panik untuk
ntv7, ia semacam program Seekers, Fear Factor atau Amazing Race. Selain
itu ada drama berjudul Darjat di TV3.

Baru-baru ini ada isu tindik lidah. Khabarnya Ika terkandas pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dahulu?

Saya bertindik untuk suka-suka. Kadang-kadang saya juga terleka,
mungkin sebab masih muda. Tapi saya tak pakai benda itu sepanjang masa
pun. Bab tangguh belajar itu pula terpaksa saya buat, rezeki lebih
kepada bidang seni tapi saya masih berminat untuk belajar. Mungkin akan
buat pendidikan jarak jauh di Kuala Lumpur sahaja, untuk sambung semula
diploma komunikasi di USM itu, mungkin tidak.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum