Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

3 duda sindir dalam lagu

View previous topic View next topic Go down

3 duda sindir dalam lagu

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:37 am

3 duda sindir dalam lagu (kosmo)





ANGGOTA Projek 3D dari kiri, Radhi OAG, Asheed dan CD Naz.



TIGA sahabat dalam jalur hidup yang berbeza disatukan kembali juga
atas nama kehidupan. Asheed dari grup Def-Gab-C, Radhi dari OAG dan CD
Naz yang menganggotai Sil Khannaz kini bersatu atas pengalaman lalu.

Ketiga-tiga mereka mula bersahabat daripada zaman era Pasar Seni
sebelum melibatkan diri dalam bidang seni mengikut aliran masing-masing.
Berbeza pilihan muzik dan begitu juga pilihan hidup.

Namun setelah masing-masing mengenal asam dan garam kehidupan sebagai
anak seni malah seorang lelaki, mereka bertemu titik persamaan. Tiga
lelaki itu kini berstatus duda.

Status yang membawa mereka kepada pengalaman dan pengajaran
kehidupan. Titik mula itulah yang membuatkan Asheed, Radhi dan CD Naz
bertindak menyalurkan kenyataan jiwa mereka.

Lalu tercetuslah projek 3D: 3 Duda (Dadidu) yang merupakan sebuah
trio mengalunkan lagu yang terkait sedikit sinikal, tabu, menyindir dan
isi cerita perihal mereka.

"Kami sudah merancang hampir setahun untuk keluar dengan grup dan
material kami. Idea awal tercetus daripada Amad, kawan kami yang
merupakan penerbit dan juga komposer. Kebetulan kami juga menjadi juri
kepada sebuah pertandingan Battle of The Band.

"Secara peribadinya, Amad atau Ahmad Abdullah bagaikan perakam kisah
hidup kami kerana dia amat rapat dengan kami bertiga," kata CD Naz
membuka cerita.

Hidup tiga duda

Single perdana dengan tajuk Roman Arogan dipersembahkan buat kaum
Hawa. Hakikatnya buat mereka, lagu ini merupakan ekspresi muzikal
berlandaskan pengalaman lalu.

"Kami boleh serasi kerana kami melalui keperitan dalam hidup bergelar
duda. Lagu ini merupakan cerita kehidupan," terang Asheed.

Sampuk Radhi, pendengar wanita mungkin menganggapnya naskhah sombong.

"Mungkin sedikit menyindir. Penyampaian kami dengan jiwa yang tetap dan teguh. Ya, ego kami tinggi tapi itu biasa," jelas Radhi.

Atas satu kata, tiga duda itu mendakwa zuriat masing-masing kini merupakan keutamaan.

"Anak adalah nombor satu. Perlu diingat bahawa kami tiada dendam
terhadap kaum wanita. Cuma ini adalah sebuah penyampaian lagu daripada
isi hati tiga orang duda," ketawa Asheed.

Lalu disambung oleh Radhi yang sentiasa hiper: "Beginilah, sekarang
ini kalau mahu mencari pasangan, wanita itu kalau mahukan kami, perlu
juga mahukan anak kami. Itu antara syaratnya. Kami menjadi lebih
berhati-hati dalam memilih pasangan sekarang."

Dalam nada sama, CD Naz berkata mereka juga perlukan perhatian.

"Jangan anggap jika berlaku salah dan silap dalam rumahtangga, asyik nak salahkan pihak lelaki," ulas CD Naz lagi.

Projek 3D ini dilahirkan oleh label IMG Records dan bakal muncul
dengan EP yang mengandungi lima buah lagu. Lagu Roman Arogan adalah
satu-satunya lagu yang menampilkan suara mereka bertiga. Lagu-lagu lain
yang dimuatkan dalam EP tersebut ialah Lagu Baru nyanyian Radhi, Gadis
Rahsia (Asheed), Pabila Hujan Turun (CD Naz) dan sebuah lagu bonus
nyanyian Monoloque bersama Ibnor Riza iaitu Sudah Terluka Merindu Pula.

Lagu kisah hidup

"Lagu Roman Arogan mempunyai lirik yang agak sukar difahami tetapi
menarik. Ketiga kami muncul dengan vokal yang berbeza," tegas CD Naz
yang menganggap lagu solo nyanyiannya adalah sebuah lagu balada moden
berlandaskan pengalaman hidup sebenarnya.

"Saya pula sudah lama tidak muncul dengan lagu baharu. Sebab itu
tajuk lagu solo saya dalam projek ini adalah Lagu Baru. Roman Arogan
pula senang difahami dan bakal menghilangkan sedih dengan lirik yang
menyampaikan rasa," jelas Radhi yang merupakan ayah kepada Mohd. Rifdhi
Muslim, 7.

Berlainan pula dengan cerita Asheed yang sebenarnya sudah
meninggalkan zaman duda pada bulan Jun lalu. Walaupun kini sudah
berstatus suami, namun Asheed tidak menolak untuk terus berada dalam
projek ini kerana pernah menjalani kehidupan bergelar bapa tunggal.

"Ya, saya sudah berkahwin semula pada bulan Jun lalu. Tetapi saya
teruskan juga dalam projek ini. Sebelum ini saya dan Def Gab C muncul
dengan album Neolitik pada bulan Mei lalu dan untuk projek 3D ini saya
menyanyikan lagu bertajuk Gadis Rahsia. Lagu ini ada sedikit kejutan di
mana komposisi dan melodinya mempunyai nuansa jazz dan fusion, bukan
rock," ujar bapa kepada Megat Aldhamien Suffiey.

Tambah CD Naz, pemuzik yang membuat susunan lagu bagi projek ini
dikenali sebagai Dudavirgin Band yang dianggotai oleh dua orang pemuzik
duda dan seorang teruna.

"Kami ingin jadikan projek 3D ini sebagai sebuah platform kepada
semua duda di Malaysia. Sebuah kelab di mana kami boleh berkongsi cerita
dan masalah," akhiri CD Naz yang meletakkan empati dalam permasalahan
rakan-rakan seangkatannya.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum