Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Diana, Farid bulan madu di Turki

View previous topic View next topic Go down

Diana, Farid bulan madu di Turki

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:33 am

Diana, Farid bulan madu di Turki (Kosmo)



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.mu


DIANA menyarungkan cincin pada jari Farid selepas mereka diijabkabulkan di Ampang semalam.




AMPANG - Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil yang
selamat dinikahkan semalam memilih destinasi bulan madu mereka di
Istanbul, Turki pada bulan depan.

Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi
ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci
pada bulan Disember.

"Sebab itu, kami akan pergi bulan madu ke Istanbul dulu dan selepas
itu mungkin terus ke Mekah," ujar Diana ketika ditemui selepas majlis
akad nikah semalam.

Farid Kamil, 31, dan Diana, 21, selamat dinikahkan di Hotel Flamingo by The Lake di sini pada pukul 9.10 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Daim
Jajuli berwalikan hakim disebabkan Diana atau nama sebenarnya Diana
Danielle Danny Beeson tidak dapat mengesan bapa kandungnya.

Majlis turut dihadiri ibu Diana, Norsiah Ramli dan ibu bapa Farid,
Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah
Idid serta kira-kira 300 tetamu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum