Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

View previous topic View next topic Go down

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:26 am

Harimau Muda lulus ujian getir: Kim Swee (Berita Harian)

2012/11/04 - 04:20:09 AM

Kuala Lumpur: Harimau Muda menamatkan saingan Liga Singapura
dengan kekalahan 1-0 di tangan juara musim ini, Tampines Rovers yang
memerlukan sepakan penalti untuk membolosi gawang skuad kendalian Ong
Kim Swee.

Skuad muda negara kini masih di tangga ketiga liga tetapi Kim
Swee dan anak buahnya perlu menanti keputusan perlawanan antara Albirex
Niigata - dibezakan hanya dengan jaringan gol - dengan Gombak United
malam ini.

Harimau Muda yang dinobatkan sebagai pasukan terbaik tahun ini oleh
sebuah akhbar tempatan negara jiran itu, sepatutnya mampu bersaing untuk
kejuaraan tetapi kehilangan tonggak utama - sama ada kerana kecederaan
atau dipanggil bagi tugasan skuad kebangsaan - menyebabkan beberapa
perlawanan penting terpaksa diharungi dengan skuad tempang.

Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar kelmarin, Kim Swee
kehilangan tujuh tonggak utamanya apabila Fandi Othman, Affize Faisal
dan Thamil Arasu mengalami kecederaan, manakala empat pemain bersama
pasukan kebangsaan di Vietnam.

Misi pertahan emas

Namun, barisan pemain simpanan termasuk pemain muda, Ariff Farhan
Mat Isa menampilkan aksi cemerlang menyaingi bintang berpengalaman
Tampines yang terpaksa bekerja keras sepanjang permainan untuk
memastikan tiga mata dikutip bagi mengesahkan kejuaraan musim ini.

“Pemain saya lulus ujian apabila berjaya menangani tekanan dalam
situasi getir penentuan kejuaraan seperti ini, tetapi pengadil gagal
ujian kami,” kata Kim Swee berkenaan aksi perlawanan terakhir liga
kelmarin.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum