Komuniti Kaki Bola
SELAMAT DATANG KE FORUM KOMUNITI KAKI BOLA.

SILA DAFTAR SEBAGAI PENGGUNA UNTUK MENGGUNAKAN FORUM INI.

ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK BERFORUM DAN BERKONGSI MAKLUMAT DI MANA² RUANGAN YANG SESUAI DI FORUM INI.

PENYERTAAN ANDA AMAT DIHARGAI.

SEMOGA ANDA BERPUAS HATI MELAYARI LAMAN INI.

TERIMA KASIH

Troli supermarket' tak tahan lama

View previous topic View next topic Go down

Troli supermarket' tak tahan lama

Post by Park Deen on Sun Nov 04, 2012 5:06 am

Troli supermarket' tak tahan lama (Kosmo)



Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
MUNGKIN tidak keterlaluan jika dikata- kan betapa Johor akan kembali tampil sebagai kuasa dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Keseriusan skuad Harimau Selatan itu membentuk barisan terbaik bagi
menghadapi kancah Liga M musim depan jelas tergambar apabila mereka
berjaya mendapatkan beberapa tonggak skuad kebangsaan.

Tonggak terbabit ialah perancang Selangor, Safiq Rahim, trio Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Azmi Muslim dan pasangan kembar, Mohd. Aidil
Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Radzak serta pemain pertahanan Terengganu,
Mohd. Muslim Ahmad.

Lebih sensasi apabila skuad kendalian Fandi Ahmad itu telah berjaya
menyunting khidmat bekas pemain skuad kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza
daripada kelab Getafe.

Usaha Johor bagi membentuk skuad paling ampuh tidak berhenti di situ
sahaja apabila mereka masih memburu sentuhan penyerang berbisa Kelantan,
Norshahrul Idlan Talaha.

Meskipun rundingan untuk mendapatkan Norshahrul atau Mat Yo masih
belum menemui titik noktah, bayangan skuad kesebelasan Johor sudah cukup
untuk menggerunkan pasukan lawan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) mempunyai pandangan beliau sendiri mengenai 'formula' yang digunakan Johor ketika ini.

"Kita lihat ada beberapa (pasukan) negeri yang mahu kemenangan cepat
dengan menggunakan kaedah 'troli supermarket' apabila jendela
perpindahan pemain dibuka.

"Pada pendapat saya, ia (kae- dah 'troli supermarket') tidak akan
bertahan lama tetapi dalam tempoh jangka pendek, mungkin ia bagus.

"Bagi saya, mungkin Johor mahu memberikan suntikan baharu kepada penyokong negeri itu," kata Ahmad Shabery semalam.

Ahmad Shabery turut menyeru agar kesemua persatuan negeri (FA) atau
kelab tidak terlepas pandang dengan menubuhkan program-program bola
sepak dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu.

Jelasnya, semua pihak harus memainkan peranan dengan lebih berkesan
dalam usaha untuk meningkatkan taraf bola sepak kepada penjenamaan yang
lebih berkualiti.

"Sekarang, terlalu banyak persatuan bergantung kepada Sekolah Sukan
Bukit Jalil (SSBJ) yang melahirkan pemain pada peringkat pusat.

"Justeru, saya berharap negeri-negeri perlu ada satu modul bagi
membangunkan pemain-pemain mereka dalam tempoh jangka masa panjang.

"FA perlu merancang pembangunan penjenamaan tersendiri sebagaimana
yang dilakukan oleh Kelantan (Persatuan Bola Sepak Kelantan) pada masa
kini," kata Ahmad Shabery.
avatar
Park Deen
Admin
Admin

Negeri :
Posts : 2214
Points : 5646
Reputation : 0
Join date : 18/09/2011

View user profile http://kakibola.forumado.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum